Write an article about Debat atau tidak | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
Berkeras pada mulanya, Zaid Ibrahim kemudian menerima juga pendapat bahawa debat antara Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar tidak perlu jika salah seorang awal-awal lagi sudah jelas akan tampil pemenang dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR, 23 Mei ini.
“Rafizi mintak nak debat tapi saya kecewa jugak dengan Nurul. Apa pasal takut nak debat dengan Rafizi?,” soal bekas menteri dan peguam kanan itu dalam audio siar terbarunya bersama Shahbudin Husin pada Khamis.
“Debat ni (perlu) kalau persaingan tu dah hampir-hampir, sama-sama kuat atau 55-45,” celah Shahbudin pula. “Saya rasa dengan dia (Nurul Izzah) dapat sokongan menyeluruh daripada 200 cabang, pimpinan negeri-negeri, kemenangan dah hampir. Cahaya di hujung terowong dah nampak dari sekarang, jadi dia tak perlu debatlah.”
“Jadi Nurul confident. Betul jugak la, nak debat apa kalau dah nak menang,” tambah Zaid mengalah. “Keputusannya (nanti) Nurul akan menang KO, round berapa saya tak tahu la.”
“Kalau menang debat pun tapi kalah ni (pertandingan jawatan) macam mana? Lebih baik dia tumpu kepada apa yang ada sekarang, dia buat jelajah jumpa dengan akar umbi, dia bermesra dan menyantuni perwakilan,” kata Shahbudin yang turut menambah dalam hantaran Facebooknya sebab-sebab Izzah tidak perlu melayan permintaan sedemikian.
Dalam hantaran bertajuk “Menang sudah dalam tangan, nak debat buat apa lagi?”, bekas wartawan dan penulis dua buku politik itu menyimpulkan bahawa siapa menang atau kalah dalam perdebatan, yang jika diadakan pun, tidak lagi mampu mengubah apa-apa keadaan.
“Hakikatnya, hanya kerja buang masa jika Nurul Izzah bersetuju dengan pelawaan debat itu,” kata Shahbudin, yang dari awal bersama Zaid bersependapat bahawa Izzah selaku puteri sulung Perdana Menteri Anwar Ibrahim – meski penyertaannya dalam pertandingan hanya pada saat-saat akhir – adalah calon yang “ditunjuk-tunjuk” untuk mewarisi kepimpinan parti daripada bapanya.
Malah, Zaid sebelum ini turut menolak dakwaan nepotisme sebagai bukan isu kerana orang harus melihat kepada negara jiran terdekat – Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina – di mana perpindahan kuasa daripada bapa kepada anak turut berlaku, lebih teruk lagi di Thailand dengan nepotisme bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra berlaku secara berlapis-lapis lagi membabitkan Yingluck dan kini Paetongtarn.
Sesiapa pun boleh memahami bahawa Izzah tidak akan mendaftar untuk pencalonan timbalan presiden 9 Mei lalu tanpa restu bapanya di sebalik Anwar sebelum itu secara terbuka menyarankan agar Rafizi diberi laluan mudah untuk mempertahankan jawatan dan seboleh-bolehnya dielakkan pertandingan demi keharmonian dan perpaduan dalam parti.
Kemudian, apabila sah akan berlaku pertandingan gara-gara tsunami sokongan terhadap Izzah dari akar umbi, presiden PKR itu menganggapnya satu ‘pertarungan antara rakan-rakan setia’ dalam parti yang perlu disantuni dengan baik supaya semangat persaudaraan dalam kalangan ahli parti kekal utuh.
“Pemilihan ini antara rakan-rakan setia, yang banyak (daripadanya) tokoh reformasi. Oleh itu, kita kena jaga supaya tidak terlanjur kerana kita mahukan (pemilihan ini) untuk kita rangkul sebagai satu kekuatan,” katanya.
Ramai juga menduga-duga apakah Rafizi dah kena ‘game’ sebenarnya? Masing-masing harus ada tafsiran sendiri dan tidak semestinya sama.
Kritikan ‘Puteri Reformasi’ itu keesokannya terhadap pelantikan semula Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dianggap tidak lebih untuk mengabui mata ramai sebagai tidak takut untuk berlawanan pendapat dengan Anwar selain dianggap sekurang-kurangnya satu parti lawan sebagai hipokrasi politik yang sudah basi.
“Contohnya saya tak setuju Azam Baki dilantik saya tak boleh sebut secara terbuka. Misi saya sekarang ialah untuk memastikan kita menang PRU16. Dan saya boleh buat dengan pelbagai cara, tidak ada apa-apa tindakan yang nakal ataupun yang akan menggoncang kerajaan. Kalau saya kalah, saya akan meletak jawatan, saya akan kembali sebagai ahli Parlimen biasa,” kata Rafizi pula dalam adio siar ‘Yang Bakar Menteri’ pada 10 Mei.
Bukankah pertentangan pendapat seperti itu lebih menarik diperdebatkan kedua-duanya secara terbuka. Tambahan, Rafizi berpendapat kempen pemilihan kali ini bukan menjadi tumpuan ahli parti sahaja tetapi rakyat biasa yang akan membuat penilaian mereka sendiri menuju ke PRU16.
Tetapi sekarang ini tidak. Seorang berkempen secara terbuka manakala seorang lagi secara tertutup, namun itu pilihan masing-masing kerana tiada peraturan menghalangnya. Apa yang dilaporkan media — baik ceramah Rafizi dalam jelajahnya mahupun ucapan Izzah dalam siri pertemuan dengan akar umbi secara tertutup — cuma sebahagian.
Dengan sistem pemilihan yang didakwa cacat ketika pemilihan peringkat cabang dari 11-20 April apabila dikatakan fenomena ‘kepala tanpa badan’ (ketua cabang dimenangi individu dari satu kumpulan tetapi keseluruhan ahli jawatankuasanya terdiri dari orang kumpulan berlainan) berlaku secara meluas, peluang Rafizi mungkin lebih terbatas.
Timbul kebimbangan – khususnya dengan kekalahan beberapa nama besar dari kem Rafizi termasuk seorang menteri Nik Nazmi Nik Ahmad dan seorang timbalan menteri Akmal Nasir selain sebilangan ketua cabang yang condong kepadanya – kemungkinan berlakunya manipulasi undi.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Ahmad Kasim pada 12 Mei menolak dakwaan aduan dan bantahan berkaitan pemilihan parti tidak diberikan maklum balas. Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Anwar menafikan dakwaan wujudnya ketidakadilan pada pemilihan dan disahkan oleh juruaudit antarabangsa.
Apalah malangnya kali ini nasib Rafizi – dengan video lama pejabatnya digeledah dan beliau digari 10 tahun lalu turut menjadi tular kembali sebagai mengingatkan perjuangan getirnya untuk parti – hingga dia seakan-akan langsung tidak penting lagi.
Sekurang-kurangnya debat terbuka jika diadakan akan dapat meluangkannya satu lagi platform untuk menjual pelan dan perancangan demi kelangsungan parti dan kerajaan yang ditunjangi PKR.
Kini pilihan yang tinggal buat Rafizi ialah bangkit melawan dengan berbekalkan data dan statistik untuk tatapan umum secara terbuka yang dimanipulasi sesetengah pihak sebagai mendedahkan kedudukan parti yang jauh daripada boleh berasa selesa di samping masih memerlukan khidmatnya untuk memperbetulkan keadaan.
“Saya rasa lebih baik kalau debat diteruskan secara terbuka. Saya bentangkan pandangan saya, dia bentangkan pandangan dia, dan akhirnya biar ahli parti secara keseluruhan serta rakyat yang menilai dan buat keputusan,” katanya di Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Pahang di Mentakab pada Rabu.
Ia susulan cadangan Naib Ketua Pemuda PKR Prasanth Kumar Brakasam supaya kedua-dua tokoh muda parti itu berdebat secara terbuka dalam menerangkan tawaran, idea serta formula terbaik bagi mengukuhkan kerajaan perpaduan, Pakatan Harapan (PH) dan PKR sendiri.
Mungkinkah Izzah takut untuk berdebat? Tidak, kata Ketua Cabang PKR Alor Gajah Ginie Lim, kerana naib presiden PKR itu pernah memimpin beberapa ‘think tank’ dan badan penyelidikan dalam negara serta mewakili negara ke persidangan antarabangsa, termasuk menjadi panel dalam Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.
“Saya fikir ada kekurangan pada Nurul Izzah apabila beliau menolak cabaran debat itu. Mungkin akan ditafsirkan oleh banyak pihak bahawa beliau tidak berani untuk berdepan Rafizi. Sangat tidak manis kerana akan timbul persepsi seolah-olah (beliau) menyerah kepada Rafizi dalam pusingan pertama ini,” kata Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia yang mengingatkan debat adalah budaya politik baharu yang dibawa PKR.
“Rafizi berasa yakin mampu berada di hadapan berbanding Nurul Izzah. Sebaliknya Nurul Izzah tahu dengan pengalamannya yang agak terhad pastinya debat itu hanya memberi lebih kesan negatif berbanding positif,” kata Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula.
Rafizi sudah menjual tapi terpulang kepada Izzah untuk membeli atau sebaliknya kecualilah beliau terlalu yakin kemenangan sudah ada dalam tangannya seperti yang terancang – baik dengan menyambut cabaran debat atau kekal menolaknya.
Cuma, Izzah akan terlepas peluang terbaik meyakinkan ramai – selain hanya penyokong kuatnya R Ramanan — kemampuannya untuk menjadi ‘panglima perang’ PKR jika jawatan nombor dua parti dapat dirampasnya.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”