Tuesday, July 1, 2025
No menu items!

Lanjutan khidmat: Yang Diberi, yang tak diberi

Must Read

Write an article about Lanjutan khidmat: Yang Diberi, yang tak diberi .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Tentu ramai masih ingat bahawa pada 9 Februari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan DUN Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Tidak perlu diulangi perincian keputusan itu, memadai dinyatakan keputusan majoriti dicapai dengan lapan hakim menyokong pempetisyen, manakala seorang menentang. Panel hakim itu diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Apa reaksi PAS?

Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man, mendakwa keputusan itu menimbulkan ‘rasa kecewa mendalam dalam kalangan umat Islam di Malaysia’. Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari pula dipetik berkata: “Sudah tentu banyak pihak berdukacita dengan keputusan ini yang sekali gus akan mencetuskan ‘domino effect’ terhadap bidang kuasa DUN di negeri-negeri lain dalam menggubal undang-undang syariah yang dilihat ‘bertentangan’ dengan Perlembagaan Persekutuan.”

Oleh kerana keputusan itu diumumkan pada Jumaat, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, menyifatkannya sebagai ‘Jumaat yang hitam’. Secara keseluruhannya, PAS melihat keputusan mahkamah itu seakan-akan menghalang atau menyukarkan pelaksanaan perundangan syariah yang mereka gelar sebagai ‘undang-undang Islam’ — walaupun pelbagai pakar agama dan undang-undang menegaskan keputusan Mahkamah Persekutuan itu dibuat berasaskan Perlembagaan dan tidak menjejaskan kedudukan Mahkamah Syariah.

Namun untuk berlaku adil, perlu juga disebut bahawa meskipun tidak berpuas hati, PAS tetap berpendapat bahawa keputusan mahkamah wajar dihormati semua pihak — termasuk oleh mereka sendiri.

Tentu ramai juga masih ingat, pada 8 Januari tahun ini, apabila Tengku Maimun buat pertama kalinya meluahkan isi hatinya mengenai pelbagai cabaran terpaksa diharungi sejak memegang jawatan Ketua Hakim Negara pada 2019.

“Saya dikritik, difitnah, dilabel sebagai tidak Islam atau musuh Islam,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pihak membuat tuduhan sedemikian. Tengku Maimun juga menyatakan suaminya telah digunakan secara tidak adil terhadap dirinya dalam beberapa permohonan, bukan sahaja untuk meminta beliau diketepikan daripada mengadili sesuatu kes, tetapi juga “untuk memalukan saya dan rakan saya”.

Tiada butiran lanjut diberikan, namun Tengku Maimun menegaskan beliau tidak pernah bimbang dengan komen-komen itu kerana “saya di sini untuk menjalankan tugas dan komited untuk melaksanakannya dengan betul”.

Beliau juga berkata: “Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana individu, tidak kira setinggi mana mereka, untuk melakukan apa yang dituntut daripada saya.”

Pendirian tegas itu menyebabkan Tengku Maimun disanjung dan dipandang tinggi ramai rakyat. Ada yang menjangka khidmat beliau sebagai ketua hakim negara akan dilanjutkan apabila beliau mencapai umur persaraan wajib.

Tengku Maimun genap berusia 66 tahun — umur persaraan bagi hakim — pada hari ini. Namun sehingga artikel ini ditulis, tiada pengumuman rasmi daripada kerajaan mengenai pelanjutan tempoh khidmat beliau.

Pelbagai pihak termasuk Bersih, Badan Peguam Malaysia dan bekas timbalan menteri undang-undang, Ramkarpal Singh, menggesa khidmat beliau dilanjutkan. Fadhli turut masuk campur ‘membela’ ketua hakim negara.

Tetapi beliau lebih banyak menyindir kerajaan kerana “Tengku Maimun yang ramai sokong tidak dilanjutkan khidmatnya, tetapi Azam Baki (ketua pesuruhjaya SPRM), yang berdepan pelbagai bantahan, pula dilanjutkan tempoh perkhidmatannya.” Jika difikirkan, ada juga benarnya kenyataan itu.

Mungkinkah itu yang mendorong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menyatakan wujud kempen menekan kerajaan — sama ada bagi melanjutkan atau menamatkan tempoh tertentu — yang boleh mempolitikkan institusi yang sepatutnya bebas?

Kata PMX: “Jika anda faham Perlembagaan Persekutuan, anda akan tahu prosesnya. Ada Suruhanjaya, perdana menteri, Yang di-Pertuan Agong, kemudian ia (pelantikan atau pelanjutan) dibentangkan untuk perbincangan dengan Majlis Raja-Raja. Jadi semua langkah itu mesti diikuti.”

Maksudnya, pelanjutan perkhidmatan penjawat awam — termasuk hakim tertinggi — tidak berlaku secara automatik dan mesti mengikut prosedur di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Rasanya ramai rakyat faham proses ini. Berdasarkan kata-kata PMX, bolehlah disimpulkan pelanjutan perkhidmatan Azam Baki telah melalui semua prosedur yang diperlukan (dan menurut PMX, Azam telah menunjukkan keberanian luar biasa dalam menangani rasuah berskala besar).

Namun sekadar bertanya: Adakah kes Tengku Maimun juga telah melalui proses sama dan keputusannya ialah tidak perlu untuk khidmat beliau dilanjutkan?

Pada pandangan saya, dalam menentukan sama ada untuk melanjutkan tempoh khidmat seseorang — tidak kira sama ada kerani, ketua jabatan, CEO, atau jawatan tertinggi dalam kerajaan atau sektor swasta — ada dua sebab utama yang mesti dipertimbangkan:

Orang itu sangat cekap dan masih diperlukan kerana kepakarannya; atau

Penggantinya belum ditemui atau belum bersedia untuk mengambil alih, maka si penyandang perlu terus bertugas buat sementara waktu.

Namun, untuk mengelakkan kekecohan, pada hemat saya, seeloknya ditetapkan bahawa seseorang — walau sehebat mana pun — harus bersara apabila tiba waktunya. Tiada sesiapa pun yang tempoh perkhidmatannya wajib dilanjutkan. No one is indispensable.

Ini termasuklah Ahli Parlimen, menteri, dan juga perdana menteri. Apabila tiba waktunya, terus sahaja bersara.

Anwar sendiri bersetuju bahawa tempoh seseorang perdana menteri harus dihadkan kepada dua penggal, iaitu sepuluh tahun. Ini adalah antara reformasi dijanjikan. Cuma sehingga kini, belum ada perkembangan lanjut.

 

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

Sasi The Don: from Segambut to international fame

Write an article about Sasi The Don: from Segambut to international fame .Organize the content with appropriate headings and...

More Articles Like This