Monday, June 23, 2025
No menu items!

Tenang sajalah, Kiandee | FMT

Must Read

Write an article about Tenang sajalah, Kiandee | FMT .Organize the content with appropriate headings and subheadings (h1, h2, h3, h4, h5, h6), Retain any existing tags from

Sekeping foto dikatakan bernilai 1,000 perkataan. Tapi, ada foto tertentu seperti Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman bergambar bersama Anwar Ibrahim di pejabat perdana menteri yang tersiar pada 9 Nov 2023 mungkin bernilai 10,000 perkataan dengan pelbagai cerita tersurat dan tersirat.

“Mana mungkin peruntukan kerajaan jadi rasuah, tak mungkinlah. Bila kita sokong kerajaan, dasar kerajaan, inisiatif kerajaan, maka kita layak dapat apa wakil rakyat kerajaan dapat, itu sahaja. Saya tak faham di mana unsur rasuah,” kata Suhaili ketika berkongsi foto berkenaan di Facebook.

Beliau ketika itu mengulas tindakan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang akan membawa usul berhubung dakwaan kerajaan amal rasuah kerana cuba menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang dengan memberikan peruntukan.

Agaknya apa yang tambah menyakitkan hati Shahidan ialah Suhaili dalam hantarannya mengesahkan sudah menerima peruntukan seminggu selepas mengisytiharkan sokongan kepada Anwar pada 30 Okt 2023.

Suhaili adalah Ahli Parlimen Bersatu kedua menyokong perdana menteri selepas Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) pada 12 Okt 2023. Mereka kemudian disertai empat lagi – Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), dan Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), dengan yang terakhir itu berbuat demikian pada 24 Jan 2024.

Boleh difahami jika kemarahan Shahidan selepas tindakan Suhaili menyokong Anwar bagi mendapatkan peruntukan turut berbekas sama di hati Niab Presiden Bersatu Ronald Kiandee.

Tapi, Ahli Parlimen Beluran itu tidak perlulah terlalu perasan kerana beliau bukan lagi timbalan speaker Dewan Rakyat. Ketua Whip Bersatu itu sudah lama meninggalkan jawatan berkenaan yang disandangnya dari 28 April 2008 hingga 10 Mei 2018 – pendek kata sudah tujuh tahun berlalu.

Jadi, apabila beliau kelmarin menyanggah Suhaili yang mengatakan kerusi disandangnya kekal ‘status quo’ selepas mahkamah batal samannya terhadap Bersatu, ia tersirat api kemarahannya masih menyala.

“Dia speaker? Yang Ahli Parlimen Labuan kata status quo tu keputusan siapa? (Suhaili) buat keputusan mendahului speaker?” soalnya.

Sambil menegaskan kerusi disandangnya kekal ‘status quo’ – di sebalik Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak samannya terhadap Bersatu berkait pemecatannya – Suhaili berkata beliau masih ada dua lapisan mahkamah, iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, untuk mempertahankan haknya.

Beliau memfailkan saman pada 1 Julai tahun lalu bagi memohon mahkamah mengisytiharkan pemecatannya daripada Bersatu – selepas menyatakan sokongan kepada Anwar – tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Namun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Apr membenarkan permohonan Bersatu membatalkan saman Ahli Parlimen Labuan itu yang mencabar pengguguran keahliannya secara automatik.

Peguam Chetan Jethwani yang mewakili Bersatu, berkata Hakim Nor Hayati Mat memutuskan demikian selepas mendapati saman difailkan Suhaili selaku plaintif tidak mempunyai merit disebabkan Seksyen 18C Akta Pertubuhan menyatakan keputusan parti politik muktamad dan konklusif.

“Jika saya kalah di Mahkamah Persekutuan, maka saya letak jawatan (sebagai Ahli Parlimen),” katanya sambil mengesahkan telah memfailkan rayuan.

Isnin lalu, Kiandee menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul bagi memohon kerusi Labuan diisytihar kosong selepas mahkamah membatalkan writ saman dan penyata tuntutan Suhaili.

Katanya, alasan speaker tidak mengosongkan kerusi itu sebelum ini tidak lagi relevan mahupun terpakai.

Pada 11 Julai tahun lalu, Johari dilapor memaklumkan dalam surat kepada Kiandee bahawa beliau tidak mahu merosakkan kepentingan pihak sedang berbicara dalam kes mahkamah susulan tindakan Suhaili menyaman Bersatu.

Kiandee juga nampaknya belum boleh berganjak daripada keputusan Johari tahun lalu yang mengekalkan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu terbabit yang menyokong perdana menteri.

Bersatu pada 20 Jun 2024 menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi enam Ahli Parlimennya yang sudah terhenti keahlian mereka kepada pejabat speaker Dewan Rakyat.

Mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan tiga, speaker perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam tempoh 21 hari selepas notis diterima.

“Beliau (Johari) tiada pilihan kecuali mengisytiharkan enam kerusi Parlimen tersebut kosong dan seterusnya memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan PRK diadakan,” kata Kiandee, yang menandatangani notis itu selaku ketua whip parti.

Johari dalam suratnya kepada Bersatu pada 9 Julai memaklumkan keputusannya mengekalkan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu terbabit, sambil menegaskan peraturan yang digunakan Bersatu untuk melucutkan keahlian Ahli Parlimennya itu telah melanggar hak Perlembagaan mereka.

Di samping melanggar peraturan Parlimen yang menjamin kebebasan mereka untuk bersuara, berhujah, dan mengundi, tambahnya, peraturan berkenaan menetapkan ahli Bersatu yang menentang parti mereka dianggap telah gugur keahlian.

Keputusan terbaru Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan Bersatu membatalkan saman Suhaili yang mencabar pengguguran keahliannya secara automatik daripada parti itu, tidak bermakna haknya di sisi undang-undang sudah berakhir.

Cuma, Kiandee yang nampak seolah-olah tidak sabar menantikan perisytiharan kerusi Parlimen Labuan kosong.

Pada Selasa, Johari mengesahkan sudah menerima surat daripada Kiandee berhubung status terkini Suhaili, tapi perlukan masa untuk segala perkara berkaitan sdang diteliti dengan terperinci sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya telah menerima surat daripada Bersatu dan saya telah menulis surat kepada Ahli Parlimen Labuan dan saya juga akan berbincang dengan beberapa unit lain, sebab saya tiada maklumat lengkap. Jika semua maklumat lengkap itu diterima, keputusan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.

Sehingga itu berlaku, Kiandee diharap tenang-tenang saja dan tidak perlu melatah – seperti beliau kerap menenangkan ahli-ahli Dewan Rakyat bertelagah sepanjang 10 tahun menjadi timbalan speaker dahulu.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

and integrate them seamlessly into the new content without adding new tags. Include conclusion section and FAQs section at the end. do not include the title. it must return only article i dont want any extra information or introductory text with article e.g: ” Here is rewritten article:” or “Here is the rewritten content:”

Latest News

Japanese startup test kit shows promise in cancer detection

Write an article about Japanese startup test kit shows promise in cancer detection .Organize the content with appropriate headings...

More Articles Like This