Saturday, July 5, 2025
No menu items!

Dengarlah suara wira kita | FMT

Must Read

Write an article about Dengarlah suara wira kita | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Seorang wanita berkelahi dengan suaminya baru-baru ini lalu memutuskan pulang ke rumah ibu bapanya. Apa yang si wanita itu lakukan seterusnya? Dia call bomba. Mengapa? Dia minta bomba pindahkan barang-barangnya — dari rumahnya ke rumah ibu bapanya dan bomba pun turuti permintaan wanita itu.

Kata jurucakap bomba proses pemindahan mengambil masa agak panjang sebab tidak dapat persetujuan si suami. Selepas berbincang (atau pujuk rayu?) si suami beri izin bomba menjalankan ‘tugas’.

Kisah ini saya baca 10 Mei lalu di laman Kosmo yang memetik sebuah portal Indonesia. Ia terjadi di Samarinda, Kalimantan Timur. Bak kata seorang netizen: “Selain rumah terbakar hati terbakar pun bomba boleh bantu,” jelas merujuk perasaan marah yang tercetus akibat suami isteri bergaduh.

Di Malaysia juga anggota bomba kita diminta bantu bermacam jenis masalah — selain memadam kebakaran dan menyelamat apabila bencana dan kemalangan berlaku. Bila orang terkandas dalam lift kita panggil bomba. Kaki anak tersangkut dalam mangkuk tandas kita panggil bomba. Ular masuk rumah panggil bomba. Kucing tak dapat turun dari pokok atau bumbung rumah kita panggil bomba. Ada sarang tebuan dekat rumah panggil bomba. Ehh banyak lagi lah.

Kesimpulannya timbul kecemasan panggil bomba. Tak kisah apa jenis kecemasan. Kes besar kes kecil panggil je bomba dan mereka datang membantu dan menolong.

Maka saya sesungguhnya tabik hormat anggota bomba kita. Bagi saya mereka wira negara. Anggota pasukan beruniform lain juga wira tetapi the heroics lain maciam bro.

Nama asal Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia ditukar kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada Februari 1997. Inilah namanya sehingga hari ini. Seperti dikatakan tadi saya memang respect anggota bomba oleh itu apabila FMT menyiarkan satu laporan mengenai bomba baru-baru ini ia menarik perhatian saya, apa lagi tajuknya berbunyi ‘Bomba juga manusia JPA digesa batal tangguh cuti tambahan’. Laporan menyajikan perasaan dan kekecewaan anggota bomba berikutan penangguhan cuti tambahan.

Jujur saya nyatakan setelah baca laporan itu baru saya tahu anggota bomba tidak mempunyai hari rehat mingguan dan mereka bertugas selama 12 jam setiap syif. Diberitakan ada pengumuman (pihak kerajaan) setiap anggota bomba layak mendapat satu hari rehat tambahan pada setiap 14 hari atau lapan kali pusingan waktu bertugas secara syif 12 jam. Ini dilihat sebagai sesuatu yang meringankan beban anggota bomba yang ditanggung sekian lama.

Akan tetapi pelaksanaan HRM atau hari rehat mingguan untuk anggota bomba yang sepatutnya bermula 1 Mei lalu ditangguhkan. Menurut surat pekeliling yang ditandatangani Nor Hisham Mohamad selaku ketua pengarah JBPM, penangguhan ialah bagi membolehkan Jabatan Perkhidmatan Awam “menyelaras dan menambah baik pelaksanaannya”. Baguslah. Persoalannya bila akan ditambah baik dan bila akan dilaksana?

Kita faham perasaan anggota bomba. Tentulah mereka kecewa sekali gus mahu penangguhan dibatalkan. Bayangkan anda berada dalam kedudukan mereka. Pasti anda juga akan kecewa. Keluhan anggota bomba dihurai pada laporan FMT yang saya sebut tadi.

Media juga memetik Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata “sehingga kini anggota bomba masih terikat dengan waktu bekerja 60 jam seminggu berdasarkan penjadualan norma perjawatan sedia ada sedangkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam melalui ceraian SR 4.41 memperuntukkan waktu bekerja asas bagi penjawat awam adalah 45 jam seminggu”.

Jelas perbezaan ketara yang meletak tekanan ke atas anggota bomba yang bertugas 12 jam syif tanpa rehat sempurna. “Walaupun selesai syif mereka tetap perlu berada dalam keadaan standby dan boleh dipanggil semula pada bila-bila masa jika berlaku bencana atau kebakaran yang memerlukan kekuatan tambahan,” kata Adnan. Lantas Cuepacs turut menggesa JPA membatalkan penangguhan dan menyegerakan pelaksanaan HRM seperti dipersetujui sebelum ini, kata beliau.

Saya jarang sependapat dengan Cuepacs tapi kali ini saya setuju. Rasanya begitu juga majoriti rakyat. Bagi saya HRM is the least we can do untuk anggota bomba yang selama ini menunjukkan dedikasi dan berkorban demi keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Perlu juga dinyatakan JBPM satu satu jabatan kerajaan yang tidak pernah terpalit kontroversi, pada hemat saya.

Kepada kerajaan khususnya JPA saya ulangi tajuk artikel ini — dengarlah suara wira kita. Please.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

Doubles pair Wan Arif-Roy King confused by new coach’s philosophy, says Rexy

Write an article about National men’s doubles pair Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King have only managed to reach...

More Articles Like This