Masalah zaman online dan kemunculan pembujangan terpaksa
Menonton ‘Adolescence’ menimbulkan rasa sedih dan kasihan
Menonton ‘Adolescence’ di Netflix saya sangka ia kisah benar. Bukan begitu rupanya, tetapi ia berdasarkan beberapa kes jenayah di United Kingdom membabitkan remaja.
Sebagai seorang yang punyai anak dan cucu, saya dapat sedikit sebanyak merasa kesedihan yang dipamerkan ibu bapa Jaime dan Katie
Adolescence menonjolkan apa yang dikenali sebagai ‘incel culture’. ‘Incel’ ialah involuntary celibacy atau pembujangan terpaksa. Bagi saya yang akan berusia 70 tahun akhir bulan ini ‘incel culture’ sesuatu perkara baru. Saya lihat ini sebagai masalah zaman moden ini yang online serba serbi.
Pembujangan terpaksa: fenomena internet
Menurut Wikipedia, pembujangan terpaksa merujuk kepada fenomena internet di mana terbentuknya suatu sub budaya melibatkan orang tertentu yang tidak mampu berpasangan, lazimnya lelaki heteroseksual. Maka timbul perasaan atau sikap seperti geram, misogyny, kasihan diri sendiri, dan juga membenci diri sendiri atau membenci golongan lain.
Elemen itu semua ada dalam Adolescence
Ada juga persoalan mengenai buli siber dan radikalisasi dalam talian. Turut ditimbulkan peranan influencer, elemen maskulin dan ‘manosphere’ yang boleh membuatkan seseorang remaja bertukar menjadi ‘orang lain’ tanpa disedari ibu bapa sehinggalah nasi menjadi bubur.
Adolescence is a big hit
Perdana Menteri UK Keir Starmer menontonnya bersama keluarga dan beliau ada seorang anak lelaki berusia 16 tahun dan perempuan berusia 14. Starmer mengingatkan bahawa masalah ini sedang menular dan perlu ditangani.
Golongan ibu bapa yang punyai anak remaja mula dicengkam kebimbangan
Isu ini mendapat perhatian meluas media di UK. The Daily Mail misalnya bertanya “Is your son a ticking time bomb”? Temuramah dengan pakar disiarkan termasuk tanda-tanda yang ibu bapa mesti awasi, antaranya apabila anak tidak beri ibu bapa tengok telefon mereka dan bertindak kasar.
Saya harap masalah ini tidak berlaku di negara ini
Apa yang didedahkan Adolescence is every parent’s nightmare. Mungkin ibu bapa yang sering rasa bersalah apabila check phone anak kerana tidak mahu invade privacy boleh berfikir semula? Saya bukan menyarankan apa-apa. Terpulang kebijaksanaan masing-masing.
Conclusion
Menulis artikel ini membawa saya kepada satu catatan di Facebook yang saya baca tempoh hari. Kata si penulis, ibu bapa yang sedang mendidik anak dalam dunia digital anggaplah Adolescence satu wake up call. Nasihat beliau, “tonton dengan anak remaja anda. Bincang selepas itu walaupun rasa kekok. Sebab alternatifnya — kesunyian yang membunuh dalam Adolescence — jauh lebih menakutkan”.
Frequently Asked Questions
* What is ‘incel culture’? ‘Incel’ is a term used to describe involuntary celibacy or forced celibacy, typically among heterosexual men.
* What is the main theme of the movie ‘Adolescence’? The main theme of the movie is the exploration of the concept of ‘incel culture’ and its impact on the lives of young people.
* What is the reaction of the UK Prime Minister to the movie ‘Adolescence’? The UK Prime Minister, Keir Starmer, has expressed concern over the issue, stating that it is a major problem that needs to be addressed.
* What is the impact of social media on the lives of young people? Social media can have a significant impact on the lives of young people, including the spread of misinformation, the promotion of radicalization, and the creation of online communities that can be harmful to young people’s well-being.