Antara Dua Sang Pengampun
Kuasa Pengampunan Presiden AS
Menurut perlembagaan Amerika Syarikat, presidennya ada kuasa memberi keampunan atau menangguh hukuman untuk kesalahan terhadap negara atau for offences against the United States. Itu ringkasnya.
Tidak perlu saya perinci peruntukan berkaitan kuasa itu, cuma menegaskan presiden dibolehkan memberi pengampunan atas kemahuan sendiri yakni on their own accord, walaupun ada peruntukan untuk presiden memberi respon ke atas permohonan yang dibuat menerusi the US Department of Justice’s Office of the Pardon Attorney. Namun pendapat dan pandangan peguam pengampunan hanya bersifat nasihat, lantas presiden boleh mengabaikan dan bertindak sendirian dalam memberi pengampunan.
Contoh Pengampunan oleh Presiden Biden dan Trump
Kuasa itu digunakan oleh Joe Biden pada Disember lalu, iaitu sebulan sebelum melepaskan jawatan presiden kepada Donald Trump. Biden memberi pengampunan kepada anaknya, Hunter. Hunter mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkaitan cukai. Terdahulu dia didapati bersalah atas pertuduhan memiliki senjata api dan penggunaan dadah. Hukuman sepatutnya diumumkan pada Disember lalu.
Presiden Biden pernah berjanji tidak akan beri pengampunan kepada anaknya, tetapi berkata Hunter menjadi sasaran hanya kerana ‘dia anak saya’, lalu katanya terpaksa beri pengampunan demi melindung anaknya daripada pendakwaan bermotif politik di bawah pentadbiran Trump.
Dalam langkah yang disifatkan luar biasa, Biden turut beri pengampunan kepada beberapa rakan dan anggota keluarga bersabit pelbagai pertuduhan, hanya beberapa minit sebelum Trump mengangkat sumpah sebagai presiden AS ke-47. Trump sememangnya sebelum ini berulang kali menjanjikan ‘pembalasan’ terhadap lawan politiknya dan mengancam beberapa pihak dengan pendakwaan jenayah.
Pengampunan Terhadap Perusuh di Capitol
Jelas Trump kempunan. Tidak dapat melakukan apa yang beliau mahu lakukan. Lalu apa yang beliau lakukan? Beliau menandatangan perintah eksekutif sebaik menjadi presiden untuk memberi pengampunan kepada kumpulan yang didapati bersalah menyerang dan merusuh di Capitol Washington pada 6 Januari 2021. Lebih 1,500 banduan mendapat ‘rahmat’ sang pengampun. Mereka termasuk anggota kumpulan ketuanan kulit putih seperti Proud Boys.
Mereka merusuh dan memasuki Kongres, dikatakan mahu memaksa keputusan pemilihan presiden pada November 2020 dibatalkan. Trump yang kalah pemilihan dakwa berlaku penipuan. Jelas kumpulan yang menyerang Capitol mahu menghalang Biden menjadi presiden, sebaliknya mahu Trump diangkat walaupun tewas. Tindakan mereka dilihat sebagai percubaan merampas kuasa.
Kesan dan Reaksi
Semasa merusuh di Capitol, ribuan penyokong Trump melakukan kerosakan dan mencederakan anggota polis. Lantas mereka digelar ‘cop beater’. Apabila Trump mengampuni mereka ramai anggota polis kecewa seperti yang diluahkan apabila ditemuramah oleh CNN.
Hakikatnya kekecewaan mereka boleh difahami kerana setelah mereka mempertahankan undang-undang dan mengawal simbol demokrasi AS, mereka diserang dan kini kumpulan yang menyerang diberi pengampunan oleh presiden. Kesimpulannya mereka rasa segala pengorbanan sia-sia dan tidak dihargai.
Tindakan Trump dan Budde
Tindakan Trump tidaklah memeranjatkan kerana kumpulan yang diampuni ialah penyokong yang sanggup berkorban untuk beliau. Beberapa pengulas politik yang muncul di CNN menyifatkan tindakan Trump bagai mengizinkan keganasan politik.
Seperkara menarik ialah seorang wanita berusia 71 tahun bernama Pamela Hemphill yang dipenjarakan setelah mengaku bersalah menyerbu Capitol enggan menerima pengampuan yang ditawarkan Trump. Hemphill yang dikenali sebagai ‘MAGA Granny’ dipetik berkata “accepting the pardon would be an insult to the Capitol police officers, to the rule of law, to our nation. I pleaded guilty because I was guilty.”
Kesimpulan
Apa pun jika apa yang dilakukan Biden (yang mengampunkan anak, kawan-kawan dan anggota keluarga) dan Trump (yang mengampunkan perusuh yang menyokongnya) boleh dianggap ‘salah’ (sekadar menggunakan istilah lembut), which is the lesser evil?
FAQs
Q: Apa tujuan kuasa pengampunan presiden AS?
A: Kuasa pengampunan presiden AS adalah untuk memberi keampunan atau menangguh hukuman untuk kesalahan terhadap negara atau for offences against the United States.
Q: Siapakah yang diampuni oleh Presiden Biden dan Trump?
A: Presiden Biden mengampuni anaknya, Hunter, serta beberapa rakan dan anggota keluarga bersabit pelbagai pertuduhan. Presiden Trump mengampuni perusuh yang menyerang dan merusuh di Capitol Washington pada 6 Januari 2021.
Q: Apa kesan tindakan Trump terhadap pengampunan perusuh di Capitol?
A: Tindakan Trump menimbulkan kekecewaan dan kebencian di kalangan anggota polis yang terlibat dalam insiden tersebut.