Write an article about Berlakon bukan kerja main-main | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
Ramai orang fikir berlakon adalah kerja main-main dan profesion ini tak penting langsung. Seni persembahan tak membantu apa-apa pun dalam hidup ini sebab itulah ada pempengaruh medsos menyarankan tak usah buang waktu mengambil jurusan seni. Dek kerana di tempat kita ini pengiktirafan dan penghargaan terhadap seni itu rendah, maka tak hairanlah anggapan sebegitu wujud.
Menonton teater bertajuk Persiapan Seorang Aktor minggu lepas mengajar saya tentang betapa seriusnya seorang pelakon hebat terhadap kariernya sehingga dia mengalami dilema, kekalutan perasaan dan tekanan demi untuk menukarkan dirinya menjadi Hamlet, watak yang akan dilakonkannya.
Teater tulisan Saat Omar dan diarahkan oleh Syahrul Musa ini telah beberapa kali dipentaskan dan tahun lepas memenangi anugerah ‘Best Original Script’ dan ‘The Best Of’ di 20th BOH Cameronian Arts Awards.
Seperti yang selalu saya tulis, kerja seni juga adalah sebuah profesi sama seperti kerjaya lain. Ia memerlukan ilmu, kemahiran, kepakaran, minat dan penjiwaan. Kerja apa pun harus ada ciri itu. Berniaga nasi lemak di pinggir jalan atau menjadi menteri di jabatan kementerian pun mesti ada ‘passion’. Kalau sekadar hendak nama dan kemasyhuran – tak menjadi dan menyampah dek orang!
Untuk menjayakan sebuah pementasan teater pun memerlukan penglibatan ramai petugas. Dari tukang sedia makanan, pengarah, pelakon, kru teknikal lampu dan bunyi, pengurus pentas dan lain-lain itu semua manusia. Mereka semua bekerja sama seperti kita semua; mencari rezeki untuk keluarga. Buat apalah dicebik dan dihina mereka?
“Kau cuba bisukan suara televisyen tu,” kata seorang seniman terkenal ketika di kaca TV sedang menayangkan drama bersiri petang-petang. Seorang kawan kami pun menurut arahan seniman tersebut.
“Cuba kau tonton drama tu tanpa suara. Tengok wajah pelakon semua tu. Apa kau rasa?” tanya dia lagi.
“Entah. Takde rasa apa pun,” jawab salah seorang antara kami.
“Ya,” jawab seniman tersebut. “Sebab mereka hanya melontarkan dialog. Bila dibisukan kau tak nampak apa-apa. Mata mereka kosong tak berlakon.”
Saya faham. Pengucapan dialog pelakon tersebut tak dibawa dengan jiwa. Itulah sebab matanya nampak tak bersekali dengan dialog. Kita tak tahu apa yang diperkatakan dan kita merasai apa perasaannya apabila pandangan matanya kosong sahaja. Saya teringat drama radio pula. Mendengar suara mereka mengucapkan dialog membuat kita terbayang seolah-olah pelakon benar-benar sedang mengalami situasi yang mereka bualkan. Kalau lontaran suaranya kaku dan mendatar alamat habislah gagal drama radio itu. Begitulah yang saya faham. Berlakon memerlukan penghayatan sepenuhnya menukarkan diri sendiri dan memasukkan watak yang diperankan ke dalam tubuh.
Sadiq Saufi (lakonan Aloy Paradoks) mengalami kepayahan menyerap Hamlet masuk ke dalam tubuhnya kerana watak-watak lain yang pernah dilakonkannya sebelum ini masih bersarang di dalam tubuh dan tak membenarkan Hamlet masuk. Sadiq jadi tak keruan, macam nak demam dan berkecamuk. Sadiq juga ego, mengaku hebat dan berasa hanya dia paling layak membawakan watak Hamlet. Orang lain tak boleh sebaik dia. Lalu, dia berusaha menukarkan diri Sadiqnya kepada Hamlet. Dia berfikir terlalu dalam tentang bagaimana Hamlet berjalan, bagaimana kelakuan Hamlet yang sentiasa penuh dendam dan merancang untuk membalas sebuah pengkhianatan. Sekecil-kecil perangai Hamlet difikirkan dan dikaji oleh Sadiq. Cara makan, cara pegang gelas dan mungkin cara hendak kencing. Habis diteliti Sadiq.
Persiapan Seorang Aktor menyindir juga pelakon-pelakon yang ‘eksyen’ saja lebih tapi berlakon teruk, tak ketinggalan juga memperli pelajar seni produk Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) dan memberikan gambaran betapa gahnya sesuatu produksi teater itu jika berpeluang main di Istana Budaya. Teater tersebut juga cuba memperingatkan kita bahawa teman dan pengkritik paling setia ialah pasangan kita sendiri. Nina (lakonan Fazleena Hishamuddin) sebagai isteri Sadiq meskipun adakalanya ‘cemuih’ dengan obsesi Sadiq terhadap kerjayanya sebagai pelakon hebat, tetap menyokong dan memberikan semangat. Nina merajuk apabila beras di dapur sudah habis, dia kemas barang dan keluar rumah tetapi tak lama kemudian pulang semula. Nina berdiri di sisi Sadiq untuk turut sama bersetiakawan merasakan sakitnya Sadiq. Mengingatkan ini, saya terbayangkan isteri saya. Betapa dia selalu memendam rasa dengan kerenah saya yang beku dan kaku ketika khusyuk menulis tetapi dia jugalah peminat saya yang paling setia. Dipujinya dengan bangga jika saya bagus dan dikritiknya dengan pedas apabila saya merosot. Dia tak berpura-pura. Itulah Nina, lambang seorang isteri kepada penggiat seni.
Kemunculan seniman Nam Ron yang memegang watak Tuan Pengarah Razak Stanislavski dalam teater ini menjadikan ketiga mereka beradu kekuatan (sparring) dengan seimbang di atas pentas. Nam Ron, Aloy Paradoks dan Fazleena Hishamuddin adalah nama penting milenium ini dalam arus teater mandiri. Di pentas ‘indie’ mereka lahir, saya tak sedar rupa-rupanya tiga kawan saya ini besar namanya. Nam Ron dengan filem arahannya One Two Jaga (2018) telah rata mengembara tayangannya di luar negara, Fazleena adalah penulis lirik lagu Pelukan Angkasa yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-36 manakala Aloy Paradoks adalah penulis skrip prolifik dan menghasilkan beberapa skrip drama dan filem seperti Kalut Nak Kahwin, Korupsi Dewan Semandung, Martabat: Misi Berdarah. Ketiga-tiga mereka juga pernah menghasilkan buku sendiri. Bukan setakat teater ini sahaja, ketiga mereka itu sendiri adalah lambang bahawa kerja seni ini bukan main-main. Mereka serius meskipun jauh daripada dunia glamor dan popular. Glamor dan popular itu datang sendiri dengan karya mereka.
Apabila menonton teater Persiapan Seorang Aktor, saya tidak melihat bagaimana Sadiq Saufi begitu susah mempersiapkan dirinya untuk membawa watak Hamlet dalam sebuah pementasan yang bakal dijayakannya tetapi lebih melihat bagaimana seorang insan harus mempersiapkan diri peribadinya dalam menghadapi hidup ini. Apakah kita harus menjadi diri sendiri atau terpaksa berpura-pura menjadi berbeza pada satu-satu keadaan. Untuk itu, setiap kita harus kenal betul-betul diri agar kita dapat melaksanakan peranan yang diberikan kepada kita atas dunia ini. Dalam pekerjaan misalnya, adakah kita benar-benar komited dengan kerja kita atau sekadar sambil lewa asalkan dapat gaji setiap bulan, sudahlah. Begitukah nilai dan prinsip hidup kita? Dan, setelah Sadiq berusaha keras melepasi segala siksaan, teaternya pun selesai, dia pun lega. Kebahagiaan pun sampai. Itulah yang kita belajar dalam hidup beragama. Berusahalah seperti kamu akan hidup selamanya. Sadiq kemudian dapat surat daripada kementerian seni yang ingin menganugerahkannya sebagai tokoh teater. Itulah juga yang kita faham. Beramal sebaik mungkin akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal. Itulah hidup ini – ada cabaran yang menuntut pengorbanan yang tulus, dengan ilmu dan kesabaran akhirnya akan dikurniakan balasan atas apa yang dikerjakan andainya kita berpegang kepada ‘wamahyaya, wamamati lillahi rabbil’alamin’.
Itu yang saya dapat dalam teater Persiapan Seorang Aktor. Ia tentang diri kita. Persiapan kita sebagai insan. Apa pekerjaan kita, jadilah diri kita. Walaupun menjadi pelakon, jadilah betul-betul. Main boleh tapi bukannya main-main.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”