Write an article about RMK13: Antara slogan dan realiti .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
Pelancaran Rancangan Malaysia ke‑13 (RMK13) baru‑baru ini menimbulkan persoalan asas: adakah rancangan lima tahun ini masih berkaitan (atau relevan) atau kita sekadar berpegang pada peninggalan masa lalu?
Malaysia mengeluarkan rancangan pembangunan lima tahun sejak 1966. Ketika itu kerajaan yakin ia boleh mengawal hala tuju ekonomi negara melalui perancangan berpusat dari atas ke bawah dan sekaligus meningkatkan pembangunan asas.
Waktu itu model ini ada logiknya; ekonomi kecil, berasaskan pertanian dan memerlukan hala tuju kerajaan dari segi prasarana awam; jalan raya, sistem perparitan, sekolah, hospital dan berbagai lagi.
Tetapi sekarang tahun 2025, bukan 1965.
Banyak andaian
Walaupun bahasa dalam dokumen itu kini lebih moden; ‘teraju strategik’, ‘bidang keberhasilan utama’, ‘pemangkin kritikal’ (yang ramai pembaca tidak pun faham), konsepnya tetap sama.
Ia masih berandaian bahawa segelintir pegawai di Putrajaya, yang mengikut perancangan ahli politik yang berkuasa, boleh menentukan apa yang diperlukan Malaysia untuk lima tahun akan datang.
Pelan yang menimbulkan berbagai andaian; seolah‑olah teknologi tidak akan mengubah landskap industri, seolah‑olah rantai bekalan global tidak akan berubah semalaman, seolah‑olah keutamaan rakyat tidak akan berganjak, kurang penghematan yang sebenar.
Anggapan itu bukan sahaja meleset dan ketinggalan zaman — ia amat merbahaya. Apabila rancangan lima tahun diambil terlalu serius, ia memenjarakan ekonomi dan menyekat pertumbuhannya.
Lihat sahaja projek yang dirancang di bawah satu rancangan, tetapi terbengkalai atau diubah semula dalam rancangan berikutnya kerana realiti politik telah berubah.
Misalnya, lapangan terbang Kulim, yang merangkumi taman teknologi Kulim yang begitu berkesan membuka peluang pekerjaan, gagal kerana pertelingkahan politik dan kerakusan komersial sebelum ianya bermula.
Kurang hemat
Banyak projek-projek yang tidak memberi hasil ekonomi yang optimum tertumpu di sesuatu tempat sahaja, seperti yang kita baca tentang projek di Pulau Pinang;
- Penambakan tanah tiga pulau di selatan Pulau Pinang,
- Pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang,
- Projek LRT Pulau Pinang,
- Lebuh raya Pan-Island dan bypass Air Itam.
Semua projek mega ini akan menelan belanja yang tinggi (anggaran lebih RM50 billion), tetapi tertumpu pada satu kawasan di pulau dengan penduduknya cuma seramai 860,000 orang.
Malaysia ini luas dan penduduknya lebih dari 34 juta orang. Kenapa pelan dan rancangan pembangunan tertumpu di Lembah Klang dan Pulau Pinang sahaja? Kenapa tidak menyeluruh?
Apabila rancangan lima tahun digunakan secara longgar pula, hasilnya lebih teruk, ia sekadar menjadi senarai hajat (wish list) tanpa batas atau sempadan. Setiap kementerian menambah projek kegemarannya, setiap ahli politik memasukkan ‘visi’ dan ‘teraju’ mereka; maka terhasillah sebuah dokumen bergambar cantik tetapi isinya terlalu kabur untuk dianalisa dan terlalu umum untuk dilaksanakan.
Peningkatan ekonomi
Ekonomi hari ini tidak menunggu lima tahun. Pasaran bergerak setiap jam. Teknologi kecerdasan buatan, kenderaan elektrik, ekonomi hijau dan ekonomi gig bergerak tidak mengikut kalendar kerajaan.
Apabila Covid‑19 melanda, ia menghapuskan RMK11 dalam sekelip mata. Semua peruntukan kerajaan dipindah dan diagih ke arah kesihatan awam.
Apa yang diperlukan di Malaysia sekarang bukan lagi dokumen berbalut slogan, tetapi kerangka ekonomi yang tangkas dan responsif — kerangka polisi yang mempunyai penanda aras jelas, disemak secara berkala, dan dinilai secara telus.
Negara seperti Singapura atau Taiwan, menggunakan dasar ekonomi yang berubah suai secara berterusan, bukan pelan lima tahun yang bersifat ritual.
Kebenaran yang pahit ialah; kita terus menghasilkan rancangan lima tahun bukan kerana ia berkesan, tetapi kerana ia tradisi. Kita menyebarkannya dengan alasan pelan ini akan menjana peningkatan ekonomi, terutama kepada penduduk di luar bandar.
Ia sudah menjadi amalan atau ritual; satu acara pelancaran, satu jilid cantik untuk disusun di rak pejabat menteri dan pegawai kerajaan, yang akan turut berubah dan bertukar mengikut selera politik dan tunggak kerajaan.
Sudah tiba masanya kita bertanya soalan yang lebih sukar: adakah Malaysia benar‑benar memerlukan satu lagi rancangan lima tahun?
Atau kita perlukan keberanian untuk meninggalkan amalan ini dan membina sesuatu yang lebih sesuai dengan dunia hari ini, seperti contoh keperluan tenaga asas manusia untuk lima tahun mendatang.
Sekiranya projek-projek ini amat diperlukan, kita juga mesti ikhlas untuk menyoalnya dengan lebih jelas — adakah Malaysia mempunyai dana mencukupi untuk melaksanakannya?
Atau kita sekali lagi terpaksa berhutang untuk menjayakan semua rancangan ini?
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”