Sunday, June 8, 2025
No menu items!

Sesekali elok juga rasa terhina

Must Read

Write an article about Sesekali elok juga rasa terhina .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Hidup memang macam pusingan roda. Kejap naik kejap turun kitarannya. Sebagai orang biasa yang bukan siapa-siapa, tidak terkenal dan berpenampilan biasa adakala kita akan mengalami peristiwa yang membuatkan kita terasa dihina. Ini barangkali sebuah pelajaran yang tuhan berikan kepada kita agar sentiasa sedar dan cepat memahami keadaan.

Saya dan isteri pernah membuat kempen mengumpul dana perubatan untuk dua anak saya yang mengalami kecacatan Cerebral Palsy. Bersama kawan-kawan aktivis, kami mencetak risalah dan diedarkan di tempat yang kami dapat kebenaran untuk menjalankan aktiviti kami. Dari situ, saya dapat lihat respons orang awam apabila kami tunjukkan risalah kepada mereka. Ada yang mengambilnya dengan senyuman dan ingin bertanya lanjut, ada yang sekadar mengambil tanpa memandang muka dan terus beredar, ada juga yang menepis dan menolak untuk mengambil. Ada yang bermuka masam dan enggan diganggu.

Keadaan ini membuat saya insaf dan berfikir bagaimana pula respons saya apabila berdepan situasi sama. Orang yang mengunjukkan pasti mempunyai harapan agar usahanya disokong manakala kita yang berada di posisi penerima juga mempunyai sangkaan kita sendiri; apakah mereka ini betul atau menipu. Apa jalan tengah untuk berlaku adil? Untuk saya, selepas telah merasainya sendiri maka saya memilih untuk sentiasa cuba mengambil risalah dengan baik meskipun saya tak berminat dengannya. Janji mereka tidak berasa kecewa dan berasa seolah diri tak berharga.

Saya ingat bagaimana pilunya perasaan apabila melihat kertas risalah yang mempamerkan wajah dua anak kesayangan saya bersepah di dalam tong sampah tidak jauh dari tempat kami mengedarkannya. Siap ada kesan tapak kasut lagi! Memang pedih melihat harapan kita dipijak begitu.

Kisah mengedar risalah ini berlanjutan sampai kami tiga beranak masuk ke Parlimen untuk menyampaikan memorandum kepada semua Ahli Parlimen. Antara yang terima ialah Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang, menteri sehinggalah timbalan perdana menteri yang pada waktu itu juga menjawat menteri pendidikan. Masih saya ingat reaksi penerimaan beliau yang langsung tidak memandang muka kami, membaca memorandum macam tak ada perasaan dan kemudian berlalu tanpa kata-kata meninggalkan kami terkontang-kanting. Betul! Macam sampah dibuatnya. Tidak seramah dan mesra seperti waktu kempen pilihan raya – mendukung bayi, mencium warga tua dan menyantuni OKU. Tidak mengapalah. ‘Kau’ pun sudah jatuh sekarang!

Pada ketika lainnya saya pernah membuat kerja penghantaran barang-barang kiriman. Dari situ juga kita dapat melihat reaksi si penerima. Ada yang cukup peramah dan mengucapkan terima kasih malah siap beri duit sagu hati atau makanan lagi. Ada juga yang mengambil barangnya tanpa langsung melihat muka kita seperti kita tidak wujud. Nak ucap terima kasih jauh sekali. Mulanya saya terfikir dari manakah mereka ini datang dan di sekolah manakah mereka belajar? Akhirnya saya faham. Ah! Bagi mereka ‘engkau’ tidak penting dan apa perlunya berbaik dengan ‘engkau’? Urusan kita hanya di situ sahaja tak perlu ada perhubungan. Dari situ saya belajar yang saya akan cuba untuk tidak melakukan seperti itu. Saya memilih untuk mencontohi pelanggan yang peramah dan menyenangkan. Saya cuba sebaik-baiknya walaupun mungkin sesekali terabai juga.

Di sinilah bagusnya jika kita banyak mengambil bahagian dalam apa juga bidang dan aktiviti kerana di situlah kita akan bersemuka dengan seribu ragam manusia. Dari situ kita akan dapat mengenal perilaku manusia. Bagi saya, pengalaman ini bukan untuk menghakimi sesiapa dan menuding sana-sini tetapi menjadikannya cermin untuk menilik diri sendiri. ‘Wajarkah aku berkelakuan begitu?’ itu persoalan yang akan bermain dahulu di fikiran kita sebelum kita melakukan sesuatu.

Jika kita makan dan minum di luar, bukan tak biasa pengemis datang meminta wang di meja kita atau si jurujual yang menjual barangan dengan muka minta simpati. Apakah reaksi spontan kita?

“Adapun pada orang yang meminta janganlah engkau herdik.”- Ad Dhuha 10.

Tetapi, kita manusia lemah. Kadang-kadang kita berdepan kerenah yang membuat kita marah dan mengherdik. Pengalaman sebeginilah yang menuntut kita pertimbangkannya kembali untung rugi sesebuah tindakan itu. Apakah berbaloi atau tidak untuk kita marah-marah. Kalau sia-sia baik tak usah. Buat sakit jiwa aja.

Kata orang, pelanggan selalunya benar. Sebagai pelanggan saya pernah mengamuk apabila berasa ditipu. Saya mahu pertahankan hak saya. Tapi, saya juga pernah berniaga dan pernah bertemu dengan pelanggan yang ‘kerek’. Memang kalau kita buat perniagaan jenis perkhidmatan, ada yang pergunakan kita cukup-cukup macam kita ini budak suruhan. Kalau kita jual barang, kita dah pastikan barang kita elok; tiba-tiba pelanggan kita tunjukkan barang yang dibelinya daripada kita itu sudah rosak. Adat berniaga, kita gantikan tapi jenuh jugalah telan maki-hamun. Kalau tak tahan mahu bergaduh.

Entah mengapa hidup kita sendiri secara tak sedar mencipta kasta dan darjat. Ia macam terjadi sendiri. Apabila kanak-kanak masuk sekolah misalnya, mereka akan membentuk sebuah suasana. Macam disusun-susun, akan ada budak yang jadi pembuli dan ada yang menjadi mangsa buli walhal kanak-kanak ini masih bersih pemikirannya. Kenapa berlaku dua kumpulan ini? Apakah dia membawa latar belakang rumahnya ke sekolah? Dari situ berlaku pengaruh-mempengaruhi. Dibuli, diejek, dihina dan ditekan di sekolah kemudiannya menjadi besar dan membarah sehingga menular keluar menjadi sebuah masyarakat.

Tabiat suka menghina berlaku apabila kita berasa diri kita besar. Kerana itulah, tokoh-tokoh sufi terkenal dahulu ketika bertemu tok guru untuk mendalami ilmu kerohanian; pelajaran pertama yang diberikan oleh tok guru mereka ialah pergi mengemis di kota selama setahun. Untuk belajar membuang sombong dalam diri ialah apabila diri mampu insaf apabila dihina. Imam Ghazali ketika awal-awal berguru dengan Syeikh Abu Ali Al-Farmadi pun mula-mula disuruh oleh gurunya membuat kerja-kerja kuli. Seorang yang sudah hebat ilmu agamanya seperti Imam Ghazali pastilah terkejut kenapa dirinya diperlakukan seperti hamba abdi tetapi lama-kelamaan barulah beliau faham betapa rasa sombong dalam diri itulah penyakit jiwa yang paling bahaya.

Sebab itu agaknya sesekali harus juga kita duduk di posisi kena hina supaya kita dapat merasa malu dan kemudian sedar betapa tak eloknya hina-menghina. Itu pun kalau kita sedar dan berfikir. Kalau tak, pi mai pi mai dok tang tu lah jawabnya!

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

Issues over Petros nothing to do with Petronas layoffs, says Fadillah

Write an article about Issues over Petros nothing to do with Petronas layoffs, says Fadillah .Organize the content with...

More Articles Like This