Write an article about Anwar perlu sokongan Rafizi | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
Tanpa langsung berkias, Rafizi Ramli minggu lalu menyatakan keputusannya meninggalkan Jemaah Menteri kerana beliau sudah hilang keyakinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Boleh diandaikan bekas menteri ekonomi itu sudah berlaga angin dengan bosnya, kerjanya semakin kurang dihargai atau susuknya menjadi ancaman kepada Anwar yang dalam penggal terakhirnya memegang teraju PKR.
Menghadapi Nurul Izzah Anwar bagi jawatan timbalan presiden pula, Rafizi berkata beliau tidak punya pilihan mahupun peluang untuk kekal dalam jawatan berkenaan kerana kekalahan di pihak puteri sulung perdana menteri itu akan dibaca sebagai ahli parti menolak kepimpinan Anwar.
Apa diduga sudah pun berlaku. Rafizi (3,866 undi) tewas kepada Izzah (9,803 undi) dalam perebutan jawatan nombor dua parti 23 Mei lalu dan sebagai mengotakan janji yang beberapa kali diulang dalam kempen Jelajah Hiruk, Ahli Parlimen Pandan itu meletak jawatan menteri ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun.
Cuma bagusnya Rafizi – menganggap pertandingan menentang Nurul Izzah berlangsung di atas padang tidak sama rata – tidak pernah menyuarakan hasrat keluar parti dan tidak bercadang menubuhkan parti baharu melainkan mahu terus berjuang menghidupkan prinsip dan semangat reformasi.
“Apabila Nurul Izzah bertanding, ia mendapat restu presiden dan perdana menteri. Bila (sudah ada) restu presiden, itu isyarat jelas bahawa presiden sudah hilang keyakinan kepada saya dan sebagai menteri ekonomi.
“Bila sudah hilang kepercayaan perdana menteri dan mandat daripada parti (kekalahan dalam pemilihan), akhirnya kalau saya memilih kekal, saya akan jadi ‘lame duck minister’ (menteri yang pincang),” katanya dalam audio siar ‘Yang Berhenti Menteri’ pada 20 Jun.
Keriuhan terutama daripada penyokong tegarnya masih belum reda hingga ke hari ini. Mereka kecewa dan marah dengan percaturan pemilihan parti yang menyisihkan beliau sebagai seorang reformis tetapi seorang pengamat politik menyimpulkan sokongan Rafizi dan gerombolan penyokongnya – baik dalam mahupun di luar parti – penting andai Anwar berharap melanjutkan tempoh selaku PMX ke penggal kedua.
Pensyarah politik Universiti Sunway Wong Chin Huat dalam menimbulkan persoalan sama ada pengunduran Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad daripada Kabinet memberi kesan kepada PKR, Pakatan Harapan (PH), dan kerajaan Madani, berpendapat kedudukan Anwar masih selamat hingga PRU16.
Seiring dengan itu, persoalan berkait Rafizi hendaklah dianalisis ke belakang daripada soalan pokok, iaitu adakah Anwar akan mendapat penggal kedua sebagai perdana menteri.
Jawapannya ialah penggal kedua Anwar memerlukan dua keadaan – satu, majoriti jelas di Dewan Rakyat bersama parti gabungan, dan dua, sejumlah kerusi memuaskan dimenangi PKR.
Untuk itu, kata Wong, secara ringkasnya ia turut memerlukan perdana menteri agar menterbalikkan kekecewaan politik dan kelesuan terhadap asas PKR dan PH dan di sinilah asas sokongan Rafizi boleh memberikan perbezaan.
Dalam pada itu, tidak dapat dinafikan bahawa momentum Rafizi – seperti bekas menteri Umno Khairy Jamaluddin – yang kini semakin popular selepas tewas dalam pemilihan parti, membuat Anwar berasa tidak selesa dan terancam.
“Menggugurkan Rafizi dan penyokongnya seperti Nik Nazmi dan Wong Chen (kedua-duanya kalah pemilihan parti) sebagai calon dalam PRU16 akan menolak asas sokongan kem Hiruk untuk bersikap berkecuali, jadi pihak ketiga, malah memihak kepada PN,” katanya.
Malah, tambahnya, sekalipun jika Rafizi dan Nik Nazmi telah menerima tawaran Anwar untuk kekal dalam Kabinet dan menampakkan kedua-duanya sebagai hipokrit selepas segala cakap-cakap mereka mengenai mandat dan akauntabiliti, mereka dan PKR akan kehilangan asas sokongan kem Hiruk.
“Satu-satunya cara untuk Anwar mengekalkan sokongan asas kem Hiruk untuk PKR dan PH ialah dengan menginstitusikan kemahuan terhadap pembaharuan melalui barisan penyokong kerajaan (di Dewan Rakyat),” tambahnya dalam komentar di Malaysiakini.
Pada pengamatan Wong, sambil menteri-menteri boleh berkompromi mengekalkan kerajaan gabungan, barisan Ahli Parlimen kerajaan boleh menjuarai pembaharuan diinginkan.
DAP, katanya, sudah pun bergerak ke arah itu dengan memberi barisan penyokong kerajaan lebih banyak peranan kepimpinan dalam parti dan melantik pimpinannya di Parlimen dalam kalangan penyokong kerajaan.
Pada waktu ini, Parlimen hanya ada 10 jawatankuasa pilihan khas (PSSC) yang setiap satunya dianggotai sembilan ahli di samping Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dengan 14 anggota, meninggalkan 60 lagi Ahli Parlimen – baik di peringkat kerajaan mahupun pembangkang – tanpa peranan kebangsaan termasuk portfolio menteri, atau tanggungjawab dalam jawatankuasa.
“Banyak daripada 10 PSSC ini tidak efektif, sebahagiannya disebabkan mereka memiliki sumber sedikit dan sebahagian lagi kerana ramai dibebani lebihan tugas.
“Paling tidak masuk akal ialah jawatankuasa pilihan khas untuk infrastruktur, pengangkutan dan komunikasi meliputi tujuh kementerian: kerja raya, pengangkutan, komunikasi, digital, kemajuan desa dan wilayah, perumahan dan kerajaan tempatan dan wilayah persekutuan,” tambahnya.
Wong menyarankan jika Anwar mahu menyegarkan semula kelayakan reformisnya dan menjadikan 58 Ahli Parlimen PH sebagai promoter jenamanya dengan memperbaiki dasar dan undang-undang, perdana menteri hendaklah memecahkan 10 PSSC yang ada menjadi kira-kira 20, agar tiada PSSC yang meliputi lebih daripada dua portfolio menteri.
Pengerusi dan timbalan pengerusi setiap PSSC turut dicadangkannya diberi elaun RM4,000-RM5,000 untuk menampung usaha tambahan mereka.
Tidak hanya terhad kepada Rafizi, Nik Nazmi, dan Wong Chen, malah juga bekas menteri seperti Yeoh Bee Yin dan Wee Ka Siong boleh turut dilantik selaku pengerusi PSSC dalam bidang masing-masing.
Wong melontarkan satu persoalan realistik daripada segi politik: Kenapa perlu Anwar memperkasakan Rafizi yang mungkin kembali untuk mencabar Izzah kemudian?
“Jawapan realistik daripada segi politik ialah penggal kedua Anwar selaku perdana menteri adalah hadiah paling penting.
“Jika kerusi PKR berkurangan separuh, dan PMX jadi ‘XPM’, berapakah nilai presiden PKR yang tinggal? Sebaliknya pula, jika PH-BN menang besar, mampukah kenaikan Nurul Izzah dicabar dengan mudah?
“Saya percaya Anwar cukup pintar untuk mengutamakan peperangannya,” katanya.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”