Saturday, June 7, 2025
No menu items!

Sampai sudah kering si air mata

Must Read

Write an article about Sampai sudah kering si air mata .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Bolehkah upacara korban Aidiladha diadakan di Gaza? Tentu tidak. Mengapa dan kenapa kita semua tahu. Binatang ternakan untuk dikorbankan juga tidak ada di Gaza. Bolehkah daging korban dari luar dibawa masuk ke Gaza? Tentu tidak sebab sudah berbulan lamanya Israel mengenakan sekatan ke atas semua barangan dan bekalan memasuki Gaza.

Seruan dan rayuan PBB tidak diendahkan. Malah UNRWA, agensi PBB berkaitan urusan pelarian Palestin, sudah diharamkan di Gaza oleh Israel bagai ia ada kuasa mutlak berbuat demikian. Para pegawai UNRWA di luar Gaza tidak dibenarkan masuk wilayah berkenaan. Ertinya operasi kemanusiaan PBB tidak dapat dijalankan di Gaza.

Matlamat Benjamin Netanyahu memang terang dan jelas yakni memastikan kebuluran berlaku di Gaza. Sebenarnya sudah pun berlaku. Nyata strategi Israel menghapuskan rakyat Palestin bukan sahaja menerusi serangan bersenjata. Bagaimanapun selain pentadbiran Donald Trump, Israel sudah dikecam secara terbuka oleh masyarakat antarabangsa kerana tindakan kejamnya di Gaza. Banyak negara sekutunya pun sudah menyelar. Semakin hari semakin banyak dan semakin lantang. Maybe its too little too late?

Tetapi bak kata Richard Gizbert, hos dan dan pencipta rancangan The Listening Post di rangkaian berita Al Jazeera:

“One sure sign the narrative, the tide is turning on Israel war on Gaza is when a former Israeli prime minister describes the war as genocidal.”

Bekas perdana menteri Israel yang dimaksudkan itu ialah Ehud Olmert yang baru-baru ini menerusi CNN menyifatkan Israel melakukan jenayah perang lantas berkata “enough is enough”.

Walaupun terkenal dengan sikap bongkak dan angkuh, Israel juga tertekan. Apatah lagi dalam kalangan Republican iaitu parti Trump sendiri sudah mula bersuara, antaranya Thomas Massie dari Kentucky yang menegaskan AS mesti menghentikan semua bantuan ketenteraan kepada Israel kerana peningkatan jumlah mangsa di Gaza.

Israel tahu masanya sudah tiba untuk ia ‘menunjukkan perkemanusiaan’ dan melakukan sesuatu untuk menjustifikasikan bantuan ketenteraan AS. Maka diwujudkan apa yang dikenali sebagai Yayasan Kemanusian Gaza atau nama rasminya Gaza Humanitarian Foundation (GHF). Ini usahasama Israel-AS. Pengendalinya ialah kumpulan militia AS atau ‘security contractors’ untuk menunjukkan kepada dunia tentera AS tidak terlibat secara langsung. Lazimnya ‘security contractors’ bekas anggota tentera AS. Ini bukanlah rahsia besar.

Kata Gizbert, GHF tidak melakukan apa yang namanya bayangkan iaitu kemanusiaan. Meaning there is nothing humanitarian in Gaza Humanitarian Foundation anjuran Israel dan AS itu. “It’s a PR exercise which weaponised aid,” kata Gizbert. Memang benar kata beliau.

Kesimpulannya GHF hanya ‘wayang’ dengan menggunakan bantuan sebagai senjata pemusnah. GHF tidak mahu menggunakan lebih 400 stesen milik UNRWA untuk mengagihkan bekalan makanan, sebaliknya ia menggunakan hanya empat lokasi. Saya ulangi hanya empat lokasi untuk beri bantuan kepada jutaan rakyat Gaza.

Rakyat Gaza yang sangat memerlukan makanan tidak ada pilihan selain pergi ke lokasi GHF. Ramai yang datang dari utara Gaza berjalan ratusan kilometer. Apabila tiba di lokasi ribuan sudah sedia berada di situ. Keadaan tidak terkawal. Bagi saya sengaja tidak dikawal untuk memberi alasan kumpulan militia GHF bertindak. Ribuan rakyat Gaza beratur. Ada diarah ke laluan berpagar. Laluan sempit berpagar kiri dan kanan. Rakyat Gaza diperlakukan bagai binatang ternakan.

Dalam keadaan begitu keadaan kelam kabut tolak menolak memang boleh dijangkakan dan semangnya terjadi. Maka kumpulan militia GHF yang bertindak sebagai pengawal keselamatan sering melepaskan tembakan konon untuk mengawal keadaan. Akibatnya ramai rakyat Gaza yang datang sekadar untuk mendapatkan makanan mati ditembak.

Saya ulangi pertanyaan mengapa Israel dengan sokongan AS menubuhkan GHF? Saya ulangi jawapannya — untuk main wayang konon Israel ada sifat perikemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza.

Mengapa tidak mahu menggunakan khidmat UNRWA? Kerana dakwa Israel bantuan akan jatuh ke tangan Hamas jika bekalan disalurkan menerusi agensi PBB itu.

Tidak perlu kita jadi genius untuk tahu ini semua sesuatu yang orchestrated untuk menghapuskan rakyat Palestin di Gaza supaya Israel menakluki Gaza dan keseluruhan bumi Palestin.

Sememangnya Netanyahu boleh dan sedang melakukan apa yang dia mahu. Netanyahu merasakan dirinya kebal. Saya akui dia kebal sehingga ke waktu ini dengan sokongan Trump. Tetapi sampai bila? Tidak ada yang kekal. Kekebalannya akan hilang juga suatu hari nanti.

Sementara itu ‘Gaza struggles to celebrate Eid al Adha amid war and aid blockade’. Ini antara tajuk laporan siaran agensi berita antarabangsa. Sesungguhnya rakyat Palestin sudah tidak ada lagi air mata untuk menangis.

Didoakan Aidiladha ini membawa rahmat kepada mereka. Didoakan juga rahmat buat kita semua.

Eidul Adha mubarak.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

PAS eyes support of ‘critical’ non-Malays disgruntled with govt

Write an article about PAS vice-president Amar Abdullah said that although some PH supporters may have become disappointed with...

More Articles Like This