Monday, July 7, 2025
No menu items!

Selamat jalan abah | FMT

Must Read

Write an article about Selamat jalan abah | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Tanggal 15 Mei lalu, abah saya meninggal dunia kerana sakit tua. Umurnya jejak 90 tahun. Saya memang manusia yang rasional menghadapi kematian. Saya pernah kehilangan dua orang anak dan Alhamdulillah mampu mendepani dugaan tersebut tanpa rasa terseksa yang amat. Mungkin inilah ajaran abah sejak kecil membuatkan saya mampu tenang menghadapi sebuah kehilangan. Saya sentiasa sedar adat hidup lawannya mati. Kalau kita boleh bergembira menyambut kelahiran baru dalam keluarga maka kita juga harus reda dengan kehilangan pula. Namun, kita manusia yang punyai perasaan. Siapa yang tak sedih dengan kematian orang tersayang?

Rasulullah sendiri meratapi kematian isterinya Siti Khadijah. Itulah nikmat kasih-sayang. Saya tak pasti buku mana saya pernah baca tapi itulah jawapan Baginda SAW ketika ditanya mengapa tangisannya berat saat isteri kesayangannya pergi buat selamanya. Memang nikmat sebuah kasih-sayang itu maksudnya harus melalui semua rasa di dalamnya. Barulah lengkap. Bak kata P Ramlee dalam lagu Berkorban Apa Saja:

“Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji.”

Ada sesuatu tentang perginya abah telah menampar ego saya. Terfikir dek saya mampukah saya mencontohi abah yang mengakhiri hayatnya dengan tenang tanpa ada sakit kronik. Perginya hanya kerana sudah sampai perjanjian, sudah tua – abah tak lama terlantar dan tak membebankan keluarga. Abah pulang ke Rahmatullah dalam tidur. Terfikir, apakah saya mampu menjadi seperti abah yang larat berjalan, mampu uruskan diri, masih tajam fikiran pada usia 90 sehinggalah ajal datang menjemput. Saya cuba mengkaji apakah faktor yang membuat abah ‘steady’.

Abah dan angkatan mereka bagi saya adalah generasi yang belum masuk sepenuhnya ke dalam sistem hidup moden serba kalut ini. Pada tahun 1980, dengan gaji yang kecil dia beli rumah teres kos rendah kerajaan bernilai RM15,000 dengan potongan RM50 setiap bulan. Itulah rumah tempat kami berlindung. Pergi kerja mengayuh basikal sahaja sehinggalah dia kemudian berjaya menyimpan duit membeli secara tunai motosikal ‘Honda Cup second hand’. Itulah harta dia. Apabila pencen pada tahun 1990, dia lunaskan baki rumahnya sebanyak RM5,000 menjadikan dia bebas hutang. Dengan pencen tak sampai RM200 dia menyara keluarga. Tepuk dahi saya memikir bagaimana dia boleh hidup tenang dengan wang sebanyak itu. Atas kesedaran itu jugalah, dua minggu sesudah tamat Tingkatan 5, saya terus keluar rumah menuju Kuala Lumpur mencari kerja untuk tampung belanja sendiri. Seusia itu saya bertekad tidak mahu menggunakan duit abah untuk hal-hal saya. Saya masuk maktab dengan duit sendiri. Kesimpulannya, kehidupan bebas hutang membantu untuk membuat kepala kita tidak kacau. Abah berjaya melepasi itu. Bayangkan, dia berjaya memiliki kereta pada usia 80 tahun. Dia telefon saya, dengan gembira mengatakan dia sudah beli Kancil ‘second hand’ RM5,000 tunai. Saya ketawa dan memahami perasaannya yang bangga sebab berjaya menunaikan impiannya sejak lama. Ketika orang seusianya sudah tidak larat lagi memandu, dia baru hendak ‘eksyen’ bersiar-siar bawa mak pergi pekan.

Abah dan mak sihat tiada penyakit kerana amalan pemakanannya. Saya sedar amalan tersebut bukanlah kerana pemahamannya terhadap ilmu kesihatan tetapi ‘keadaan’ menjadikan mereka begitu. Abah berasal dari keluarga yang susah, jadi dengan gaji yang kecil dia atur peruntukan belanja rumah secukupnya. Keperluan diutamakan. Yang tak perlu, tak payah. Dia pun memang jenis orang yang makan sedikit sahaja. Makan-minum semuanya di rumah. Balik kerja tak duduk melepak pekena teh di warung macam kita. Tak merokok. Malah waktu kami kecil pun tak pernah merasa makan luar. Amalan pemakanan dengan bajet sederhana inilah secara tak sengaja membuat kesihatan abah dan mak terpelihara. Tak macam kita, tak lapar pun kita makan yang bukan-bukan. Hari ini lagi mudah, pesan saja melalui telefon – sekejap lagi datanglah tukang hantar.

Abah, bila habis kerja terus balik rumah dia tak terlibat dengan lepak-lepak yang kita tahulah, selalunya sudah pasti bercerita tentang politik dan gosip. Dia terhindar daripada toksik-toksik. Dalam keluarga dan kaum-kerabat pun tiada drama atau masalah. Saya tak pernah dengar dia bertengkar atau mengadu-domba sana-sini. Kalau nak bercerita pun hanya dengan mak. Tiada unsur negatif memburuk dan menjatuhkan sesiapa malah abah membentuk aura positif pula. Di kejiranan, dia suka bertegur sapa. Abah adalah pemula ‘trend’ memberi buah tangan kepada jiran-jiran Cina di depan rumah apabila datangnya hari raya. Manakala datangnya Gong Xi Fa Cai, jiran-jiran Cina akan beri limau Mandarin dan kuih kepada kami sebagai balasan. Kita? Dengan jiran kalau boleh mengelak untuk bertembung apa lagi nak hulur buah tangan. Bab bergosip dan mengumpat, itulah yang kita suka! Tak sedar toksik ini meresap masuk menjadi racun dalam jiwa.

Sebut pasal jiwa, itulah amalan abah. Dia pengamal ajaran tasawuf. Amalannya tak putus. Sambil duduk seorang di kerusi malasnya pun dia bermonolog. Ada kawan yang sekali dua datang rumah memberitahu saya, abah dah mula ‘cakap sorang-sorang’. Kononnya abah dah ‘tak betul’. Macamlah saya tak pernah sedar. Saya kata, itu dia sedang berhujah dengan dirinya sendiri untuk memantapkan keyakinan dia. Macam orang bercinta, kadang-kadang bercakap seorang diri memuji nama dan sifat kekasihnya.

Perangai ‘bercakap sorang-sorang’ dengan jari telunjuk bergerak-gerak seolah menulis di atas angin ini turun kepada saya. Ahli keluarga tahu saya pun macam itu. Kalau nak kata kami gila, kamu tak tahu apa dalam fikiran kami.

“Kalau mengaku cinta tapi tak ada rindu, itu cinta palsu,” kata abah kepada saya. Itulah antara sedikit rahsia yang boleh saya ceritakan. Cakap ‘sorang-sorang’ kami itu adalah suatu cara kami lampiaskan angau kami kepada yang ‘dicintai’.

Apa yang diceritakan di atas tadi merupakan penanda aras buat diri saya untuk hidup dan mati dengan tenang berdasarkan pemerhatian saya terhadap amalan hidup abah. Saya berpeluang menjaganya dua minggu di wad bulan lalu. Masuk wad empat hari bukan sebab sakit tetapi lemah kerana kurang vitamin. Selesai tambah tiga beg darah dan vitamin, abah dibenarkan keluar. Saya bisik kepada doktor agar beritahu abah, jangan lagi tinggal berdua sama emak. Duduk dengan anak. Abah setuju. Entah kenapa dia setuju walhal sebelum ini dia cukup degil bila kami ajak tinggal bersama. Betul, orang tua memang macam itu. Rumah sendiri lebih enak. Cuma, keadaan kedua mereka kami lihat tidak boleh lagi sebab keduanya semakin uzur. Abah lembut hati kali ini mungkin sebab sudah tahu masanya semakin hampir. Mak pun bersyukur bila abah setuju. Saya bawa mereka berdua ke rumah adik bongsu dahulu. Kami adik-beradik akan mengambil giliran. Tapi, abah hanya sempat dua minggu di rumah adik. Abah secara senyap sudah memberikan duit kepada mak untuk urusan kematiannya nanti.

Sehari sebelum abah meninggal dunia, saya seakan mendapat isyarat. Ketika menunggang motosikal ke tempat kerja, saya telah ‘dibayangkan’ yang saatnya makin hampir. Saya mengalirkan air mata di atas motosikal sepanjang jalan dan berdoa agar semuanya dipermudahkan. Sampai sahaja rumah untuk tidur, saya sudah sedia meletakkan telefon hampir dengan saya. Dan benar, jam 4 pagi apabila telefon berbunyi dan nama adik tertera di skrin telefon, saya sudah tahu. Kami pun bergegas. Segala urusan sangat lancar dan selesai sebelum zuhur.

Sepanjang tempoh yang singkat itu saya semakin faham memang aturan Allah terhadap apa jua kepada diri kita adalah terbaik untuk diri kita. Ini memang tak diragukan. Saya yang tidak lagi punyai anak, berhenti kerja guru dan menjadi pekerja bebas, punyai isteri yang tangkas serta bijak; sangat bermanfaat apabila keadaan begini terjadi. Saya ada kelapangan masa yang selesa untuk menguruskan banyak benda. Pulangnya abah ke Rahmatullah membuka banyak rahsia untuk saya insafi. Tentang erti kasih-sayang, maaf-memaafi, reda melepaskan dan macam-macam lagi. Cuma persoalan saya kembali seperti asal, mampukah saya hidup bagai seorang darwisy – seperti abah yang tidak menjebakkan diri dalam hal yang sia-sia manakala kita hari ini harus terpaksa berhutang, ada sistem bayar ansuran, ada kad kredit, ada ‘loan’ itu-ini. Ada media sosial yang menggiankan, ada ‘fast food’ yang penuh dengan penyakit, ada toksik di sekeliling – di pejabat, di restoran dan di surau. Ada seribu satu macam pengacau yang berlegar di sekeliling kita. Kita tak masuk, ‘dia’ sendiri akan datang. Bertahankah kita? Entahlah!

Apa-apa pun, abah ‘hero’ saya. Terima kasih abah. Selamat pulang abah. Al-Fatihah untuk abah.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

US to announce major trade updates in next 48 hours

Write an article about WASHINGTON: The United States is set to unveil several trade-related announcements within the...

More Articles Like This