Tuesday, June 24, 2025
No menu items!

Salam 8-0 kocak damai | FMT

Must Read

Write an article about Salam 8-0 kocak damai | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Asalnya mungkin hanya percikan tetapi kini semakin menular jadi gelombang genap sebulan selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengadakan pemilihannya 23 Mei lalu.

Dimulai tindakan 14 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Lenggong, Perak meletak jawatan seperti diumumkan pada 8 Mei, 17 AJK Cabang Puchong, Selangor pula membuat aduan ke pejabat setiausaha agung Fuziah Salleh pada 20 Jun mendakwa mesyuarat pertama cabang itu sehari sebelumnya sebagai tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti.

Seperti tindakan AJK Lenggong yang disandarkan kepada ketidaktelusan pemilihan, terbaharu pada Isnin AJK Pemuda PKR Selayang, Selangor dilapor meletak jawatan beramai-ramai yang dikatakan ada kaitan dengan fenomena “badan tanpa kepala” dalam pemilihan PKR, yang disentuh beberapa kali oleh Rafizi Ramli yang kesudahannya gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden.

Puteri sulung perdana menteri dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, menang besar dalam perebutan jawatan nombor dua itu dengan 9,803 undi ke atas penyandang Rafizi yang meraih 3,866 undi atau sekadar 28.28% daripada sejumlah 13,669 undi yang direkodkan — berbanding 30,000 undi yang sepatutnya tanpa ada sebarang pencerahan hingga hari ini apa apa terjadi kepada undi selebihnya.

Pemilihan peringkat cabang yang berlangsung dari 11 hingga 20 April lalu didakwa dicemari kelemahan sistem pengundian dalam talian, dengan Rafizi mendakwa bahawa keputusan sebilangan besarnya adalah seperti “badan tanpa kepala” disebabkan ramai pemimpin cabang yang menentang beliau menang walaupun ahli-ahli selebihnya di dalam ‘pasukan’ mereka kalah.

Mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya Sabtu lalu bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai aduan dan rasa tidak puas hati yang masih berbangkit di peringkat akar umbi.

Jika apa yang berlaku setakat ini — peletakan jawatan beramai-ramai — boleh dianggap sebagai satu gelombang, tiada kata pasti bahawa ia tidak akan menular membabitkan sebilangan cabang lain selepas ini kerana kegagalan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang dipengerusikan Dr Zaliha Mustafa menangani aduan dengan memuaskan.

Pada 29 Mei lalu, bekas Ahli Parlimen Lumut dari PKR Mohd Imran Abd Hamid membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan memohon agar keputusan pemilihan PKR di semua peringkat sebelum ini yang mengundang kontroversi khususnya fenomena ‘badan tanpa kepala’ dibatalkan.

Bekas Ahli Dewan Negara itu yang mendakwa sejumlah 190 aduan dibuat oleh cabang-cabang lain di seluruh negara berkaitan isu yang sama turut meminta JPPM mengarahkan PKR mengadakan semula pemilihan di semua peringkat.

“Saya mendesak (supaya) diadakan pemilihan semula di semua peringkat menggunakan kaedah lama, satu anggota satu undi. Keputusan perlu diumumkan secara ‘real time’, perlu dipapar di layar gergasi bersama gambar calon yang bertanding. Saya juga meminta JPPM membatalkan keputusan pemilihan pusat pada 23 Mei lalu,” katanya dalam aduan.

Terdahulu pada 17 Mei, Zaliha berkata lebih 280 aduan diterima pihaknya melibatkan pelbagai peringkat termasuk semasa pencalonan, kempen dan keputusan cabang telah diteliti satu persatu.

Menafikan JPP gagal mengendalikan pemilihan kerana tidak memberi perhatian dalam menyelesaikan aduan yang diterima — seperti didakwa Rafizi — Zaliha berkata JPP sedang memberi perhatian dan ada sebahagiannya telah pun diambil tindakan.

“Tidak benar,” kata Faizal Rahman, peguam dan penyokong kuat Rafizi yang tewas ketua cabang Kuala Selangor yang turut memuat naik satu hantaran bertajuk “Salam 8-0” di Facebook sebagai menghuraikan lapan dakwaan terhadap JPP yang didakwanya pincang dalam melaksanakan tugas.

Selain JPP didakwanya tidak responsif terhadap aduan akar umbi dan tidak beri jawapan dalam tempoh kempen dan pemilihan berjalan, Zaliha tidak pula menyatakan apa tindakan diambil dan berapa sudah diselesaikan.

Tiada bukti, tiada sebarang emel jawapan kepada mana-mana pengadu bahawa tindakan telah diambil sedangkan mereka telah membayar RM100 bagi setiap aduan. Penjelasan Zaliha, tambah Faizal, bercanggah dengan dakwaan Rafizi bahawa beliau gagal beri perhatian dan selesaikan aduan mengenai kepincangan pemilihan.

“Jika benar setiap aduan diterima dan diambil tindakan, mana mungkin seorang ketua cabang yang tidak layak kerana dilarang JPPM memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan sehingga September 2025 tetap disahkan kemenangan oleh JPP. Ini membuktikan tiada ‘due diligence’ dibuat oleh JPP,” katanya.

Masalah teknikal dan sistem pengundian turut didakwanya menyebabkan ramai tidak dapat mengundi tetapi JPP tidak menyantuni aduan dengan sewajarnya serta bantahan mereka tidak ditangani. Sistem pula tersangkut dan tidak membenarkan proses mengundi hingga pengundian tamat.

Dakwaan timbalan pengarah JPP (Ahmad Kasim) yang mengandaikan mereka sama seperti SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) juga dikatakannya meleset kerana tidak menangani aduan seperti SPR yang melakukannya dalam tempoh berkempen.

“Apa yang cuba disembunyikan JPP yang gagal menyiarkan data sebenar setiap pengundi yang masuk dan keluar serta sama ada berjaya melalui proses pengundian atau tidak,” soalnya sambil menegaskan JPPM wajar campur tangan jika berlaku “badan tanpa kepala” di lain-lain cabang.

Dalam pada itu, pengaduan pihak tidak berpuas hati kepada JPPM bukan perkara baru. Pada 20 Julai 2023, Menteri Dalam Negeri ketika itu Hamzah Zainudin mendakwa Saifuddin Nasution Ismail yang tewas kepada Rafizi dalam pemilihan timbalan presiden tiga tahun lalu pernah merayu kepada beliau untuk membatalkan keputusan pemilihan PKR pada 2022.
Saifuddin bagaimanapun menepisnya sebagai tidak lebih daripada kenyataan politik dibuat Hamzah.

Seperti Imran dan Faizal, ramai penyokong kem Hiruk diketuai Rafizi menyuarakan di pelbagai platform media sosial supaya PKR diarahkan JPPM mengadakan pemilihan semula.

“JPPM memberi reaksi positif kepada aduan saya,” kata Imran sambil Faizal yang menemaninya ketika membuat aduan berkenaan berkongsi: “Selepas pertemuan tiga jam, JPPM akan menjalankan siasatan. Kita berharap agar siasatan telus dapat dijalankan dan keputusan memihak kepada 280 aduan yang tidak dijawab oleh JPP. Sama-sama kita nantikan.”

Sekurang-kurangnya ia dapat mengocak damai di pihak yang menang pemilihan kali ini.

 

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

South Korea investigators seek to arrest former president Yoon

Write an article about SEOUL: South Korean prosecutors asked a court Tuesday for a new arrest warrant...

More Articles Like This