Wednesday, June 11, 2025
No menu items!

Seniman dan miskin bersahabat baik

Must Read

Write an article about Seniman dan miskin bersahabat baik .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

“Untuk menjadi seorang seniman yang berjaya, pertama sekali kamu mesti kaya atau memiliki ibu bapa yang kaya-raya.”

Itu kata-kata kawan saya, seorang pelukis dan kolumnis terkenal tanahair, Abdullah Jones lewat tulisannya di portal Senimalaya pada 3 Jun lalu. Memang Abdullah Jones selalu menulis dengan sinis. Macam orang tua dulu-dulu kalau nampak kita memanjat, mereka akan kata, “Hah! Panjat lagi. Panjat lagi tinggi!”. Kita faham itu sinikal maka kita pun turun. Yang lurus-bendul sahaja akan terus memanjat lebih tinggi bila mendengar kata-kata sebegitu.

Abdullah Jones ingin menyampaikan maksud bahawa menjadi seniman atau membuat kerja-kerja seni ini amat payah. Tak usah ceritalah, memang payah apatah lagi jika tiada nama. Itu keluh-kesah biasa bagi para artis. Oh ya! Artis di sini bermaksud penggiat seni tak kiralah apa cabang seni. Tapi orang kita faham, artis itu hanyalah pelakon atau penyanyi sahaja. Paling teruk, yang tak popular atau yang gila glamor tapi hasil kerja tak seberapa itu mereka gelar ‘retis’. Ha! Ha! Ha! Itu baru bab gelaran, dah haru-biru. Belum masuk lagi bab penghargaan.

Seperti pernah saya ceritakan, persembahan amal untuk mengutip dana perubatan dua anak saya dahulu sekitar 2011, dibuat oleh kumpulan seni bebas bernama Seni Suri Jawi. Program dibuat di perkarangan kawasan pangsapuri di pinggir ibu kota. Saya terdengar sungutan salah seorang penduduk di situ, “ingatkan ada artis.” bila dilihat yang bermain muzik, menyanyi dan membaca puisi di atas pentas bukanlah wajah selebriti popular di kaca tv.

Itulah artis bagi mereka. Yang atas pentas itu bukan. Padahal yang beraksi pada malam itu ialah seniman Pyanhabib, Amerul Affendi, Fazleena Hishamuddin, Pekin Ibrahim dan lain-lain. Kalau ‘google’ nama mereka hari ini anda akan tahulah siapa ‘artis’ ini. Tetapi begitulah definisi artis di tanahair tercinta ini. Yang selalu keluar gosip kahwin-cerai itulah artis. Penghibur! Sebab itu di media – kisah sondol-menyondol, berebut pasangan, berebut nama band itu diletakkan di bawah kategori ‘hiburan’. ‘Artis’ adalah bahan hiburan.

Sungutan Abdullah Jones awal tulisan tadi berkait-rapat pula dengan jawapan pengarah filem U-Wei Haji Shaari ketika ditanya antara seni dan hidup mana lebih menyakitkan, U-Wei tidak mengira yang seni sebagai beban tetapi sebagai ruang untuk mengawal hidup. Kata beliau, ‘seni aku boleh ‘control’, tapi hidup yang paling berat.’
(rencana berjudul ‘U-Wei: Aku akan dilupakan’ tulisan Irwan Muhammad Zain di Senimalaya, 8 Jun 2025).

Kalau nak bercerita tentang penghargaan masyarakat terhadap orang seni khususnya seni bukan arus perdana seperti drama, filem dan lagu; memang letih! Sampai sekarang tak habis-habis. Tapi yang paling menyedihkan ialah penghargaan dalam kalangan orang seni itu sendiri pun sama teruknya. Orang luar tak faham tak apa tapi kawan-kawan yang menganjur program pun, yang bergelumang dalam bisnes seni pun ada yang suka ambil kesempatan juga. Kalau boleh bayar ciput, bayar ciput.

“Bajet kita kecil, boleh ya?” kata kawan penganjur yang mengajak kita ‘perform’ di pentas program mereka. Kita pun mencongak. Tolak duit minyak, tol, parking dan makan-minum, sah balik rumah tak ada bawa apa-apa. Kosong! Tak ambil kerja ni tak ada duit pulak. Kalau ambil, murah betul macam itu sajalah ‘standard’ kita. Nak tak nak, ambillah. Secara tak langsung kita sendiri telah meletakkan harga dan nilainya macam itu. Lain kali bila dipanggil lagi, ‘Eh, kita bayar macam dulu boleh?’ sedar-sedar
berlarutan sampai lima tahun. Macam itulah tak berubah-ubah.

Faizal, kawan saya seorang jurufoto seni-potret bersungut ada kawan menempah studionya untuk ambil gambar beberapa ‘pose’. Tak kiralah dengan pakaian berfesyen ranggi atau berpakaian formal. “Tak cakap pun pasal bayaran. Belanja teh tarik je. Itupun nasib baik belanja. Ada yang tak cakap apa-apa,” katanya.

“Ini bukan kawan kita yang biasa-biasa. Artis juga.” “Lampu dan studio ni free ke? Tak payah bayar sewa bulanan?” saya tanya. Faizal hanya tergelak sambil menggeleng kepala.

“Kalau diletak harga awal-awal, dikatakan kita mencekik darah. Tapi, kalau nak murah pergilah kedai gambar biasa kat kedai sana tu.” ujarnya. Saya marah Faizal. Kau kan profesional? Berilah invois. Kena cerita berapa bayaran ikut jam, hasil foto akan jadi hakmilik siapa. Itu semua mesti jelas. Faizal diam. “Isy, malaslah. Kawan-kawan,” kata dia. Habis, percuma?

Kisahnya, sesama penggiat seni haruslah faham bahawa seni itu sebuah profesi. Satu kerjaya untuk kita cari makan. Seperti guru, doktor, peguam, jurutera dan lain-lain. Adalah harganya. Bukan main suka-suka saja ‘order’. Mestilah berurusan dengan betul dan tertib. Kalau bajet kecil, bincang elok-elok sehingga sama-sama setuju dengan sebuah keputusan. Ini tidak. Panggil kita tanpa cakap berapa harga. Kita pun, dek kerana kawan – kita pergilah dan jayakan program. Hujung-hujung salam kaut, tiga helai not merah. Aduh! Ini bukan zaman Munsyi Abdullah, brader.

Kita yang duduk dalam lingkungan ini, penggiat seni ini harus sama-sama lakukan perubahan. Fahami dan hormati kerja masing-masing. Kalau kita sendiri tak menghargai apa diharap pihak lain. Agak sayalah, patutlah ramai seniman ‘pure’ seluruh dunia mati pada usia yang masih muda. Teruk sangat depresi agaknya. Terlalu serius berfikir hingga tertekan. Agaknyalah.

Sebab itulah Abdullah Jones kata, kalau anak orang kaya bolehlah masuk jadi seniman. Sesak-sesak ada abang dan kakak yang jadi peguam atau doktor boleh tolong. Yang miskin, tak usah beranganlah! Buatlah kerja lain. Cuci pinggan ke, buat Grab ke. Apa boleh buat, sewa rumah dan bil nak kena bayar.

Kata Saidina Ali, alangkah buruknya kepapaan. Aku mengadu aku malu. Jika berdiam, aku binasa!

 

Artikel ini ialah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

RM21 Mil Labuan Youth And Sports Complex Upgrade Progressing Ahead Of Schedule

Write an article about LABUAN, June 11 (Bernama) -- The Labuan...

More Articles Like This