Write an article about Krisis identiti filem Malaysia | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
Saya sangat meminati filem tempatan dan jika berkelapangan dari segi masa apatah lagi dompet, pasti saya akan pergi menonton. Tapi, ya ada tapinya. Ceritanya mestilah mampu meyakinkan saya untuk pergi masuk menonton. Saya tidak masuk panggung hanya semata-mata simpati dengan slogan ‘sokonglah filem Melayu’ atau ‘sapot lokal’. Kalau keluar panggung hampa nak buat apa? Tiket bukan murah sekarang. Sebagai penulis yang telah menghasilkan beberapa buah buku, saya tidak menggunakan slogan seperti itu untuk menjual buku saya meskipun memang ada yang beli semata-mata kerana nak ‘sapot’ saya. Itu lain.
Kebanyakan yang beli apa saja buku saya yang terbaru walaupun belum tentu mereka baca adalah kawan-kawan saya sendiri. Begitu jugalah jika sesebuah filem dijayakan oleh kawan-kawan saya, pasti saya akan ‘sapot’. Bab ini tak boleh diadili. Ini kes khas. Yang ingin saya ceritakan di sini ialah tentang pergi atau tak perginya saya untuk menonton filem tempatan. Benar, saya sering dikecewakan setiap kali keluar panggung. Harapan tinggi yang saya letakkan terhadap sesebuah karya setelah mengambil kira kurangnya modal dan kemampuan dari segi teknikal dan beberapa faktor rasional yang lain, tetap membuat saya hampa. Selalunya indah khabar dari rupa. Kalau filem kita yang temanya sedih, saya tak rasa sedih pun. Kalau komedi, tak mampu buat saya terhibur. Seram? Gengster? Pendekar? Aduh!
“Bunyi tajuk sikitlah punya gempak, isinya kosong campur sifar!” kata Loloq dalam lirik Laukku Cukup Masin nyanyian Spider.
Selalu saya dengar orang filem atau badan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal filem tempatan ini bercakap tentang perancangan dan usaha perlu dibuat agar filem kita berjaya menembusi pasaran luar; setidak-tidaknya dihormati di negara jiran. Saya seronok mendengarnya tetapi tahun demi tahun berlalu, ia tak lepas-lepas. Seperti angan-angan seorang budak baru nak akil baligh. Terbayang-bayang malam nanti akan bermimpi sedap tapi mimpi yang diharapkan tak datang-datang.
Ini kerana filem kita masih lagi bergelut dalam krisis identiti yang belum sudah. Bagaimana kita mahu orang luar suka filem kita sedangkan di dalam negara pun kita masih berpecah-belah? Sebagai contoh, apakah faktor yang mampu menarik ramai penonton Cina, India dan kaum lain datang ke panggung untuk menonton filem Mat Kilau (Syamsul Yusof- 2022)? Atau bagaimana filem tempatan bahasa Cina dan Tamil mahu membuat orang Melayu berpusu-pusu masuk dan mengiktiraf bahawa itu adalah filem kita sendiri, orang Malaysia?
Saya bercakap tentang filem kerana filem adalah satu cabang seni yang sangat menarik dan lebih cepat dicapai oleh kita semua. Usah lagi bercakap tentang bidang seni lain. Cabaran sebenar kita sebelum mahu berjaya di luar ialah bagaimana hendak membentuk identiti seni yang bersifat nasional tetapi juga inklusif. Dilema kita ialah bagaimana mahu menghasilkan karya yang mewakili budaya sesuatu kaum sama ada budaya Melayu, Cina atau India sedangkan pada masa sama kita harus memastikan karya tersebut mampu diterima oleh masyarakat Malaysia secara keseluruhan.
Ini kerana di dunia realiti, identiti nasional kita pun tak siap lagi. Kita masih belum cukup lagi mengenali, memahami dan menghargai antara satu sama lain. Dalam filem atau drama tempatan misalnya, kadangkala isu perbezaan agama dan budaya boleh menjadi isu sensitif kalau gagal diurus dengan baik. Jadi, karyawan berasa takut untuk melangkah ke daerah itu. Untuk selamat, kita cubalah buat cerita yang wataknya pelbagai kaum untuk menunjukkan semangat muhibah tetapi tak ‘real’, kelihatan dibuat-buat dan terasa kurang organik. Ia nampak macam yang kita baca dalam buku teks sekolah rendah di mana Ali, Ah Kow dan Ramasamy berjalan bersama ke sekolah. Boring!
Filem ‘Sepet’ (Yasmin Ahmad – 2005) antara yang terbaik cuba memberikan identiti Malaysia. Tapi begitulah! Ada adegan yang cetus kontroversi pula. Kena cop ‘liberal’ pula nanti. Ini satu lagi masalah! Zaman ini ada banyak pula mata-mata penilai. Hari ini kita tak dapat lagi mendengar lagu-lagu pop bahasa kebangsaan yang dinyanyikan oleh penyanyi pelbagai kaum seperti kumpulan Alleycats, trio Kenny Remy Martin, DJ Dave, Ben Nathan, Francisca Peter atau Jaclyn Victor. Kita mahu seperti itu, apabila mereka buat persembahan kita tak melihat ia kaum sekian-sekian. Kita melihat ia adalah Malaysia. Filem kita juga seharusnya begitu. Kita wajar jadikan rakyat Malaysia menerima slogan ‘Filem Kita Wajah Kita’ itu dengan bangga sebagaimana kita berbangga melihat pasukan badminton negara bermain di peringkat antarabangsa tanpa kita melihat apa jenis kaumnya. Seperti kita makan nasi lemak dan roti canai tanpa diskriminasi. Kalau ini selesai, kita pasti berjaya.
Baiklah, itu bab perbezaan antara kaum. Tetapi sebelum pergi kepada kaum, kita khususnya orang Melayu pun kena lepasi dulu satu halangan iaitu memahami budaya Melayu mengikut negeri. Filem siri Anak Mami arahan A Razak Mohaideen seperti Anak Mami The Movie (2002), Mami Jarum (2002), Mami Jarum Junior (2003) misalnya mempunyai premis yang baik untuk kita kenal siapakah masyarakat ‘mami’ di Pulau Pinang, tetapi garapan ceritanya yang tak kemas membuat kita tak berminat menontonnya lagi. Kalaulah filem itu berkesan sehingga mampu membuat kita belajar siapa dia ‘mami-mami tanjung’, kita akan lebih mengenali keunikan budaya di tanah air kita ini. Manakala, filem berbudayakan Kelantan seperti Jogho (U-Wei Hj Saari – 1997), Bunohan (Dain Said – 2011) dan Duan Nago Bogho (Sabri Yunus – 2023) membuat sesetengah kita berasa leceh pula dengan loghat Kelantan.
“Eleh! Puak-puak Kelate ni memang pekat semangat kenegeriannya. Malaslah nak tengok,” kata kita. Jelas di sini, kita masih belum melepasi takuk yang berbalut kemas dengan sentimen.
Seharusnya seni filem mampu membuat kita melihat keindahan budaya sendiri yang kita pun tak berapa mahir. Dan jika jabatan atau kementerian yang bertanggungjawab terhadap hal ini benar-benar bersungguh untuk menjayakannya, pasti penggiat seni akan lebih berani mengembangkan lagi genre karya mereka yang selama ini terpaksa diperuk disebabkan halangan-halangan yang saya perkatakan tadi. Jika tidak, kekallah kita tertinggal tak kemana-mana. Maka, apa yang boleh kita buat hanya jadi pak turut sajalah. Guna acuan selamat dari Hollywood, Bollywood, Korea, Thailand dan Indonesia. Tengok poster pun kadang-kadang kita naik malu. Ah! Ini macam cerita Hollywood sekian-sekian. Betul! Tengok cerita mafia, dah macam Hong Kong. Cerita cinta, muka dan fesyen macam Korea. Cerita hantu macam Indonesia. Di mana wajah kita sebenarnya?
Selain dasar pendidikan harus direformasikan dari peringkat sekolah rendah lagi untuk menjadikan kita rakyat Malaysia memahami antara satu sama lain tentang adat resam, budaya dan agama, penggiat seni dan badan dipertanggungjawabkan terhadap bidang ini mesti terus bergerak memecahkan halangan ini. Harus bertanya dan mencari apakah seni dan hiburan tempatan berjaya (atau gagal?) dalam mencerminkan realiti sosial, budaya, dan politik dalam negara kita ini. Kementerian berkaitan juga harus lebih peka dan mempergiatkan lagi usaha agar seni hiburan Malaysia boleh bergerak ke arah lebih inklusif dan berani tanpa kehilangan akar budaya tempatan. Ini langkah pertama bagi saya sebelum kita mengorak langkah ke luar.
Dalam dunia seni Malaysia, kita terlalu banyak terikat dengan norma sosial dan tradisi yang telah lama terbentuk. Banyak pantang-larang dan tabu. Kadangkala, ini menghalang karya seni berkembang ke arah lebih berani dan menguji batas. Dalam konteks ini, terdapat soalan lebih besar—apakah seni di Malaysia terlalu ‘terhad’ oleh sensitiviti budaya, agama dan politik? Kena selesaikan dengan bijak hal ini jika kita mahu lihat kita gah di persada antarabangsa.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”