Saturday, June 14, 2025
No menu items!

Cabaran perusahaan kecil dan sederhana

Must Read

Write an article about Cabaran perusahaan kecil dan sederhana .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Baru-baru ini saya berpeluang untuk melawat sebuah kilang kecil pembuatan inang-inang di Melaka. Kuih inang-inang masih belum begitu masyhur di seluruh negara, padahal ia sangat identik dengan negeri bersejarah ini. Di Indonesia ia lebih dikenali sebagai rengginang, tetapi saya berpendapat terdapat beza besar kuih yang ada di negara jiran ini ketimbang di Melaka.

Inang-inang di Melaka dicipta sebagai satu bentuk kudapan petang yang terhasil ekoran rasa sayang akan lebihan nasi. Makanya lebihan nasi yang tidak habis itu dilenyek, dibentukkan biasanya bulat, dan dijemur. Setelah kering ia digoreng dan dimakan seumpama keropok. Maka pembaziran dapat dielakkan.

Hari ini, inang-inang itu diberi inovasi di mana rasanya disesuaikan dengan selera masyarakat sekarang. Justeru kita akan beroleh inang-inang yang dicelup coklat, strawberi, butterscotch, vanila dan sebagainya.

Jika kita ke Melaka, kita akan menemui inang-inang ini dijual di tebing jalan kepada pelancong untuk dibawa pulang sebagai ole-ole. Namun demikian, seperti yang saya sebutkan sebelum, inang-inang masih belum diperkenalkan secara meluas.

Inang-inang selalu dijadikan produk jualan untuk IKS atau industri kecil sederhana di Melaka. Oleh itu tidak menghairankan kita akan melihat terdapat bengkel, atau kilang kecil membikin inang-inang di belakang rumah di kampung-kampung. Kilang inang-inang yang saya lawati ini terletak di Alai.

Meskipun inang-inang ini sangat berpotensi untuk dipasarkan sehingga ke luar negara, namun demikian ganjalan yang ada pada IKS itu sendiri menjadi asbab musabab ia kurang dikenali di luar negeri Melaka, atau di luar negara; khusus kalau kita bandingkan dengan populariti rengginang dari Indonesia.

Seperti mana yang kita ketahui, produk IKS selalunya berkait makanan, atau hasil pertanian. Ia diperkenalkan atau dimulakan oleh masyarakat tempatan, sebagai usaha kecil-kecilan yang kemudian kelak ditolongi oleh pihak kerajaan.

Apakah halangan IKS yang mengusahakan produk tempatan seperti inang-inang ini? Setelah melihat sendiri kilang IKS untuk inang-inang di Melaka ini saya berpandangan masih banyak perlu kita lakukan untuk memberdayakan IKS.

Pertamanya, IKS kekal berdepan dengan risiko seperti kemelesetan ekonomi. Belum ada perlindungan yang tuntas untuk pengusaha IKS. Ini khususnya berlaku apabila pengusaha mengalami masalah pengaliran tunai dan mencari pendanaan. Padahal dalam banyak keadaan IKS mampu menentang cabaran kemelesetan ekonomi ini dengan lebih berkesan berbanding industri berat. Kesan pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu, banyak peniaga gulung tikar. Namun, sebaik keadaan ini memulih, kini lebih 80,000 usahawan PKS baharu telah didaftarkan. Justeru tidak dinafikan cabaran ini sedang diatasi.

Keduanya, industri kecil sederhana (IKS) atau kadang dipanggil sebagai perusahaan kecil sederhana (PKS) ini masih tertinggal dari payung besar industri halal yang kurang menyedari kemampuan IKS ini untuk bermain di medan lebih besar.

Ketiga, IKS juga dikendalikan oleh masyarakat kampung yang terdedah kepada risiko dan kejahilan mengenai hak intelektual, dan apabila tidak diurus dengan cekap, terdedah pula kepada isu bankrap.

Keempat, IKS atau PKS yang boleh diketengahkan akan berdepan dengan kerencaman isu undang-undang perniagaan, khusus berlaku apabila produk mempunyai peluang untuk dipasarkan di luar negara.

Kelima, masih banyak keputusan yang lemah dibuat dalam hal IKS di mana kapital terhad, dan kemampuan operasional menjadi hambatan. Bukan itu sahaja IKS sangat memerlukan kerja penyelidikan atau R&D untuk terus memacu jaya dan kekal relevan.

Produk IKS sebetulnya boleh menerjang badai ekonomi dengan lebih rapi ekoran ia di skala kecil. Tambahan pula kepesatan penjualan secara dalam talian, dan penggunaan media sosial untuk tujuan pemasaran dan promosi terbuka untuk dimanfaatkan.

Hal inilah yang mesti diberi perhatian oleh kerajaan-kerajaan negeri, iaitu memesat usaha menumbuhkan dan memajukan produk IKS. Tambahan pula dalam banyak keadaan IKS diusahakan oleh masyarakat desa, dan golongan rentan. PKS sepatutnya menjadi jalan keluar untuk kelompok ini.

Di bawah menteri ekonomi terdahulu, Rafizi Ramli, PKS atau IKS ini diberi perhatian yang saksama. Beliau sangat sedar misalnya bahawa permintaan tempatan dan industri yang berorientasikan domestik ini perlu untuk pertumbuhan ekonomi negara. Di bawah Rafizi, langkah dan pendekatan baru dalam merasionalkan usaha yang telah ada untuk membangunkan lagi SME secara mampan dikenalpasti dan dibangun dengan bersungguh-sungguh.

Kita dapat melihat serba sedikit kejayaan ini dengan pengenalan program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) yang menunjukkan bagaimana mesin layan diri boleh dimanfaatkan oleh golongan bawah untuk menjana ekonomi sendiri.

Kementerian Ekonomi turut melihat kepada sistem sokongan institusi; ketersampaian kepada pembiayaan; menaiktaraf kemahiran teknologi; mempertingkatkan akses pasaran; menggalakkan pengunaan ICT yang lebih banyak; dan yang paling ketara ialah menambahkan kesedaran penjenamaan produk dan hak perlindungan harta intelek. Semua ini sedikit sebanyak ditangani oleh Kementerian Ekonomi dengan baik meskipun ruang yang ada untuk menterinya agak terhad.

Pun begitu, IKS atau PKS ini juga terlalu terpusat kepada PKS Bumiputera di bawah Masyarakat Perdagangan dan Bumiputera (BCIC) sedangkan terdapat keperluan untuk turut memberdayakan usahawan bukan Bumiputera yang ikut terlibat dengan IKS ini. Barang diingat, tawaran yang boleh diberi Malaysia bukan untuk industri halal sahaja.

Menteri yang menggantikan Rafizi Ramli nanti perlu meneruskan kerjanya, dan memastikan diri memiliki pasukan yang kreatif untuk meneroka jalan agar PKS dalam industri luar bandar dapat menerobos pasaran dunia, justeru pendekatan dan usaha yang rencam lagi kreatif untuk mempertingkatkan daya saing mereka ini kekal digiatkan.

Seterusnya PKS akan lebih cemerlang jika konsep satu daerah satu industri diberdaya dengan cara kawasan penyertaan yang lebih merangkum. Selain itu penggunaan teknologi di dalam proses industri desa harus ditekankan, dengan bantuan pihak di Politeknik, atau universiti tempatan. Mak cik pengusaha tidak boleh dibiarkan terkial menyediakan inang-inang di musim hujan. Memang sudah ada ketuhar canggih untuk memanas dan mengeringkan inang-inang, tetapi ia masih mengambil masa panjang iaitu antara lima ke lapan jam, yang mana akan meningkatkan kos pembuatan.

PKS di desa juga terdedah kepada aspek kebersihan, dan sesuatu perlu dilakukan dalam bentuk pendidikan untuk memberi kesedaran tentang ini. Hanya dengan itu pentauliahan kualiti akan menjadi lebih bermakna.

PKS juga kekal memerlukan tangan untuk menaiktaraf promosi pasaran agar pemain IKS dapat berinteraksi tanpa tembok dengan pelanggan korporat dan antarabangsa.

Kementerian Pembangunan Koperasi dan Usahawan (Medac) pernah mensasarkan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ini untuk mampu menyumbang 50% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.

Itu bermakna, hanya ada lima tahun sahaja lagi untuk impian ini terlaksana.

 

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

Rafizi dan prinsip | FMT

Write an article about Rafizi dan prinsip | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2,...

More Articles Like This