Tuesday, April 29, 2025
No menu items!

Orang Melayu mudah terpengaruh dengan cerita Melayu

Must Read

Write an article about Orang Melayu mudah terpengaruh dengan cerita Melayu .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Sekurang-kurangnya ada dua isu masyarakat internet hangat berdebat seminggu lalu. Pertama, drama bersiri Bidaah (2025) arahan Mohd Fazli Yahya, tulisan Erma Fatima yang menggambarkan sikap hipokrit manusia menyamar sebagai agamawan. Watak tok guru yang dipanggil Walid lakonan Faizal Hussein mendapat kecaman, baik oleh orang awam sehingga membabitkan kumpulan ustaz-ustaz dan penggiat agama aliran tertentu. Bukan sahaja cerita itu dikecam kerana ada pihak berasa ia ditujukan kepada kumpulan mereka tetapi babak-babak panas si ustaz bernafsu buas di dalam drama itu membuatkan Faizal pun turut menjadi mangsa. Dia dikutuk kerana ambil ‘job’ watak yang tak senonoh ketika usia sudah masuk kategori veteran.

Kes kedua yang hangat ialah video seorang pemuda dibantai oleh enam orang baya-baya dia juga. Puncanya disebabkan oleh teman wanita. Ketika suspek sudah pun ditahan untuk siasatan, warganet turut mengaitkan keganasan dan buli ini dengan drama Project: High Council (2023) arahan Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria dan drama bersiri Kahar: Kapla High Council (2024) arahan Razaisyam Rasyid. Drama bersiri ini berkisar tentang gengsterisme pelajar sekolah yang tinggal di asrama. Warganet menganggap drama-drama ini menyumbang pengaruh negatif. Pelajar mahu menjadi antihero dan gengster seperti itu.

Mengapa isu guru agama berkelakuan songsang dan gengsterisme dalam kalangan pelajar Melayu ini dikaitkan dengan pengaruh drama dan filem Melayu? Mengapa punca jenayah-jenayah ini mesti dihempapkan kepada cerita Melayu di TV dan di panggung?

Saya bukan mahu mencari gaduh. Cuma, saya sekadar ingin bertanya betulkah orang kita lebih mudah terpengaruh dengan cerita bangsa sendiri berbanding menonton cerita luar? Kisah kahwin cerai pasangan korporat Melayu dan ibu mentua yang jahat di TV dikatakan sebagai punca meningkatnya kes perceraian rumah tangga mutakhir ini. Saya ada terbaca mengenainya. Katanya, pergaduhan suami isteri berlaku kerana mereka mendapati perilaku suami atau isteri tidak seperti yang mereka impikan. Tidak macam yang ditonton dalam drama petang itu. Suami tak romantik seperti dalam drama. Isteri tak setia seperti dalam drama. Tak kaya, tak mampu beri kemewahan. Akibatnya, bercerai!

Bukankah cerita-cerita ini ditulis berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam masyarakat? Tak usah kita pekak dan butakan mata untuk menidakkan, kita semua sudah tahu ia memang terjadi di sekeliling kita. Kes liwat di sekolah agama memang ada macam juga berlaku di sekolah asrama biasa. Guru pun ada terlibat melakukan liwat dan amang seksual.

Kes buli dan pukul sejak zaman-berzaman sudah membarah sebelum adanya drama ‘ragging’ versi Melayu muncul di TV. Ibu mentua jahat dan menantu hantu dah lama ada. Kita semua sedar. Yang menjadi masalahnya bagi saya ialah orang kita berasa jijik apabila semua itu dijadikan cerita TV. Kita tak mahu kenyataan jijik ini dibentangkan depan mata lalu kita menganggap ini semua adalah agenda ejen-ejen perosak yang masuk membawa maksiat ke dalam ruang tamu rumah kita. Pelakon-pelakon yang membawa watak ini pun kita cop sebagai bersubahat.

Tak tahu kenapa orang kita terlalu sensitif dengan bangsa sendiri. Cerita pelajar samseng dari luar sejak dulu sehinggalah sekarang pun ada. Filem Boyz N The Hood (John Singleton -1991) atau drama bersiri dari Korea berjudul High School Return Of A Gangster (Lee Seong Taek – 2024), mengapa tidak mampu membuat pelajar kita terpengaruh padahal ceritanya lebih sedap dan lebih sadis? Remaja Amerika dan Korea tak terpengaruhkah dengan cerita itu? Tinggikah gengsterisme remaja di sana akibat cerita tersebut?

Filem Spotlight (Tom McCarthy – 2015) pemenang anugerah Gambar Terbaik di Academy Award pada tahun sama, memaparkan kisah benar jenayah seks terhadap kanak-kanak oleh paderi gereja. Mereka di sana boleh pula terima sebagai sebuah filem? Tidakkah ia memalukan imej ketua agama mereka dan kesucian agama itu sendiri? Apakah impak daripada filem itu telah membuatkan jenayah seks terhadap kanak-kanak makin meningkat atau apakah berlaku sebaliknya, iaitu timbulnya kesedaran? Bagaimana kita hendak labelkan filem itu? Apakah ia sebuah filem jahat yang mempunyai agenda mencemarkan agama atau ia dibikin dengan tanggungjawab sosial untuk membongkar kejahatan dan mendedahkan kebenaran kepada masyarakat?

Sekali lagi, saya bukan hendak bergaduh, memperlekehkan pandangan penonton atau membela drama dan filem Melayu kita. Cuma, jika ada pakar psikologi dalam kalangan kita di Malaysia ini mampu menghuraikan sebab-sebab kenapa masyarakat Melayu sangat sensitif dan menuding segala kebobrokan ini puncanya daripada drama dan filem Melayu? Betulkah begitu dan apakah sebabnya? Atau benarkah orang Melayu sangat mudah terpengaruh dengan gejala negatif jika yang negatif itu dibawa oleh anak bangsa sendiri berbanding cerita yang sama oleh ‘orang luar’ kerana jika orang luar yang buat kita dapat bezakan bahawa itu hanyalah hiburan semata-mata. Jika ia kisah benar pun, kita tak akan terpengaruh kerana kita tahu ia dari luar – bukan budaya kita. Tapi jika cerita kita sendiri, tak boleh. Bahaya! Anak bangsa kita gagal menimbang dan akan cepat terpengaruh. Tolonglah kaji ya?

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

Global South Emerging As Key Force In Reshaping Cooperation — Mohamad Hasan

Write an article about KUALA LUMPUR, April...

More Articles Like This