Thursday, April 24, 2025
No menu items!

Asal muasal Bumiputera dalam tahun 1920-an

Must Read

Write an article about Asal muasal Bumiputera dalam tahun 1920-an .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Tempoh hari dalam kuliah saya, ada pelajar Rusia yang bertanya asal muasal konsep Bumiputera. Saya syarahkan agak lama juga. Dan, kalau saya babadkan kepada ramai orang, mungkin juga ramai pula yang tidak suka. Tetapi apa boleh buat, kerja pensyarah dan ahli akademik yang tidak kangkung memang tidak mensayurkan semua perkara.

Pertamanya, saya jelaskan, yang saya belum menemukan konsep ini dalam teks-teks klasik Melayu. Maksud saya, yang betul-betul mengkonsepsikan ‘Bumiputera’ seperti yang difahami hari ini. Hang Tuah ikon Melayu kita misalnya tiada pun pernah menyebut patik ini Bumiputera. Tak pernah.

Kedua, oleh sebab bidang asal saya adalah sastera bandingan, maka saya cuba melihat ‘Bumiputera’ itu dari sudut pandang disiplin saya tersebut. Budak-budak Perikatan Nasional boleh melalak di TikTok, tetapi kebenaran ada pada sastera. Begini penjelasan saya, jemput baca.

Pada pandangan saya, konsep ini mula diguna dan dimasyhurkan oleh Mas Marco Kartodikromo dalam novelnya ’Student Hidjo’ (1919), dan ’Rasa Merdeka’ (1924) di era penerbitan buku-buku Balai Pustaka, di Indonesia.

Untuk segelintir yang tidak faham, era Balai Pustaka di Indonesia adalah satu era di mana sastera Indonesia dalam tahun-tahun 1920-an ditulis dalam bahasa Melayu. Sewaktu itu, harapan agar Tanah Melayu dan kepulauan Indonesia bergabung sebagai Nusantara masih semarak. Dan pendudukan Belanda di bawah Dutch East Indies dilihat sebagai satu kolonialisme dan semangat untuk merdeka demikian membuak-buak.

’Student Hidjo’ asalnya disirikan dalam akhbar Sinar Hindia pada tahun 1918 dan tamat dalam tahun 1919. Ia mengisahkan seorang lelaki Jawa, Hidjo yang datang dari keluarga priyayi (atau bangsawan) diutus untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Delft, Belanda.

Niat bapanya adalah agar Hidjo mendapat kemasyhuran, kekayaan dan hormat dari kelompok aristokrat lain. Sebelum berangkat ke luar negara, Hidjo ditunangkan dengan sepupu sendiri bernama Biroe. Sampai di Den Haag, Hidjo bercinta dengan anak tuan rumahnya, Betje (gadis Belanda). Percintaan itu dalam keadaan penuh tekanan memandangkan Hidjo memang tahu dia harus pulang ke Jawa, dan kelak mengahwini Biroe.

Ditinggalkan di Jawa, Biroe terus berkawan dengan sahabat sepermainan iaitu Woengoe dan abangnya Wardojo. Dek berjauhan, Biroe akhirnya jatuh cinta pula dengan Wardojo, manakala kawan baik Biroe iaitu Woengoe sedar yang dia sebetulnya mencintai Hidjo.

Memang ia adalah resepi roman yang penuh sabun dan opera. Cuma intinya sedar tidak sedar adalah ‘perlawanan’, yang sesuai dengan era tersebut. Saya tidak akan memberitahu penamat novel ini. Tetapi, memadailah jikalau kita membaca novel yang sangat popular dalam tahun 1920-an itu, ia telah memperkenalkan kepada pembacanya beberapa konsep yang asalnya adalah fiksi.

‘Student Hidjo’ memberikan kepada kita misalnya konsep ‘bangsa kulit putih’, untuk membezakan Hidjo yang sawo matang dengan Betje yang putih. Kata ‘bangsa‘ yang diketengahkan dari novel ini digunakan berganti-ganti dengan perkataan ‘orang’. Contoh ‘bangsa’ Jawa, itu maksudnya ‘orang’ Jawa. Padahal orang itu adalah kata pinjaman Parsi yang bermaksud manusia.

Kemudian dalam novel ini, terdapat terma bangsa Hindia iaitu bangsa Jawa, dan istilah lain yang kerap diguna adalah ‘bumiputera’ (b huruf kecil). Jadi orang Hindia (bukan India) itu merujuk kepada orang atau bangsa natif. Kata Bumiputera itu selalu digunakan untuk merujuk anak-anak bangsa Jawa.

Dalam novel ini juga kata Bumiputera ditentukan dengan bahasa yang mereka gunakan, iaitu orang yang bertutur dalam bahasa Melayu atau Jawa kepada orang Belanda.

Dalam novel ini watak-watak orang putih seperti Walter dan Regent Djarak telah merujuk bangsa Jawa sebagai bumiputera. Di beberapa tempat bangsa Hindia digunakan khusus untuk merujuk orang Jawa. Jadi asalnya, yang Bumiputera ialah Jawa. Bangsa Melayu itu lebih untuk merujuk orang di Johor Riau, selatan Tanah Melayu, dan sebilangan etnik di Sumatera.

Kata negeri dalam novel ‘Student Hidjo’ ini pula digunakan untuk merujuk Belanda. Untuk Jawa, sebagai kampung halaman, kata yang digunakan bukan negeri, tetapi ’tanah air’.

Jadi watak Hidjo apabila menyebut Semarang, Surabaya, Bandung dan Jogjakarta itu, istilah yang digunakan adalah tanah air. Pengarang Balai Pustaka yang lain seperti kemudiannya Semaun, dalam ‘Hikayat Kadiroen’ telah menggunakan istilah Bumiputera ini untuk merujuk kepada orang Hindia (iaitu orang natif).

Merari Siregar dalam novel lain, ’Azab dan Sengsara’ (1920) yang juga sangat popular waktu itu turut merujuk tanah air sebagai ‘tumpah darah’. Marah Rusli, seorang lagi pengarang Balai Pustaka yang berwibawa, dalam ’Sitti Nurbaja’ memperkenalkan kata bangsa itu khas bila merujuk orang Indonesia.

Apabila Utusan Melayu ditubuhkan dalam tahun 1939 di Singapura, wartawan-wartawannya adalah penggemar dan pembaca tegar karya Balai Pustaka ini. Waktu saya berguru dengan Sasterawan Negara A Samad Said, bapak berpesan supaya saya banyak membaca buku-buku Balai Pustaka, kerana kata beliau ‘di situlah bermula hati nurani bangsa’.

Maka konsep dan kata-kata yang banyak diperkenal dan digunakan oleh novelis era Balai Pustaka turut diserap dalam akhbar Utusan Melayu tersebut. Kita semua tahu besarnya pengaruh akhbar ini.

Demikianlah bermulanya konsep Bumiputera (b huruf besar) yang hari ini telah menjadi bahagian dari undang-undang, dan konsep untuk menggambarkan ketuanan. Saya tidak akan memperdebatkan hal ini di sini.

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah, kuasa dan pengaruh yang dimainkan oleh pengarang sastera. Jangan sama sekali memperkecilkan kami.

Ketika saya menulis novel ‘Manikam Kalbu’ (2009), saya membayangkan falsafah busana Melayu yang macam-macam. Konsep lima butang baju Melayu, konsep tanjak yang masyhur hari ini, dan konsep butang tunggal baju Teluk Belanga.

‘Manikam Kalbu’ ini menang hadiah berganda dan dibaca oleh generasi yang hari ini dirujuk sebagai milenial. Kelompok milenial hari ini adalah ibu bapa kepada anak-anak Gen Z. Niat saya dalam ’Manikam Kalbu’ adalah untuk menggambarkan kehebatan orang Melayu. Bukan ketuanan orang Melayu. Ketuanan dan kehebatan dua hal berbeza.

Selepas Manikam Kalbu itu diterbitkan, Ally Iskandar memanjangkan ia di TV3, menjadikan ia semacam cerita-doku satu program musim Hari Raya. Maka dengan cepatlah ia meledak dan tersebar.

Suka tidak suka, ada banyak konsep dan idea dilontarkan orang sastera di luar sana. Pembaca mestilah memungut dan mencernanya dengan baik, hadam, dan dikunyahlumat sebelum ditelan.

Pengarang berubah. Pengarang juga meninggal dunia. Tetapi ada gagasan dan konsep yang mungkin tidak lagi menjadi satu taruhan oleh seniman atau sasterawan tersebut, ia akan kekal. Malah tak akan dapat disanggah lagi, hatta oleh pengarang atau penggubah asalnya. Ia malah dipanjangkan dan kemudian dikukuhkan berkali-kali.

Jadi setiap kali kata Bumiputera digunakan dalam hujah-hujah yang macam-macam di dada media hari ini, mungkin untuk meredakan sedikit ketegangan, kita boleh bawa beringatlah yang ia satu konsep yang datang dari novel. Ia malah digunakan untuk merujuk orang Hindia, iaitu Jawa. Tak perlu pun sampai terlalu tegar sampai menidakkan hak orang lain.

Kita telah menempuh sejarah yang berbeza dengan Indonesia. Selepas era Balai Pustaka, Indonesia membentuk kesusasteraan sendiri dengan Pujangga Baru, Angkatan 45 dan kemudian Angkatan 65.

Oh, juga, saya harap pembaca juga boleh faham betapa pentingnya kesusasteraan. Jangan pandang kami sebelah mata. Beringatlah, novel yang kami tulis hari ini boleh jadi tempat bermulanya macam-macam perkara seratus tahun mendatang. Iya, kalau pengarang itu ada gengsinya.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

AMK Urges Youths To Vote In Ayer Kuning By-election

Write an article about TAPAH, April 24 (Bernama) -- Angkatan Muda...

More Articles Like This