Write an article about Calon PN elok perjelas segera .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
“Bila tiba masanya, insya-Allah, kita akan jawab,” kata Abdul Muhaimin Malek, calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK Ayer Kuning pada Sabtu depan, membiarkan pengundi berteka-teki mengenai perkara sebenar berkait dakwaan bahawa beliau menipu dalam permohonannya mendapatkan tauliah mengajar pengajian Islam di Perak.
Keadaannya seolah-olah bekas pengetua Maahad Tahfiz Quran Ad-Din Ayer Kuning berusia 44 tahun itu — juga pengerusi PN Tapah — meremehkan dakwaan berkenaan sedangkan ia harus berkisar kepada penentu peluangnya untuk memecah dominasi Barisan Nasional (BN) di DUN Ayer Kuning selepas hampir empat dekad sejak 1986.
Dalam mempertahankannya, Naib Presiden PAS Idris Ahmad sekadar berkata Ustaz Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Tapah memiliki tauliah untuk mengajar pengajian Islam di masjid dan surau di seluruh Perak sejak 2014 — maksudnya ia bukan pun sesuatu yang baharu untuk dipertikaikan ketika ini.
Dalam pada itu, ada pula laporan bahawa Muhaimin yang memegang jawatan yang dipertua PAS Tapah sejak 2021 dianugerahkan pentauliahan mengajar pengajian Islam di Perak pada 2024.
“OK, kita sekarang bincang mengenai tauliah. Isunya ialah Ustaz Muhaimin ada tauliah itu sahaja… dia tak tipu tauliah dia dan tidak usah cakap bab lain. Saya nak cakap yang Ustaz Muhaimin ada tauliah sahaja,” katanya pada sidang media di Bidor pada Selasa.
Agak-agak ada tak tanda-tanda PAS tertekan dan seperti terperangkap dalam isu berkenaan? Berkali-kali dinafikan pun, orang akan berbahagi-bahagi sangka, sebahagian akan percaya manakala separuh lagi tidak.
Bagaimanapun, penjelasan Idris itu dilihat menyimpang daripada isu sebenar. Ini kerana perkara itu timbul apabila Amanah Perak pada Ahad — sehari selepas penamaan calon PRK Ayer Kuning — meminta agar pihak berkuasa agama negeri menyiasat dakwaan bahawa Muhaimin menipu mendapatkan permohonan tauliah mengajar agama Islam di Perak.
Sekiranya dakwaan itu benar, kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi, maka tindakan calon PN itu disifatkannya sebagai satu penghinaan kepada institusi agama dan derhaka kepada Sultan Perak selaku ketua agama Islam negeri.
Jika itu yang dapat dimengertikan, maka tidak bolehlah ia ditepis semudah meremehkannya — baik oleh Muhaimin mahupun kepimpinan PAS yang pasti tidak mahu isu itu menjejaskan peluang mereka.
“Peraturan semasa dengan jelas menyatakan bahawa individu yang memegang jawatan dalam parti politik atau bertanding dalam pilihan raya tidak layak diberikan tauliah mengajar.
“Jika dakwaan ini benar, maka jelas calon tersebut telah memperoleh tauliah secara tidak sah dan menipu pihak berkuasa agama selain melanggar garis panduan dan peraturan sedia ada,” katanya dalam kenyataan.
Asmuni yang pernah memegang portfolio Exco Agama Islam Perak menambah bahawa sekiranya perbuatan menipu untuk mendapatkan tauliah mengajar itu benar, ia satu bentuk pengkhianatan terhadap kepercayaan awam, pelanggaran undang-undang syarie, serta mencemar kedaulatan Raja Berperlembagaan.
“Ia memperlihatkan sifat tidak jujur dan oportunis yang tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin rakyat,” katanya sambil menggesa pihak berkuasa agama menyiasat secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi.
Ia satu dakwaan berat yang menuntut penjelasan segera tetapi Muhaimin nampaknya tidak terlalu memberatkannya.
Sehari selepas dakwaan itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Kota Bharu bahawa beban pembuktian adalah di pihak yang membuat dakwaan.
“Kalau ada pihak yang mendakwa calon kita tidak ada tauliah, pihak berkenaan perlu membuktikan. Selama ini calon kita itu sudah lama menjadi guru agama yang bertauliah,” katanya.
Itu mungkin tidak perlu kerana pada hari yang sama Amanah Perak melalui Timbalan Ketua Pemuda Ahmad Munzirie Ahmad Kabir membuat laporan polis berkait dakwaan terhadap Muhaimin di IPD Tapah.
“Dia ada jawatan dalam parti dan gabungan PN, sepatutnya tidak boleh mendapat pentauliahan, selain perlu bersikap jujur serta melepaskan tauliah sejurus memegang jawatan dalam politik,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan berkenaan.
Susulan itu polis merakam percakapan Muhaimin berhubung isu tauliah mengajar agama pada Selasa, namun tidak membuka kertas siasatan, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk tindakan lanjut.
Dakwaan ditimbulkan terhadap calon PRK dalam tempoh berkempen bukan pun sesuatu yang terasing jika masih diingati dakwaan jenayah terhadap calon BN Syed Hussien Syed Abdullah pada PRK Mahkota September lalu.
Dalam satu ceramah, Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard mendakwa Syed Hussien ada rekod jenayah yang bagaimanapun dijelaskan Presiden Umno Zahid Hamidi selepas itu bahawa calon BN itu ketika usia 20-an hanya membela orang buta yang diganggu dan dipukul oleh satu kumpulan dan bukannya dia memukul orang.
Selepas Ketua Polis Daerah Kluang Bahrin Mohd Noh mengesahkan Syed Hussien tiada rekod jenayah, Che’gu Bard memuat naik satu video di TikTok memohon maaf atas perkara itu.
Barangkali Muhaimin boleh ambil iktibar daripadanya dengan membuat penjelasan segera berbanding menunggu apabila semuanya sudah terlambat.
Menyifatkan ia provokasi yang sengaja dicetuskan pihak lawan, beliau berkata jentera gabungan PN akan memberi keutamaan kepada mendengar isu dihadapi pengundi di DUN Ayer Kuning.
“Saya enggan ulas isu ini (tauliah), sebaliknya saya mahu rakyat bertanya apakah harapan yang boleh ditawarkan kepada mereka. Tak mengapa, biarlah mereka (pihak lawan) mainkan isu ini,” katanya di Masjid Jamek Tapah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Ahad.
Itu tindakan yang perlu diputuskannya dan diputuskan bersendirian tanpa sesiapa boleh memaksa apa-apa ke atasnya tetapi beliau harus tahu pemilih juga ternanti-nanti penjelasannya sebelum memutuskan pilihan mereka di peti undi.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”