Write an article about Merajuk sebagai senjata Melayu | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
Orang Melayu ada banyak senjata. Bukan sahaja keris senjata orang Melayu.
Senjata lain orang Melayu yang sukar difahami adalah rajuk, atau merajuk. Sebenarnya merajuk sangat berbahaya jika tidak ditangani. Cara menangani rajuk ialah pertamanya, dengan memujuk. Ada rajuk ada pujuk. Jika rajuk adalah senjata, pujuk adalah perisainya.
Kedua-duanya adalah alat berbalas tikam dalam kerangka berfikir orang Melayu. Bila saya katakan ‘tikam’, yang saya maksudkan tentunya bukan bertikam dengan keris. Bahkan bertikam bahasa.
Rajuk adalah senjata bahasa. Manakala pujuk sebagai perisai, atau kadang berperanan selaku senjata balas, adalah juga sejenis senjata bahasa.
Akan tetapi apakah rajuk ini? Bagaimana rajuk ini boleh bertukar menjadi kecelakaan?
Rajuk adalah satu tindakan penuh emosi, satu luahan rasa yang melodramatik dan berlaku tatkala kehilangan pertimbangan. Ia selalunya terjadi setelah seseorang Melayu itu berasa terluka akibat satu-satu perkara.
Dalam banyak keadaan bila rajuk mereda, dan perenungan terjadi; yang tinggal hanyalah kehampaan.
Rajuk ini lazim ada pada perempuan. Namun demikian ia juga berleluasa menjadi senjata jantan, atau kaum lelaki. Malah kadangkala, lagi jantan seseorang itu, lagi kuatlah rajuknya. Rajuk adalah berjauh hati, berkecil hati atau berasa hati; yang mana kerana luka di jiwa itu akan dibawa oleh penghidapnya untuk mengundur diri, bagi memberi ruang kepada rasa lain mengisi.
Rasa lain itu sebetulnya adalah amarah, tetapi di tingkatan paling rendah. Selalunya amarah yang rendah ini akan segera disambut dengan pujuk. Jika rajuk itu senjata, pujuk adalah senjata balas yang bumbunya bukan amarah, tetapi sebaliknya adalah pujian, atau tindak-tanduk memikat dengan menggunakan kata-kata lembut yang bertujuan supaya sang perajuk termakan umpan, lalu menyerah dengan separuh pasrah.
Dalam percintaan, rajuk berperanan untuk menyatakan rindu, kehilangan perhatian, kelelahan, kedukaan dan perpisahan yang menyakitkan lantaran kekasih hatinya berpaling tadah. Dalam roman, rajuk berlaku kerana cemburu.
Rajuk diluahkan sama ada menerusi hamburan kata secara lisan, dan juga, bukan lisan. Ada rajuk yang ‘tidak sihat’. Sebagai contoh, dalam Batu Belah Batu Bertangkup, seorang ibu telah merajuk gara-gara anak-anaknya tidak meninggalkan atau menyimpan lauk telur ikan yang diidam-idami si ibu. Rajuk si ibu membawanya kepada Batu Belah, sejenis batu hidup. Si ibu kemudian memohon dirinya ditelan. Anak-anak yang kesal menangisi pemergian ibu mereka, buat selama-lamanya.
Jika anda ‘boomers’, atau Gen X katakan; merajuk dan meminta batu menelan diri anda dapat dihujahkan sebagai satu perasaan yang wajar. Namun, untuk ‘millennial’, apatah lagi Gen Z, ia boleh dihujahkan sebagai tindakan melampau, berlebihan, ekstrem; dan tentu sahaja bangang.
Tetapi bangang-bangang perbuatan si ibu yang kempunan telur ikan itu, ia dianggap waras oleh orang Melayu.
Misalnya, dalam politik Melayu, rajuk itu dianggap sebagai satu seni. Ia sejenis seni yang menuntut si pelakunya mogok, atau protes, yang diterjemah dalam bentuk perbuatan seperti enggan bercakap (menyekat nombor pelaku di WhatsApp), menolak untuk bekerjasama dan memilih untuk enggan bergaul.
Rajuk dan pujuk ini adalah satu bentuk konfrontasi, yang melulu; kadangkala di luar kebijaksanaan (baca: bodoh), yang tidak menyumbang kepada apa-apa produktiviti. Dan itu sahaja menjadi penjelasan mengapa perbuatan ini sesungguhnya disorot sebagai satu drama.
Sebagai satu perbuatan yang menyeberangi intelektual manusia, ia adalah satu tindak-tanduk emosi. Kadangkala jika dilayan, ia boleh berubah menjadikan situasi sedia ada bertambah buruk. Rajuk jarang berlaku tanpa perencanaan. Ia adalah satu aksi spontan. Dan sasarannya akan dilanda gelabah yang beragaman, lalu dengan juga spontan; berusaha memujuk.
Rajuk dan pujuk ini gejala yang lumrah dalam masyarakat Melayu.
Tetapi selumrah-lumrahnya ia dalam kalangan umat Melayu, ia juga boleh membawa petaka. Ada banyak kes rajuk yang mendorong individu Melayu itu dilanda ’kemengada-adaan’. Makanya kita akan membaca kisah-kisah dahulu kala, bila mana puteri raja merajuk, ia akan melarikan diri ke belantara. Nasib jugalah mereka tidak dimakan naga, atau harimau. Inilah sebab akibat dalam naratif Melayu yang sukar ditelah.
Pun, kes-kes yang disebutkan di atas itu semuanya dari cerita rakyat. Nah bayangkan kalau cerita rajuk ini menjadi aksi siasah.
Jebat mulanya merajuk. Rajuk Jebat itu tidak dipujuk secara beria oleh Tun Perak, sang Bendahara. Ia justeru melarat membawa kepada satu lagi fenomena bahaya.
Apakah yang akan terjadi jika rajuk tidak dipujuk?
Jika gagal dikuasai atau dikendurkan, orang yang merajuk akan meningkat setahap lagi yang kini memasuki sempadan yang mesti dielakkan. Tahapan itu dinamai sebagai ‘derhaka’. Untuk setiap derhaka yang sekali lagi tidak dilegakan, ia boleh meningkat kepada satu lagi takah yang mendebarkan.
Takah yang saya maksudkan adalah amuk. Jika amuk berlaku, selalunya ia sudah menjadi rajuk yang ekstrem. Rajuk yang tidak lagi dapat dipujuk.
Rajuk orang politik seperti Jebat tidak membawa kepada kebaikan. Ia hanya membawa kepada malapetaka dan pertumpahan darah. Berapa ramai orang tidak bersalah terkorban semata-mata untuk menegakkan satu ego. Untuk kes Batu Belah Batu Bertangkup, tidakkah lahanat si ibu yang membiarkan dirinya ditelan itu. Pertama, ia bunuh diri; yang terang-teranglah haram.
Kedua, tidakkah si ibu berfikir mengenai anak-anaknya? Dia meninggalkan dunianya dek kerana telur ikan!
Tetapi itulah, untuk orang merajuk; yang lain tidak penting. Bahkan selalunya nusa bangsa pun dipersetankan. Asalkan rajuk itu membawa kepuasan. Yang utama hanyalah dirinya. Kalau rajuk itu boleh dipujuk, malah tiadalah dramanya. Maka untuk memastikan ada dramanya, rajuk itu berpanjangan.
Tambah-tambah lagi kalau sasaran rajuk itu tidak pun berusaha atau ada niat untuk memujuk.
Â
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”