Write an article about Malaysia yang dicintai | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
Awalnya saya cadang tulis artikel ini untuk siaran 31 Ogos ini, tetapi oleh kerana isu bendera kebangsaan dipasang terbalik semakin memanas dan ramai sudah menyuarakan pendapat dan masih berbuat demikian, saya percepatkan penulisan untuk disiar hari ini.
Saya yakin jika orang kita mahu mempamerkan sifat tidak patriotik atau rasa benci terhadap negara ini mereka tidaklah bodoh untuk menunjukkan secara terang-terangan, khususnya mengibar Jalur Gemilang secara terbalik.
Tidak dinafikan mutakhir ini, insiden mengibar bendera kebangsaan secara tidak betul amnya melibatkan orang Cina, dan reaksi marah kebanyakannya daripada orang Melayu yang menuduh orang Cina tidak setia. Itu sekadar tuduhan ‘lembut’. Banyak lagi tuduhan yang keras dilepaskan yang tidak akan saya ulangi.
Pada hemat saya, rasa syak akan ketidaksetiaan orang Cina memang terpendam dalam jiwa ramai orang Melayu, dan insiden Jalur Gemilang dijadikan pencetus perasaan itu. Apa lagi tempoh hari ada berita pasal influencer yang bergurau senda semasa lagu kebangsaan berkumandang. Orang Melayu bertambah marah. Si influencer kebetulan orang Cina.
Lihat sahaja komen di media sosial atau ruang komen di portal berita mengenai isu bendera. Saya petik hanya satu, kata si penulis: “Akibat selalu ‘bertolak ansur’ kita ‘ditolak beransur-ansur’. Bertindaklah demi ABATA.”
Makna ABATA ialah agama, bangsa dan tanah air. Maksud si penulis memang jelas dan tidak perlu diperinci. Ramai juga menyahut dalam ruang komen, antaranya: “Dah lama dah duk kata. Depa pula kata kita racist.”
Rasanya umum faham apa dan siapa yang si pemberi komen maksudkan. Saya ulangi. Adakah orang Cina begitu bodoh untuk menunjukan rasa tidak
sayang akan Malaysia dengan mengibar bendera kebangsaan secara salah? Tentu mereka tahu apa tindakan itu akan mengundang termasuk tindakan undang-undang.
Benarkah mereka tidak sayang negara ini, dan adakah orang Cina sahaja yang kibar Jalur Gemilang dengan cara salah?
Imbau kembali 24 April lalu. Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2024 memaparkan Jalur Gemilang yang tidak mengikut reka bentuk sepatutnya. Kementerian Pendidikan segera memohon maaf.
Sebulan kemudian yakni 12 Mei lalu, logo himpunan Teguh Memimpin Terengganu memaparkan bintang Jalur Gemilang tanpa jumlah bucu lengkap. PAS Terengganu buat permohonan maaf secara terbuka.
Laporan Bernama pada September 2020 menyebut Balai Polis Simpang Lima di Parit Buntar menarik perhatian ramai apabila Jalur Gemilang yang berkibar di kawasan balai dilihat terbalik. Polis kata tidak disengajakan lalu mohon maaf dan memperbetulkan keadaan.
Pada 11 Ogos lalu, Malaysiakini melaporkan polis menjelaskan imej tular yang menunjukkan bendera Malaysia dikibarkan terbalik di IPD Seremban bukanlah kejadian baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Mohamad Hatta Che Din, imej itu merupakan kejadian pada 2016 semasa sambutan Hari Polis ke-209, ditularkan semula pada 2019, dan sekali lagi pada 10 Ogos di Facebook.
Beberapa hari lalu saya tengok dalam TikTok video apa yang dikatakan raptai perbarisan Hari Kebangsaan di mana ada Jalur Gemilang dikibar terbalik. Tidak diberitahu bila video diambil tetapi pernah berlaku.
Adakah semua yang terlibat dalam insiden kibar bendera cara salah di atas orang Cina? Hampir pasti tidak. Adakah yang melakukannya tidak patriotik? Tidak setia kepada negara? Pastinya tidak.
Mereka sayangkan Malaysia. Mereka mengakui kesilapan dan segera mohon maaf, dan permohonan maaf mereka kita terima. Mengapa apabila orang Cina akui kesilapan dan mohon maaf tidak mahu diterima, malah ada yang masih mahu mereka dikenakan tindakan keras?
Memang menjadi suatu kesalahan apabila bendera kebangsaan dihina dan dikibar secara tidak betul lantas pelaku boleh dikenakan tindakan, tetapi bagaimana jika kesilapan tulen terjadi?
Yang memburukkan keadaan ialah politikus. Tujuan mereka saya faham meskipun tidak suka caranya. Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh mendahului dalam membantah dan memarahi. Dalam insiden terbaharu di Pulau Pinang beliau mahu ajar ‘ah pek’ yang terbabit dalam insiden bendera terbalik bagaimana kibar dengan betul.
‘Ah pek’ lazim dirujuk kepada ‘orang tua’. Lelaki Cina itu pun agak berusia. Jika kita kata “aku kena balik awal nanti orang tua marah”, kita bercakap mengenai ibu bapa kita. Tak ada masalah. Tetapi jika kita kata orang tua kena ‘diajar’ konotasinya lain. Kita faham ertinya.
Diberitakan Akmal dan rakan-rakan terpaling Melayu mahu berarak ke kedai lelaki Cina terbabit esok. Ini sesuatu yang tidak bagus. Tampil DAP. Jika Pemuda Umno mahu dilihat terpaling Melayu, DAP rasa terpaksa dilihat terpaling Cina.
Diberitakan Ahli DAP mahu mempertahankan orang Cina yang mereka lihat jadi mangsa buli. Mereka mahu menyambut rombongan Akmal dengan menyampaikan 831 helai Jalur Gemilang. Angka 831 bermaksud 31 bulan lapan. Harap semua dalam keadaan aman tetapi saya jangka polis akan masuk campur.
Ada kalangan orang Melayu tidak puas hati kerana dakwa mereka setiap kali orang Cina minta maaf insiden bendera terbalik berlaku lagi. Mereka tuduh disengajakan berulang. Persoalannya adakah ia dilakukan oleh orang yang sama atau orang lain?
Seperti insiden di Terengganu, Perak dan yang membabitkan kesilapan Kementerian Pendidikan dan sebagainya yang dihurai tadi. Pihak bertanggungjawab memohon maaf tetapi insiden bendera terbalik berulang juga, di tempat lain dan dilakukan oleh orang lain.
Jika sayang negara dan marah apabila melihat bendera kebangsaan dicela atau dikibar dengan salah, harap tegur si pelaku untuk betulkan keadaan. Jika dia enggan sila lapor kepada polis. Tak payah gaduh. Jika anda ada bukti bendera diterbalik dengan sengaja, beri kepada polis. Buat salinan dan tularlah sepuas hati jika pihak berkuasa izinkan.
Dalam insiden di Pulau Pinang baru-baru ini, dikatakan video tular hanya menunjukkan bendera dikibar terbalik tetapi tidak tunjuk apabila sudah diperbetulkan. Dikatakan langkah pembetulan dilakukan serta-merta apabila si pelaku sedar akan kesilapan itu.
Bagi sesiapa yang mahu kibar Jalur Gemilang harap berhati-hati untuk tunjuk rasa cinta kepada Malaysia. Perhatikan dengan betul. Don’t take things for granted. Check and double check. Baru kibar dengan megah.
Kata kawan lama saya Jimmy Yeow di Facebook: “In the spirit of Merdeka let us embrace what unites us rather than quarrelling over what divides us.”
Saya setuju. Kita peluk semua yang menyatukan. Raikan persamaan dan ketepikan perbezaan meskipun boleh setuju untuk tidak setuju. Dengan waras.
Ucapan awal buat semua sempena 31 Ogos 2025. Semoga baik dan aman sentiasa. Selamat Hari Kebangsaan.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”