Write an article about Buat apa banding-membanding | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
Soalan yang selalu buat saya bosan ialah apabila orang membanding-banding siapa lebih baik antara si anu dengan si anu yang berada di dalam bidang sama. Oh! Aku rasa Search lagi bagus berbanding Wings. Eh, Awie lebih baik daripada Amy! Man Kidal tak boleh lawan Samad. Atau, lebih menyampah lagi bila orang kata tiada siapa boleh menandingi P Ramlee baik Nordin Ahmad, Hussein Haniff atau M Nasir sekalipun. Biasanya saya akan ajukan semula soalan tersebut kepada si penanya, apakah mereka ceburkan diri sebab hendak bertanding antara satu sama lain? Biasanya si penanya akan tergamam tak sangka mengapa saya ambil serius sangat dengan soalan santai begitu. Si penanya hanya suka-suka saja nak bertanya tapi dijawab keras oleh saya.
Ya! Saya ambil serius kerana inilah antara sebab mengapa kita susah nak maju. Sikit-sikit kita nak bandingkan orang baru dengan yang sudah sedia ada. Saloma, Rafeah Buang dan Sharifah Aini sudah ada. Mengapa membandingkan mereka dengan Siti Nurhaliza? Biarkan kelainan identiti mereka mewarnakan lagi dunia itu. Ini menandakan yang kita tak kurang dengan bintang hebat. Kalau kita kata Siti nombor satu, di tangga mana hendak diletakkan Ella, Ning Baizura atau Sheila Majid? Apakah kayu ukur yang kita guna itu tepat? Bak kata orang putih, adakah kita membandingkan epal sama epal atau epal dengan mangga?
“Nak jadi P Ramlee nombor dua la tu!” Getik saya mendengar ungkapan sebegitu. Biarlah P Ramlee hanya satu. Nak buat apa penggiat lain mahu jadi nombor dua. Semua berhak untuk berjaya. Yang meniru suara dan rupa P Ramlee itu lainlah. Itu tak termasuk. Yang saya maksudkan ialah bila ada insan seni lain yang mampu juga berbuat banyak cabang seni lainnya maka tak sudah-sudahlah nak dibanding-bandingkan. Biarlah M Nasir menjadi M Nasir yang pertama, bukan P Ramlee kedua. Atau Siti Nurhaliza yang pertama dan Sheila Majid yang satu. Lebih bosan lagi bila saya dengar Ziana Zain adalah Jennifer Lopez Malaysia. Ish…tak payahlah! Ziana Zain dah cukup ‘terer’ di Malaysia. Membanding-bandingkan ini membuatkan orang yang lebih ‘junior’ menjadi kecil dan tertutup peluang untuk dia buktikan yang dia juga mampu jadi hebat. Oleh itu, eloklah kita hormat kemampuan masing-masing dan mengiktiraf keunikan yang dimiliki oleh setiap mereka.
Sebelum kita sibuk banding-membanding tentu kita pernah dengar orang berbincang tentang konsep ‘seni untuk seni’ dan ‘seni untuk masyarakat’. Ada dua pendekatan yang harus kita fahami. Biasanya karya ‘pop’ merupakan karya yang mesra rakyat. Karya bentuk begini lebih digemari masyarakat. Justeru, penggiat yang memilih seni untuk masyarakat lebih mudah diterima kerana ceritanya berkisar tentang hal biasa dengan kaedah pendekatan popular iaitu ‘pop’ itu tadi. Bukan dalam dunia seni lagu dan muzik sahaja, ia juga merangkumi cabang seni lain juga seperti sastera, lukisan dan filem. Ada karya pop dan ada karya ‘art berat’ mengikut istilah orang sekarang walaupun ada antaranya bukanlah berat sangat pun, cuma ia sedikit lain daripada yang biasa. Namun begitu, konsep seni untuk seni atau seni untuk masyarakat pun bukanlah penentu mutlak yang mana lebih baik. Ia adalah tentang kaedah dan pendekatan. Ada orang suka yang itu dan ada orang suka yang ini.
Memang tak kena kalau kita hendak dibandingkan filem-filem P Ramlee dengan filem arahan Rahim Razali atau U-Wei Shaari. Nampak sangat kita tidak memahami konsep dan tema. Filem Semerah Padi arahan P Ramlee boleh difahami secara ‘straight-forward’ kerana naratifnya bergerak secara terus. Manakala Rahim Razali menggunakan teknik penceritaan berbolak-balik, ada imbas-belakang dan imbas-depan dalam filem Matinya Seorang Patriot. Atau sutradara U-Wei yang menggunakan perlambangan kabur seperti filem Kaki Bakar arahannya. Masing-masing menggunakan pendekatan yang mereka gemari untuk membikin seni. Kaedah yang Rahim Razali dan U-Wei guna ini menuntut kita berfikir dan menumpukan perhatian terhadap cerita dengan lebih tekun. Ya, saya bercakap dalam bahasa mudah – tidak menggunakan istilah filem sebab saya bukan orang filem. Cuma, sebagai penulis, sedikit-sebanyak saya memahami teknik dan gaya penceritaan. Kaedah yang mana anda lebih suka itu bergantung kepada kefahaman anda atau yang mana terdaya dibawa dek fikiran anda. Jika menonton untuk hiburan, yang anu itulah pilihan anda. Jika menonton untuk mencabar pemahaman, yang anu pulalah yang anda suka. Lebih menarik jika kita boleh menerima kerja semua mereka ini dan meraikan kepelbagaian. Ini akan dapat memperkayakan cita rasa kita. Dari situ, kita akan lebih menghargai tanpa kita membanding-banding yang si A bagus ketimbang (istilah PMX) si B.
Dalam kehidupan seharian misalnya, kita mempunyai anak-anak yang berbeza kebolehan dan pencapaian.
“Hey, adik! Jangan malas baca buku. Tengok kakak kau selalu saja dapat nombor satu. Kau tu kenapa selalu corot?”
Amat tidak adil jika kita membandingkan si kakak lebih cerdik berbanding si adik sedangkan kita tak mampu mengesan kecenderungan masing-masing. Jika si kakak pandai matematik dan sains barangkali adik lebih ke arah psikomotor yang sukakan subjek kemahiran ketukangan. Kakak mungkin mampu ‘melihat’ bagaimana angka dan nombor berfungsi sementara adik tidak. Tetapi adik lebih cepat menangkap lukisan pelan pendawaian elektrik dan mampu membuat kerja pemasangan wayar serta lampu. Nah! Takkan kita mahu kata kakak pula yang bodoh jika si kakak dimasukkan ke dalam kelas elektrik sama dengan adik dan kakak tak mampu saingi adik? Di sini kita sendiri kena faham erti perbezaan potensi. Seorang doktor falsafah pun perlukan mekanik jika radiator keretanya bocor. Dan mereka pun akan berhenti di tepi jalan membeli nasi lemak mak cik Limah. Nampak tak? Ternyata kita semua saling memerlukan. Tiada siapa lebih hebat. Kalau ketiga mereka dicampak ke sungai dan hanya mak cik Limah sahaja yang pandai berenang, siapa yang selamat? Siapa yang hebat?
Dalam bab banding-membanding ini saya teringat kisah lucu kawan sekelas saya sewaktu di tingkatan 4 dulu. Cikgu bahasa Melayu memberikan kami tugasan membuat karangan bertajuk ‘Peranan Ibu Lebih Berat Berbanding Bapa’. Kawan saya kemudian ditandakan perkataan ‘bodoh!’ dengan dakwat merah di buku latihannya. Tak cukup dengan itu, guru kami berleter di tepi telinga dia pada keesokannya. Kenapa? Sebab kawan saya mengubah tajuk tugasan tersebut kepada ‘Peranan Ibu Sama Berat Dengan Bapa’. Dia tak boleh menerima banding-membanding itu kerana dia menghargai peranan ibu dan juga peranan bapa di mana masing-masing melaksanakan tanggungjawab membesarkan anak mengikut kaedah masing-masing. Ibu dengan peranan ibu manakala bapa membuat tugas sesuai sebagai seorang bapa. Mengatakan satu pihak lebih berat berbanding sebelah pihak yang lain, bagi dia adalah tidak adil. Saya setelah lebih 35 tahun berlalu masih tetap berdiri di belakang kawan saya itu dan sangat menyokong pendiriannya. Ha! Ha!
Untuk lebih maju, kita kena elak membuat perbandingan negatif atau merendahkan pihak lain yang tak kena dengan cita rasa kita. Lebih penting lagi kita wajib belajar memahami tentang suatu perkara dan mengapa ia jadi begitu dan yang ini jadi begini. Sudah tentu ia ada konsep dan tema tersendiri. Dari situlah ia bergerak mengikut acuan itu. Sama ada ia sedap atau tidak, itu selera kita yang memilihnya kerana kita rasa cocok dengannya. Yang kita rasa tak sedap itu sebab ia tak cocok dengannya sedangkan orang lain ramai yang suka. Akhirnya ia tentang selera kita sendiri mana yang kita suka. Tetapi selera kita itu biarlah diwarasi dengan ilmu pengetahuan yang cukup.
Cuma, dalam memilih pemimpin negara yang menuntut kita mengundi bolehlah kita banding-membanding, kan? Sama ada Anwar, Hadi Awang, Azmin, Muhyiddin atau Hamzah – tetap juga menuntut untuk kita memilih secara rasional bukannya mengikut-ikut orang atau terikut-ikut dengan sentimen. Dalam bab ini ada pengecualian. Perlu ada banding-membanding. Saya mengaku!
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”