Monday, August 18, 2025
No menu items!

Rafizi terus membakar | FMT

Must Read

Write an article about Rafizi terus membakar | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

“Korang datang ni tak takut ke?,” soal Rafizi Ramli kepada hadirin sebagai mukadimahnya dalam ceramah sulungnya pada Sabtu malam, seolah-olah menggambarkan dirinya yang akan bertanding mempertahankan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 23 Mei ini sebagai seorang yang patut dijauhi kerana pilihannya untuk melawan arus.

Mendakwa ada gerakan terancang untuk menggagalkannya dalam pertandingan satu lawan satu dengan anak sulung perdana menteri Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Pandan itu ada ketika berbunyi seperti orang yang sudah mengalah tapi pada ketika yang lain mengingatkan kemenangan parti dalam PRU16 kira-kira dua tahun lagi adalah matlamat lebih besar yang perlu diutamakan.

Daripada dua malam pertama kempennya, Rafizi bersilih-ganti berhujah antara kesediaannya untuk kalah dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti dan berundur daripada Kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada kesediaan menawarkan khidmat sebagai pekerja parti tanpa jawatan tinggi dalam kepimpinan.

Padanya, sebagai antara ahli kumpulan asal gerakan Reformasi pada 1998, tumpuan kepada rakyat — lebih daripada 30,000 ahli yang akan mengundi dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 23 Mei ini — jauh lebih penting dalam memastikan pendirian mereka tidak berubah hingga PKR dianggap tidak pun berbeza dengan parti-parti lain hingga boleh membawa kekalahan.

Berlawanan dengan hasrat parti awalnya supaya suhu pemilihan kali ini di peringkat ahli bawahan dapat diturunkan dan seboleh-bolehnya ia tidak sampai melimpah ke peringkat rakyat kerana PKR adalah parti dalam kerajaan, Rafizi sendiri nampaknya tidak dapat membendung diri daripada terus ‘membakar’ sentimen ahli parti dan rakyat tidak terkecuali.

Daripada digambarkan merajuk kerana mengambil cuti selepas tidak berpuas hati dengan fenomena ‘kepala tanpa badan’ dalam pemilihan peringkat cabang dari 11-20 April hingga ada penyokong setianya tumbang, kemudian dikejutkan oleh pencalonan Izzah sebagai lawannya bagi jawatan nombor dua hasil satu pola nasional yang seperti sudah dirancang, Rafizi segera menukar wajah kempen pemilihan parti kepada pemilihan pra-PRU16.

“Sekarang ni kita tau pola nasional (itu) kemuncaknya ialah Rafizi telah ditolak 100% oleh cabang-cabang dan parti. Oleh sebab itu dia tak perlulah bertanding. Saya faham semua yang berlaku, jadi sebab itu pola itu memang telah disusun untuk membina naratif bahawa Rafizi ditolak oleh akar umbi.

“Yalah saya kalaulah orang lain, saya rasa orang lain dah kata tak apalah saya bercuti je lah lepas ni tak bertanding la tapi saya rasa geng-geng ni dia ‘underestimate’ (merendah-rendahkan) saya la,” katanya dalam audio siar ‘Yang Bakar Menteri: Yang Berhenti Menteri’ secara langsung melalui YouTube dari Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Kembangan, Selangor.

Tambahan ‘Yang Berhenti Menteri’ kepada tajuk audio siarnya itu turut diperjelaskan Rafizi yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi jika gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan berkenaan.

“Kalau saya kalah saya letak jawatan dan jadi Ahli Parlimen biasa, saya bersyukur kerana ada hikmah beberapa perkara. Saya tak dibebankan dengan tugas jadi menteri. Teruk tahu jadi menteri. Banyak tanggungjawab, tak terbuat. Yang kedua saya lagi gembira, mulut dan tangan saya tak terikat,” katanya.

Sesetengah komen di media sosial menganggapnya sebagai ugutan Rafizi agar memenangkannya jika tidak mahu kehilangan khidmatnya dalam kerajaan — sesuatu yang disangkalnya dalam persinggahan pertama Jelajah Hiruk (Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa) peringkat Negeri Sembilan dan Melaka di Seremban pada Ahad malam.

“Pemilihan ini kalau ada orang yang berkebolehan saya tidak ada masalah langsung. Saya rasa keputusannya (pemilihan timbalan presiden) kita semua dah tau pun, nanti keputusannya korang janganlah buat-buat terkejut. Jadi, saya bagi ‘handover’ (serah jawatan) awal-awal tugas timbalan presiden, sila ambil,” katanya.

Sama seperti jawapannya pada Sabtu terhadap ada persepsi merendah-rendahkan kemampuannya, Rafizi turut mengulangi pendiriannya malam kelmarin terhadap hayat politiknya:

“Saya ada 19 ekor kucing. Seekor kucing orang kata sembilan nyawa. Saya ingat nyawa politik saya sama macam kucing saya.

“Setakat ini dari dulu sampai sekarang, berapa kali dah patutnya saya mati dalam politik. Kena heret sana, saman, nak masuk penjara, kena tendang, semua dah tapi saya masih lagi di sini. Saya rasa mungkin nyawa politik saya macam nyawa kucing, agak payah untuk saya mati hanya kerana kalah dalam pemilihan parti.”

Rafizi turut menggariskan mengapa orang lama sepertinya perlu kekal dalam parti di sebalik ramai dikatakannya berpusu-pusu menyertai parti demi mengejar jawatan dan kuasa sehingga wujud gerakan cuba menjatuhkan ‘orang lama’ yang telah lama berjuang untuk memenangkan pemimpin tertentu.

Berkongsi pengalamannya mencaturkan persediaan parti menghadapi PRU15, Rafizi menekankan pentingnya data untuk menjadi panduan agar tidak tersalah langkah.

“Pada 2022 bila saya nak masuk berkempen pilihan raya, masa itu ada satu pandangan dalam parti kata kita buat khemah besar, kita bergabung dgn PAS, Bersatu, PKR dan PH untuk lawan BN untuk buat khemah besar, saya kata jangan.

“Sebab buat khemah besar, ruyup kita kerana yang bukan Melayu itu akan protes, yang Melayu tak tentu undi kita. Saya kata kita kena masuk sebagai PH, dapatkan 80 kerusi ke atas supaya kita jadi blok paling besar. Dengan blok paling besar itu baru kita boleh runding dengan orang lain tapi perdana menteri itu adalah Anwar Ibrahim. Awal-awal tak ada yang percaya (tapi) kemudian betul sebab data tak pernah menipu,” katanya.

Sambil mengingatkan pemilihan kali ini penting kerana PKR tidak boleh merancang kepimpinan parti dengan beranggapan akan menjadi kerajaan sampai bila-bila, beliau menambah:

“Kita sebenarnya berada jauh lagi untuk berasa yakin dapat sambung penggal kedua Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Kita mesti merancang kepimpinan parti dengan keadaan luar jangka, jika PRU datang, kita kalah, bagaimana?

“Dalam masa berbaki dua tahun ini (sebelum PRU16), macam mana untuk kita ubah keadaan ini? Apa yang rakyat suka, apa yang rakyat tidak suka dengan kita. Kekuatan kita itu perlu kita perkuatkan dan tumpu, yang mana kelemahan kita yang itulah kita kena jauhkan daripada berlaku.

“Dan dia ada kena-mengena dengan pemilihan parti kali ini. Apa yang penting untuk rakyat sudah tentulah perkara-perkara yang dari dulu antara isu-isu yang selalu mempengaruhi keputusan rakyat: satu ialah soal ekonomi, kedua ialah soal rasuah, soal agama dan soal perkauman.”

Untuk pemilihan kali ini Rafizi merumuskan kepimpinan yang akan dipilih pada 23 Mei ini penting kerana barisan berkenaanlah yang akan membawa masuk orang yang akan jadi panglima perang.

“Kita hanya mampu berdoa parti yang kita sayang ini bahawa dalam semua hiruk-pikuk ini, kita tak lari dari idealisme kita dan rakyat akan tetap rasa bahawa walaupun mereka telah berkuasa, walaupun ujian itu besar, nampaknya mereka kekal di jalan yangg mereka janjikan dan buat dahulu,” katanya lagi.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

Zelenskiy says current front lines should be the start for negotiations

Write an article about KYIV: Ukrainian President Volodymyr Zelenskiy, speaking in Brussels on Sunday, said the current...

More Articles Like This