Write an article about Sambut merdeka mesti ada ‘feel’ .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
Penulisan ini memang memuji Indonesia. Yakni pada sudut republik itu menyambut ulang tahun kemerdekaannya. Tiada salahnya memuji pada hemat saya kalau ia hasil pengamatan, pemerhatian sendiri, sedikit kajian – juga dengan berbual bual dengan warganya. Itulah yang saya lakukan. Maka apa yang dibentangkan ini mengikut saya adalah benar. Diakui tidak 100% ‘perfect’ tetapi rata-rata betul.
Esok hari kemerdekaan Indonesia. Kadangkala digelar ‘Tujuhbelasan’ mengambil tarikh hari merdeka 17 0gos 1945. Esok sudah 80 tahun Indonesia merdeka.
Bulan Ogos setiap tahun semangat merdeka boleh dirasai dan dilihat dengan awal. Sejak 1 Ogos sang saka merah putih, bendera kebangsaan Indonesia sudah dikibarkan megah di samping segala macam ‘banner’, belon serta lambang dan poster di setiap pelusuk bandar juga desa. Merah putih begitu ‘prominent’. Bagi orang luar sekali pandang kita tahu ini bulan Indonesia sambut merdeka.
Saya pernah tanya beberapa penduduk satu kawasan penempatan di Jakarta siapa yang biayai bendera dan semua perhiasan ini? Ada anggaran daripada pemerintah dan ada kutipan sumbangan warga, kata mereka.
Memang ada arahan presiden yang dikeluarkan, selama Ogos semua bangunan, rumah, pejabat mesti pasang bendera merah putih. Bagi warga tak mampu, pemerintah daerah diminta membagikan merah putih baik berupa bendera, umbul-umbul dan lain-lain secara percuma kepada masyarakat. Tetapi kata ramai, tanpa arahan pun semua orang sudah faham dan biasa buat dengan sendiri.
Warga ‘tong-tong beli’ jika guna istilah Malaysia. Mereka beri sumbangan semampunya, kumpul dana dan guna untuk beli perhiasan Merdeka. Sepanjang bulan perhiasan akan dipaparkan. Cantik, menarik, membanggakan.
Dan menjelang 17 Ogos, pada 17 Ogos dan juga selepas 17 Ogos hinggalah akhir bulan Ogos pelbagai aktiviti dijalankan. Juga guna kombinasi sumbangan sendiri dan pemerintah. Saya bercakap mengenai kegiatan yang diadakan oleh rakyat sendiri bukan anjuran pemerintah.
Aktiviti rakyat tidak kurang gah jika dilihat pada sudutnya tersendiri. Tetapi yang pasti ia cukup meriah kerana disertai ramai. Yang muda, tua, anak-anak, wanita. Setiap lapisan masyarakat. Ada acara sukan. Lazimnya bola sepak. Ada majlis dangdut. Ada karaoke. Juga pementasan. Pesta makan dan jualan pun ada. Pertandingan memasak oleh ibu-ibu. Dan macam-macam lagi. Semua diadakan di persekitaran kawasan kediaman mereka.
Ada seorang anak muda rakyat Malaysia kenalan saya hampir setiap Ogos ambil cuti kerja, datang ke ibu negara Indonesia, tinggal sana sekurang-kurangnya satu minggu – hanya untuk ikut serta aktiviti yang diadakan di satu kawasan perumahan di Jakarta Selatan. “Seronok pak cik. Cukup fun,” katanya kepada saya. Memang sesiapa boleh ‘join in the fun’. Di sekolah pada setiap peringkat sambutan merdeka begitu hebat dengan pelbagai acara setiap hari .
Mengapa warga Indonesia sambut merdeka begitu? Sanggup belanja duit sendiri pula tu? Umumnya kerana bangga negara dapat bebas daripada cengkaman penjajah Belanda sekali gus menzahirkan penghargaan dan pengormatan paling tinggi kepada pejuang kemerdekaan yang telah bertumpah darah ketika menumpaskan penjajah. Meraikan kemenangan.
Golongan yang tidak suka pemerintah, yakni yang salahkan politikus dan pemerintah untuk semua masalah dihadapi Indonesia akan juga bangga sambut hari kemerdekaan. Ertinya mereka boleh pisahkan sayangkan negara dengan sayangkan pemerintah. Tidak suka pemerintah tetapi bukan tidak suka negara. Dan yang sememangnya suka pemerintah tak payah cakaplah. Pasti sambut dengan cukup gembira.
Anak-anak Indonesia sejak kecil sudah diajar mengenai Pancasila iaitu dasar negara dan ideologi rasmi Indonesia. Lebih kurang macam Rukun Negara kita. Tetapi Pancasila diajar dengan teliti dan berterusan. Dari peringkat tadika ke sekolah rendah sampailah ke universiti. Ertinya mesti belajar dengan serius. Bukan sekadar baca, lafaz masa perhimpunan pagi Isnin atau hafal.
Ada subjek Pancasila secara khusus. Sekali gus ada ujian yang wajib lulus dalam setiap peperiksaan setiap peringkat. Kesimpulannya mata pelajaran Pancasila dan nilainya diajar daripada kelas tadika hingga kuliah. Anak-anak juga sejak kecil diajar hormat dan bangga dengan bendera merah putih. Diajar makna bendera, apa erti warna merah apa erti warna putih serta segala macam.
Saya pernah lihat ada anak kecil berdiri tegak dan tabik hormat apabila lagu kebangsaan Indonesia Raya dimainkan diiringi bendera merah putih melalui siaran televisyen. Peti televisyen itu terletak di dalam sebuah warung di mana si anak dan ibu bapanya sedang makan.
Saya diberitahu selain soal bendera dan Pancasila anak-anak juga belajar mengenai budaya, lagu daerah, rumah adat setiap daerah. Kalau sejak kecil begitu hasilnya boleh dilihat dengan cara kemerdekaan disambut. Dengan bangga dan sanggup guna wang sendiri. Bukan hanya berharapkan sumbangan pemerintah, tak payah tunggu bendera ‘free’.
Oh hampir terlupa. Ada banyak kumpulan aktiviti yang buka kelas tarian tradisional, pementasan dan sebagainya untuk ajar anak-anak dengan percuma. Yang dikenakan bayaran pun memanglah ada tetapi banyak juga yang ‘gratis’, menurut istilah Indonesia. Mereka lakukan ini bagi memastikan bangsa tidak diabaikan dan terus berkembang dari generasi ke generasi. Ada banyak lagi yang dilaksanakan tetapi cukuplah setakat ini.
Rumusan. Katalah apa pun, mereka memang bangga dan sayang negara. Selamat hari kemerdekaan Indonesia.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”