Sunday, June 8, 2025
No menu items!

Antara pengorbanan dan yang terkorban

Must Read

Write an article about Antara pengorbanan dan yang terkorban .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Saban tahun setiap kali Hari Raya Korban datang sudah pasti kita akan mendengar khutbah Aidil Adha tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kita yang tersengguk-sengguk mengantuk diingatkan oleh khatib bagaimana tabahnya Nabi Ibrahim menyahut perintah Allah supaya menyembelih anaknya, yang merupakan harta paling disayanginya. Maklumlah, Nabi Ibrahim sudah lama berkahwin tetapi tak dikurniakan cahaya mata. Tau-tau bila ada anak, diperintahkan pula oleh Allah agar dibunuh. Itulah tiap-tiap tahun diulang sejak kanak-kanak hinggalah beranak-pinak; takut untuk kita bertanya kepada diri sendiri kalau kita agaknya terima perintah begitu, bagaimana ya?

“Takkanlah ‘level’ haprak kita ni tuhan nak duga sampai tara macam tu?” tempelak kawan saya ketika cuba hendak berdiskusi dengannya tentang peristiwa korban tersebut.

Kita yang tersengguk-sengguk tadi jarang diperdengarkan kupasan dari sisi Nabi Ismail pula. Bagaimana agaknya perasaan Nabi Ismail yang sanggup terima tanpa sedikit pun membantah. Dalam konteks kehidupan kita hari ini apakah teladan yang harus kita contohi dengan ketaatan Nabi Ismail itu. Mengapa Ismail mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap cerita bapanya walaupun bapanya mendapat alamat melalui mimpi? Nak senang jawab, bolehlah kita kata, alah! Itu semua dah direncanakan oleh Allah. Tapi, sekali lagi – apa yang harus kita lakukan untuk memahami inti kisah ini? Dan cerita seterusnya bagaimana korban tak jadi sebaliknya Allah gantikan dengan seekor kibas, itu kita semua sudah maklum. Kita biasa dengar. Begitulah setiap tahun masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Hari Raya Korban hanyalah sekadar untuk mengenang peristiwa tersebut. Korban yang kita buat setiap tahun adalah sempena peristiwa itu. ‘Sempena’ maknanya kita hanya mengulang ritualnya saja. Buat hanya sekadar buat. Macam kita lakukan lontar jamrah sewaktu mengerjakan haji. Melakukannya bersempena dengan sejarah Nabi Ibrahim melontar batu kepada syaitan. Apa hakikat di sebaliknya tak pernah kita hayati. Sebab itulah, kita ‘dok macam tu jugak’ bila balik haji.

“Kita lontar ‘setan’ di depan tapi ‘setan’ dalam tubuh kita tak kita lemparkan,” gelak abah saya ketika kami sembang-sembang setiap kali Aidil Adha muncul. “Yang nak dilontar jauh-jauh ialah yang dalam diri kita ini. Sifat ujub, riak, takbur, sum’ah, hasad, dengki dan khianat itu nak dicampak dan kita tinggalkan. Itu yang utama.”

“Sama juga orang kita bila buat korban. Lembu pun ditakut-takutkan. Disakat-sakat sebelum ditumbangkan dan diketawakan. Dah macam pesta,” rungut Rizal, kawan sepermainan saya sambil menggelengkan kepala.

Sebab itulah saya berpandangan dalam beragama kita harus menuntut ilmu dengan sungguh-sungguh supaya kita benar-benar dapat menghayati roh setiap ibadat. Berguru itulah disiplin ilmu paling mujarab. Kalau setakat baca buku, tengok video ceramah di YouTube – kita hanya dapat ‘itu’ sajalah. Sepatutnya kalau kita suka dengar ceramah seseorang ustaz atau guru itu, tak cukup sekadar menonton video atau membaca buku karangannya tetapi harus berani mencari dan duduk belajar lutut bertemu lutut dengannya. Berani? Sanggup tinggalkan anak isteri hujung minggu untuk berguru dengan ustaz yang kita kagumi? Habis, macam mana nak contohi Ibrahim yang tinggalkan Siti Hajar dan Ismail di tengah padang pasir dengan penuh tawakal dan yakin? Takut ‘Siti Hajar’ di rumah kita membebel?

“Abang ni asyik keluar je hujung minggu. Nak belajar agama ke nak pergi mengurat?” Kita pun ‘goyang’ bila dileteri isteri lalu tak jadilah kita pergi. Baik bawa keluarga pergi berkelah sahaja. Ha! Ha! Maksud saya, yang kita perlu telek sedalamnya dari peristiwa Nabi Ibrahim itu ialah bagaimana Allah perintah kita korbankan sesuatu yang paling kita sayang demi untuk membuktikan cinta kita kepadaNya. Anak adalah simbol ‘harta’ yang paling disayangi dan anak jugalah racun yang menjadi punca kita lalai hingga kita jauh dengan Allah.

Kita bangga anak kita cantik, comel dan cerdik. Kita pun kata, “Hah! Tengoklah baka aku baik-baik.” Kita rasa kita bertuah, kita bersyukur dengan kurniaanNya tetapi dalam kita ‘dok’ bersyukur itu kita masih diselubungi rasa megah. Itu yang disebut di dalam al-Quran bahawa anak juga boleh membuat kita termasuk dalam golongan rugi.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta-benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” – al-Munafiqun ayat 9.

Jadi, Nabi Ismail merupakan perlambangan ‘harta’ yang paling disayangi oleh Nabi Ibrahim. Atas cinta kepada Allah, bukan setakat Nabi Ibrahim sahaja sanggup mengorbankan kesayangannya, Nabi Ismail juga reda dan rela menyerahkan nyawanya untuk menjadi korban.

“Tuan! Sumbanglah seekor lembu untuk korban kat kawasan taman perumahan kami,” kata seorang ahli jawatankuasa persatuan penduduk kepada saya ketika saya memegang jawatan sebagai ahli majlis sekitar 15 tahun dulu. Alamak! Kalau anggaran kasar harga seekor lembu RM1,000 untuk sebuah taman perumahan bagaimana kalau 20 taman pun minta juga? Takkan saya nak bagi sebuah taman sahaja. Tak adillah. Tapi mana nak cekau RM20,000?

“Bagi saya, ibadat korban ini adalah mengeluarkan harta dan perbelanjaan daripada diri kita sendiri atau kita boleh juga berkongsi bahagian bersama dengan pihak lain. Bukannya kita meminta-minta sumbangan atau bantuan. Itu bukan pengorbanan namanya. Itu pesta makan-makan. Betul tak?” tanya saya. Itu pandangan sayalah. Saya ajukan kepada mereka begitu. Mereka pun tersengih-sengih tak membantah. Ya, yang utama keluarkan apa yang ada di saku kita dahulu sebanyak mungkin dengan ikhlas. Itulah korban sebenarnya. Macam kita cintakan kekasih kita, apa yang dia mahu kita sanggup berhabisan. Bila kita faham itu barulah kita dapat menjiwai kelazatan sesuatu ibadat itu.

Upacara korban pertama dalam sejarah manusia telah mengajar kita akan hal ikhlas ini. Lihatlah kisah bagaimana dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) melakukan korban. Habil, seorang penternak – dengan ikhlas mengorbankan haiwan ternakannya yang paling sihat dan gemuk manakala abangnya Qabil (petani) mengorbankan hasil tanamannya yang buruk dan kering. Korban Qabil disambar petir sebagai tanda penolakan oleh Allah.

Mengenang kisah dua saudara itu teringat saya yang kita semua ini bersaudara tetapi kadangkala upacara korban dan lapah daging ini pun ada kasta dan diskriminasinya. Ada yang bersungut kerana ramai ‘Mat Bangla’ mengendeng di tempat korban mahu mengecek. Astaghfirullahalazim! Tak adakah hak untuk mereka? Tak pelawa merekakah? Tak layakkan mereka untuk sama-sama merasai keseronokan melakukan ibadat korban?

“Oh! Kalau mereka itu ‘Mat Saleh’ mesti jadi orang pertama yang dapat. Ah! Malaslah aku nak cakap banyak pasal upacara korban ni. Nanti orang marah kat aku pulak!” kata Rizal.

Zali memang selalu turun padang menyempurnakan kerja korban dari mula sembelih sehinggalah kepada melapah dan mengagihkan daging. Dia jenis ringan tulang. Kenduri-kendara pun dia mesti ada. Kerja korban menjadi lebih ringan jika Zali ada.

“Tapi, lembu punya ‘torpedo’ jangan kacau. Itu aku dah ‘booking’ awal-awal. Siapa ambil, siap!” kata dia sambil terkerenyin dan ‘menyetat’ enjin motosikalnya.

Saya tak tahu mahu ketawa atau menangis!

 

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

Indulgent cakes and tarts rule at Foo Foo Desserts

Write an article about The British toffee date cake with masala chai ice cream is a must-try. (Andrea Edmonds...

More Articles Like This