Write an article about Solidariti dengan Zara makin kecil tapi… .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from
Apabila dicanangkan satu himpunan ‘Demi Zara’ akan diadakan di ibu negara, firasat saya ribuan tidak akan mahu ketinggalan menyertainya. Kuala Lumpur denyut nadi negara dan jangkaan saya sekurang-kurangnya jumlah sama seperti peserta himpunan ‘Turun Anwar’ — dipersetujui ramai antara 18,000 hingga 20,000 orang pada 26 Julai lalu — akan hadir.
Tambahan pula ini bukan satu himpunan politik yang cenderung mengundang satu pihak menyebelahi pembangkang, sebaliknya satu himpunan kemanusiaan yang naluri mereka terusik oleh kematian tragis seorang pelajar yang dilihat tidak mendapat keadilan pada awalnya.
Sebaliknya, cuma ratusan atau sekitar 200 orang dan bukan ribuan yang bersolidariti menuntut keadilan atas kematian pelajar Tingkatan 1 Zara Qairina Mahathir di ibu negara — satu jumlah kecil jika dibandingkan dengan perhimpunan serupa di beberapa tempat di Sabah sebelum ini.
Mengecewakan jika diukur daripada luahan rasa ramai melalui pelbagai platform media sosial yang meratapi kematian anak tunggal itu yang terus meruntun perasaan apabila jenazahnya dilaporkan masih utuh dan tidak berubah 23 hari selepas dikeluarkan dari kuburnya untuk tujuan dilakukan bedah siasat pada 10 Ogos lalu.
Perkongsian video seorang imam di TikTok yang menggambarkan keadaan hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan ketika dia mengiringi jenazah Zara dari Hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu dan sewaktu kali pertama dikuburkan pada 17 Julai, begitu juga proses menggali semula kuburnya dan pengebumian kali kedua selepas bedah siasat menggambarkan seolah-olah alam semulajadi turut menangisi pemergiannya.
Zara ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang di asrama sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar kira-kira jam 4 pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth II keesokannya.
Kematian pelajar berusia 13 tahun itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan dan timbul pula andaian ada ‘tangan-tangan ghaib’ campur tangan mahu menutup kebenaran daripada terdedah.
Andai takdir menentukan pemergiannya dengan cara berkenaan, takdir jugalah yang mengatur supaya jenazahnya dibedah siasat meski selepas 23 hari agar punca kematian dapat dikenal pasti dan jika ia membabitkan perlakuan jenayah, pelakunya dapat dihadapkan ke muka pengadilan.
Meski Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun memaklumkan siasatan teliti sedang dijalankan daripada semua sudut pada 28 Julai — lebih 10 hari selepas Zara dikatakan terjatuh — sidang Dewan Rakyat pada 30 Julai turut mendengar daripada Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang mempersoalkan jika ia mempunyai kaitan dengan orang kenamaan hingga mengganggu ketelusan proses siasatan.
Jauteh, sambil menafikan kes itu membabitkan anak atau ahli keluarga kenamaan, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan wujud unsur buli. Ke arah itu, 60 individu membabitkan kakitangan sekolah, ibu bapa dan pelajar — termasuk tiga dengan nama ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ yang banyak ditularkan — telah direkod keterangan mereka.
Ini disusuli Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menegaskan di Kota Bharu pada 9 Ogos bahawa siasatan berhubung kes kematian Zara — termasuk pelbagai dakwaan yang timbul antaranya mangsa terjatuh, ditolak serta dibuli — perlu dilakukan secara telus tanpa melindungi sesiapa termasuk individu berprofil tinggi.
Pada Sabtu pula, perdana menteri mengulangi keyakinan di Ipoh bahawa keadilan akan tertegak jua dan mereka yang terbabit dengan kes kematian Zara tidak akan terlepas daripada dipertanggungjawabkan.
Jaminan Anwar 11 hari lalu itu tidak berlengah diterjemah dalam bentuk tindakan apabila M Kumar — dalam sidang media pertamanya pada 13 Ogos selepas dilantik pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hanya lima hari sebelum itu — mendedahkan bahawa kegagalan pegawai penyiasat memohon bedah siasat pada peringkat awal dikenal pasti sebagai punca utama ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kes kematian Zara.
Menegaskan pihaknya sedang meneliti tindakan tegas terhadap pegawai penyiasat dan pegawai penyelia yang gagal mematuhi SOP, termasuk kemungkinan penggantungan tugas, siasatan dijalankan turut merangkumi siasatan jenayah termasuk elemen buli.
Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay pula berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap ketua polis daerah, ketua bahagian siasatan jenayah daerah dan pegawai penyiasat yang disyaki melakukan ketidakpatuhan SOP.
Sambil itu, Kumar memaklumkan pada Sabtu bahawa polis sedang menyiasat satu akaun TikTok disyaki memuat naik kandungan tidak tepat dan sahih berhubung kes kematian Zara sehingga menimbulkan kebimbangan masyarakat.
“Ia melibatkan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian serta kandungan mempunyai kecenderungan menghasut kebencian terhadap mana-mana pihak selain boleh menyebabkan kegusaran dan kegentaran awam. Penyebaran maklumat tidak sahih boleh menjejaskan kelancaran serta keberkesanan proses siasatan polis,” katanya dalam kenyataan.
Sesiapa pun mudah terkeliru dengan kebanjiran kandungan yang bercanggah di TikTok.
Pelbagai kandungan berkait kematian Zara tidak akan terhenti selagi masih ada yang mahu mengongsikannya tapi amaran polis bahawa tindakan mereka itu sedang diperhatikan mungkin mengurangkan jumlahnya selepas ini.
Laporan yang menganggarkan hanya kira-kira 200 orang yang berhimpun di hadapan Sogo pada Jumaat malam — di sebalik ia dianjurkan gabungan kira-kira 100 NGO Melayu dan Islam — mudah saja disalahertikan sebagai berkurangannya sokongan moral serta solidariti kepada keluarga Zara, kurang dua hari daripada genap sebulan selepas kematiannya.
Tapi rasanya ia tidak mencerminkan duka kematian tragisnya tidak berbekas dalam kalangan penghuni ibu kota, sebaliknya ia mungkin menceritakan keyakinan ramai bahawa keadilan akan tertegak jua selepas mereka terdedah kepada satu siri tindakan yang dilakukan.
Pagi esok pula, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail akan memberi penjelasan berhubung kematian Zara di Dewan Rakyat selepas ia banyak dibangkitkan Ahli Parlimen.
Kita sama-sama nantikan.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”