Thursday, June 19, 2025
No menu items!

Saya di Tehran, Iran | FMT

Must Read

Write an article about Saya di Tehran, Iran | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Pertama kali saya menjejakkan kaki di Tehran, Iran, adalah pada 2008. Sukar untuk saya ungkapkan perasaan ketika itu. Di dalam teksi dari Mehrabad, pemandu teksinya menyanyi-nyanyi, dan bercakap serupa tahu macam-macam. Kemudian apabila saya diundang ke sebuah rumah seorang kenalan, saya terkejut dengan gaya hidup yang tersembunyi persis orang Barat. Kenalan itu bercakap mencabar wewenang hukum agama.

Ada banyak kenangan untuk saya ulang fikir dan renung kembali. Saya masih ingat saat menjejakkan kaki ke rumah kecil al-Marhum Imam Khomeini pendiri Republik Islam Iran di Husayniyyah Jamaran. Rumah damainya di kaki Gunung Damarvand, sentosa dan terlalu kerdil untuk seorang tokoh sebesarnya. Dan sepatu rumah imam masih teratur elok tidak jauh dari meja bacanya.

Berkunjung ke Tehran memang idaman saya, mungkin kerana nama pena saya bersandarkan kota ini. Terlalu banyak yang berbeza di Tehran. Benar; masjidnya, cara ibadatnya, cara berfikir manusianya tetapi ya apakah yang sangat berbeza jika kita sama-sama umat Islam, sama-sama menyembah Tuhan Yang Maha Esa dan berkongsi Rasulullah SAW yang merupakan utusan terakhir.

Saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Universiti Tehran. Selalunya lebih sejuta orang menunaikan solat serentak. Khutbah Jumaat tatkala itu disampaikan oleh Sayyid Ahmad Khatami, ketua Majlis Khabregon. Khutbahnya menekankan hakikat bahawa dalam isu nuklear, Iran mempunyai hak sebagai warga dunia yang bebas. Dan tunduk kepada keangkuhan Amerika adalah salah dari segi agama. Khatib juga menyelar Amerika dan mengingatkan kezaliman Amerika di Hiroshima dan Haditha sambil mengingatkan kuasa besar dunia itulah sebenar yang kejam. Khutbah terasa amat utuh menghunjam ke jantung hadirin. Beberapa kali hadirin berteriak jahanam Amerika.

Setelah mendapat semangat antiimperialisme yang membakar. Saya serasa ingin pula mengenal dari manakah bara atau sumber perjuangan rakyat Iran. Lalu saya terbang ke Mashad. Di situ terdapatnya Makam Imam Ali Redza, cicit Rasulullah SAW yang amat dihormati dan disanjungi oleh rakyat Iran. Teman saya pemilik sebuah kedai cincin, Muhammad Ali Redzavi sudah menanti.

Saya dibawa oleh Ali Redzavi ke kompleks Haram Imam Ali Redza untuk menziarahi sebuah muzium sukan. Antara yang menarik sempat saya kutip ialah mengenai Gholamreza Takhti, belia atlet tinju yang dibunuh oleh perisik Savak pada 7 Jan 1968. Beliau pernah memenangi pingat olimpik beberapa kali dan dalam satu pertandingan di Moscow setelah mengalahkan Anatoli Albul, Gholamreza yang tidak sampai hati melihat ibu lawannya berubah air muka telah berusaha untuk memujuk emak Albul. Gholamreza disayangi ramai kerana sikap prihatinnya. Misalnya beliau pernah menolong mangsa gempa bumi di Boein Zahra, barat Iran yang mengorbankan 45,000 orang dalam tahun 1961.

Gholamreza juga mengajak selebriti sukan lain menyertai usaha memungut derma. Oleh hubungannya dengan gerakan muamam yang dipimpin oleh Imam Khomeini untuk menjatuhkan diktator Iran waktu itu; padahnya Gholamreza dibunuh Shah Iran.

Tidak berapa hari kemudian saya kembali ke Iran, menyusuri stesen metro Shariff University dan berhenti di Meydan Imam Khomeini. Saya membiarkan kaki membawa diri masuk keluar pelbagai jenis jalan yang tak sempat dicatat, seraya berhenti mengambil gambar, minum air, melayan hati rusuh kerana sesat lalu tahu-tahu saya sudah berada di Taman Utama Tehran, terdorong ke Medydan Shahpur. Saya sengaja menggagau supaya dapat merasai detak rakyat Iran. Hasil interaksi orang di jalanan (pemandu teksi dan orang yang mendapatkan teksi itu untuk saya) mereka sudah lelah oleh kemacetan ekonomi tempatan. Saya merayau lagi dan singgah di Masjid Sepah e Selar, di Meydan Barhagestan, dan di situ saya kesani Tehran terbiasa dengan mural di dinding bangunan, lukisan tokoh-tokoh revolusi menghiasi kebanyakan dinding. Mungkin untuk memberi ingatan buat rakyat Iran yang makin lemau oleh asakan Barat dengan racun kebudayaan. Benar, DVD filem luar Iran bertebaran di jalanan. Ada CD lagu Madonna malahan!

Pengalaman mengembara di Tehran membolehkan saya memahami kelebihan masyarakat mereka iaitu kekuatan ideologis dan fikahnya yang praktis. Saya cuba mengerti semangat melawan kuasa imperialisme Barat yang mencekam itu. Dan saya memikirkan, bukankah perlawanan itu milik semua? Bukankah ini pokok perjuangan Sayyid Jamaluddin al- Afghani, Hassan al-Banna, Imam Khomeini, Ismail Haniyeh dan terakhir Ayatullah Ali Khamenei? Dan perjalanan itulah yang mendorong saya untuk memadu kekuatan sekolah pemikiran mereka dan sekolah pemikiran kita. Saya mengharap usaha ini akan membolehkan kita mengenal musuh kita yang sebenar. Setelah itulah saya mengarang Perempuan Nan Bercinta.

Tapi, seperti biasa niat baik kita akan beroleh cabaran dari dalam. Ada makhluk yang membenci dan mengupayakan pembenaman karya itu dan wacana saya dalam karya seterusnya. Hari ini, makhluk-makhluk itu beramai-ramai konon bersama dengan Iran. Cett.

Hari ini apabila saya menghimbau kembali minggu pertama saya di Tehran itu, saya memikirkan begini; betullah ada orang Iran serupa Muhamad Akmal Saleh mengicau ketuanan, dan ada juga yang serupa Siti Kasim, ingin menabrak segala macam. Dua sisi ekstrem berlainan, tapi mujur yang waras lebih ramai dari jenis kedua-duanya ini. Cuma beza orang Iran dengan orang Malaysia, semuanya antiimperalisme. Dan itu sebab bangsa dan negara ini, lebih besar. Kita masih kerdil, kerana sikap dan sifat nifaq masih menguasai diri.

 

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

LGBTQ+ people continue to self-censor at work

Write an article about LGBTQ+ people continue to self-censor at work .Organize the content with appropriate headings and subheadings...

More Articles Like This