Jenaka Kejam Sempena Merdeka dan Maal Hijrah
Tahun Ini, Malaysia Menyambut Dua Penanda Sejarah Penting
Tahun ini, Malaysia menyambut dua penanda sejarah penting secara berdekatan. Kedua-duanya meraikan kebebasan, tetapi tindak-tanduk kita bertentangan dengan semangat kebebasan yang kita rayakan.
Awal Muharram: Meningatkan Peristiwa Paling Penting dalam Sejarah Islam
Awal Muharram atau Maal Hijrah bukan sahaja menandakan permulaan kalendar Islam, tetapi mengingatkan kembali peristiwa paling penting dalam sejarah Islam, iaitu peristiwa penghijrahan umat Islam dari Mekah, di mana umat Islam satu masa dulu adalah kaum minoriti yang tertindas.
Penghinaan terhadap Pengorbanan Umat Islam
Betapa pentingnya kedua-dua sambutan ini boleh dilihat apabila kita di Malaysia bertindak mengganggu urusan perniagaan selama sekurang-kurangnya 2 hari dengan mengumumkan cuti am. Tetapi wajar ditanya, apakah sambutan perayaan yang penuh warna-warni itu mengamati semangat kebebasan dan keadilan yang mewakili kedua-dua hari tersebut.
Penghinaan terhadap Pengorbanan Umat Islam (Lanjutan)
Seorang penyanyi warga emas dari selatan India dipaksa menukar waktu konsertnya, hanya kerana sekerat dua ulama bergaji di Jakim menganggap sebarang bentuk hiburan semasa Maal Hijrah boleh mencemar hari kebesaran Islam. Nasihat Jakim kemudian dituruti Puspal, agensi yang bertanggungjawab meluluskan persembahan artis luar negara.
Pengajaran Sejarah Awal Islam
Selama 1,500 tahun sejak itu, umat Islam memberi penghormatan kepada kumpulan pelarian ini yang melintasi padang pasir tanah Arab untuk melarikan diri dari penganiayaan. Begitulah pentingnya Islam melihat kebebasan dan kesamaan sehinggakan tarikh penghijrahan ini menjadi asas kepada takwim Islam.
Konklusi
Maal Hijrah adalah gesaan persaudaraan dengan kaum minoriti, dan mengingkat umat Islam bahawa mereka juga pernah merasakan nasib menjadi minoriti. Untuk menafikan hak kepada kumpulan minoriti untuk berhibur, kerana ia bertembung dengan dengan sebuah hari yang meraikan persaudaraan dengan minoriti, adalah bukan sahaja ironis, tetapi juga tragis.
FAQs
* Apakah sambutan perayaan yang penuh warna-warni itu mengamati semangat kebebasan dan keadilan yang mewakili kedua-dua hari tersebut?
* Siapa yang perlu mengambil pengajaran penting daripada sejarah awal Islam?
* Apakah Maal Hijrah adalah gesaan persaudaraan dengan kaum minoriti?