Write an article about JDT akan terus luaskan kuasa .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
Sejumlah 17 gol melengkapkan aksi minggu pertama Liga Super 2025/2026, dengan juara 11 musim berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan cabaran untuk mengulangi 100 gol sepanjang musim – satu pencapaian pertama seumpamanya yang diraih mereka pada musim 2023.
Selepas lima perlawanan pada minggu pertama – cuma Sabah FC, Melaka FC dan Negeri Sembilan FC belum turun beraksi – satu-satunya penyesalan Harimau Selatan mungkin kegagalannya berpesta gol di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di sebalik mendahului seawal minit pertama melalui Jairo da Silva dalam aksi Piala Sultan Ahmad Shah yang dimenangi 3-0 ke atas Selangor FC pada Jumaat.
Gara-gara itu juga, JDT – pemenang perlawanan sumbangsih kali kelapan berturut-turut dan kali ke-10 sejak 2015 serta trofi ke-31 keseluruhan milik skuad utamanya sejak 2013 — terpaksa merelakan Kuching City FC memintas di tangga teratas keesokannya hasil kejayaan menundukkan Kelantan The Real Warriors (TRW) 4-0 termasuk dua gol penyerang baharu Ronald Ngah Wanja di Stadium Negeri Sarawak.
FMT akan membawakan rangkuman aksi Liga Super di samping Piala FA dan Piala Malaysia setiap minggu sehingga musim berakhir pada April tahun depan.
“Saya amat gembira kerana pasukan kami telah bermain dengan amat baik, dapat tiga mata dan trofi pertama ini. Sepatutnya kami boleh menjaringkan lebih daripada tiga gol tetapi tidak mengapa, ia perlawanan pertama dan kami perlu memperbaiki banyak perkara,” kata ketua jurulatih baharu JDT dari Sepanyol, Xisco Munoz.
Munoz, 44, yang berpengalaman antaranya melatih Dinamo Tbilisi (Georgia), Watford dan Sheffield Wednesday (England), SD Huesca (Sepanyol) dan Dunajska Streda (Slovakia) harus sudah banyak mendengar mengenai rekod kejayaan JDT untuk membimbangi apa-apa.
Tambahan dengan penambahbaikan besar terhadap pasukan musim ini dengan kemasukan muka-muka baharu Jairo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Nacho Mendez, Jonathan Silva dan Joao Figueiredo dalam kesebelasan permulaan, pemain sandaran utama musim lalu seperti Bergson da Silva, Heberty Fernandes dan Oscar Arribas terpaksa menunggu di bangku simpanan lebih dahulu.
Dua lagi gol JDT pada Jumaat adalah sumbangan Eddy Israfilov dan Arif Aiman Hanapi sambil tuan rumah itu mengekalkan falsafah bola sepaknya dengan 64% pemilikan bola dan menyudahkan 19 percubaan (4 daripadanya tepat) berbanding masing-masing 36% dan hanya dua percubaan tepat daripada pelawat.
Jika prestasi Selangor FC menjadi kayu pengukur terhadap sejauh mana JDT mampu pergi musim ini, maka kesimpulan boleh dibuat bahawa Harimau Selatan – seperti kata pemiliknya Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak perlukan keriuhan dan temu bual berlebihan tapi hanya perlu menang – akan terus meluaskan kuasanya daripada cuba didekati pencabar-pencabarnya.
Seterusnya berhadapan lawan semudah Negeri Sembilan FC pada Selasa, Munoz harus percaya limpahan jaringan – kemenangan 5-0 ke atas lawan adalah kelaziman mereka sepanjang musim lalu — akan kembali mewarnai asakan pasukannya tatkala Silva dan Figueiredo yang berganding baik pada Jumaat belum lagi menggoncang jaring.
Bawah kendalian Esteban Solari, JDT menyumbat genap 100 gol apabila membelasah Penang FC 8-0 dalam perlawanan terakhir pada 16 Dis 2023 – jumlah keramat yang gagal diulangi ketua jurulatih Hector Bidoglio apabila meraih 90 gol musim lalu. Munoz akan cukup gembira untuk melakukannya sekali lagi.
Tapi untuk minggu pertama sentuhan penyudah paling berbisa menjadi milik Wanja – penyerang kelahiran Cameroon yang digelar ‘Pak Ngah’ ketika beraksi semusim untuk Kedah FC pada 2022 sebelum berkelana ke Timur Tengah – apabila usia 33 tahunnya dan kelihatan lebih berat sedikit gagal mempertahankannya.
Melihat sumbangan besar yang akan ditagih daripada penyerang sasa itu, ketua jurulatih Kuching FC Aidil Sharin Ishak mengungkapkan: “Sangat penting untuk kami raih tiga mata pertama, tidak kira siapa lawan kami.
“Wanja seperti mana-mana penyerang lain harus jangkakan lebih lagi daripada mereka kerana mengisi posisi paling penting dalam pasukan. Tapi kami belum mencapai puncak keupayaan dan masih perlu banyak memperbaiki diri dari segi taktikal.”
Bagaimana pula Selangor FC – pencabar terbesar dalam liga – yang sekali lagi menyaksikan hajat mereka terbantut untuk merapatkan jurang dengan JDT?
“Memang ada jurang antara kami dengan JDT. Mereka sangat hebat… tahu bila perlu menggelecek, kaki mana untuk kawal bola, malah bahagian badan mana sesuai digunakan untuk lakukan sentuhan. Perkara kecil seperti ini apabila digabungkan memberi perbezaan besar. Tetapi kami tidak boleh mengalah, kami perlu berusaha untuk menyaingi JDT,” kata ketua jurulatihnya Katsuhito Kinoshi.
Mendatangkan muka-muka baharu Kevin Deeromram dan Picha Autra dari Liga Thailand selain rangkaian tiga pemain serangan Willian Lira, Chrigor Moraes dan Zach Clough di samping mengekalkan Alvin Fortes, barisan Gergasi Merah itu belum menampakkan ia lebih baik daripada skuad musim lalu.
Tidak ketinggalan menambat tumpuan ialah Terengganu FC – pasukan di tangga kelima musim lalu – yang mengekalkan cuma Nurillo Tukhtasinov daripada senarai import dan membawa masuk bek tengah kelahiran Brazil Diego Landis, pemain tengah Raianderson da Costa Morais atau Careca, sayap kanan Gabriel Silva dan gandingan penyerang Yann Mabela dan Junior Ngong Sam.
Tiga gol (Azam Azmi m-49, Silva m-55 dan Khalaif Naskam m-89) yang diledakkan ke pintu gol Penang FC membayangkan TFC akan bersaing dalam kelompok lima teratas sekali lagi musim ini sambil Penang FC kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan di sebalik mendapat Stefano Brundo, Kipre Tchetche dan Thiago Fernandes dalam senarai import baharunya.
“Saya ingatkan pemain ketika rehat separuh masa (ketika kedudukan 0-0) supaya lebih bersabar tapi lakukan serangan pantas. Disiplin ketika bertahan dan menyerang membuat kami lebih baik dalam separuh masa kedua yang menjadi kunci kemenangan ini.
“Dua pertukaran serentak (kemasukan Baqiuddin Shamsudin dan Khalaif pada minit ke-87) juga bawa hasil (apabila kedua-duanya berganding untuk mendapatkan gol ketiga),” kata ketua jurulatih Terengganu FC, Badrul Afzan Razali.
Disuntik nafas baharu dengan ketibaan Safawi Rasid dan Manuel Hidalgo sebagai pemain pinjaman dari JDT juga membawa semangat baru buat Kuala Lumpur City FC yang kini dibimbing jurulatih baharu Risto Vidakovic dari Serbia.
Safawi dan Hidalgo turut mencatat nama dalam senarai penjaring dalam kemenangan 3-0 ke atas pendatang baharu Liga Super, Imigresen FC – naib juara Liga A1 Semi-Pro musim lalu yang mendapat sentuhan bekas ketua jurulatih Perak FC Yusri Che Lah.
Buat KL City, kemenangan itu cukup bermakna kerana ia kali pertama pasukan Lembah Klang itu meraih kemenangan dalam aksi pertama liga dalam tempoh 26 tahun – sejak kemenangan 4-3 ke atas Brunei dalam aksi sulung musim 1999.
Lebih bernasib baik ialah satu lagi pendatang baharu sebagai wakil Brunei Darussalam, DPMM FC, yang membawa pulang satu mata dari Stadium Selayang hasil keputusan seri 2-2 dengan PDRM FC.
Namun, di sebalik semua itu, JDT seperti diramalkan ramai kekal sebagai ‘perisa terbaik’ minggu lalu, minggu selepas itu dan minggu-minggu berikutnya dalam pada mereka memburu gelaran ‘quadruple’ Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia buat kali keempat berturut-turut sejak 2022.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”